Monday 30 November 2015

Alhamdulillah.. Kecemerlangan Dina Berterusan

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera..

Syukur diatas kurniaan Allah SWT diatas kehebatan & kecemerlangan anak aku a.k.a Nurul Nabilla Irdina yang berjaya merangkul 6 anugerah dalam Hari Anugerah Kecemerlangan SKDJ & Hari Anugerah Kecemerlangan Kelas Agama Petang 2015.

Ni anugerah KAP.. Terima kasih Pn. Aslin


Berkat usaha yang gigih & mendidih tu, hasilnya sangat memberangsangkan.. TAHNIAH Dina!!! Untuk sekolah pagi, berikut ialah anugerah yang diterima :


Terima kasih Pn. Pathiah.. Terima kasih buat Pn.Aidah selaku cikgu Maths Dina yang terbaik!!





1. Anugerah 5 Bestari - Nombor 1 ( 89.7% ) merangkap murid yang tertinggi dalam aliran Tahun 5
2. Anugerah Mata Pelajaran Terbaik - Matematik
3. Anugerah Mata Pelajaran Terbaik - Sains
4. Anugerah Mata Pelajaran Terbaik - Sejarah

Untuk sekolah agama petang :

1. Anugerah 5 Uthman - Nombor 3
2. Anugerah Ketua Darjah

Aku memanjatkan kesyukuran kepada anak aku yang sorang ni kerana hasil usaha yang keras telah membuahkan hasil. Walaupun dia anak cikgu, namun, tidak pernah sekali pun aku memudahkan urusan anak aku untuk mencapai kecemerlangan. Berkat usaha gigih wife aku a.k.a mama Dina yang bertungkus-lumus membantu Dina semasa membuat ulangkaji pelajaran. Aku sangat menghargai jasa isteri kesayangan aku ni...

Anak aku jugak sesekali tak pernah dihantar ke pusat tuisyen. Entah kenapa aku tak berminat nak hantar tuisyen di pusat2 tuisyen yang ada di sekitar Nilai ni sebab aku sangat berpengalaman dalam hal ehwal tuisyen ni setelah 7 tahun berkecimpung dalam bidang tuisyen. Pertama sekali yang paling aku tak gemar, ialah.. fasilitis yang ada di pusat tuisyen. Memang kurang menarik minat aku. So, aku dengan senang hati melantik wife aku sebagai guru tuisyen anak aku. Alhamdulillah.. Berjaya setakat hari ni.

2016.. Dina akan masuk Tahun 6. Paling merisaukan sebab batch Dina ialah batch pertama KSSR.. Dan daripada segi psikologinya, sekolah aku ( SKDJ ), perlu meneruskan tradisi peningkatan kecemerlangan untuk UPSR 2016 sebab keputusan UPSR 2015 sangat membanggakan dimana seramai 44 orang murid mendapat 5A & 32 orang murid mendapat keputusan 4A.. Dalam erti kata lain, semestinya keputusan 2015 harus dikekalkan atau melonjak lagi. Bak kata orang, untuk meningkat naik, bukanlah sukar.. Tapi nak mempertahankan, sangat lahhhh susah.. InshaAllah.. Kena kerja kuat..

Aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua cikgu SK Desa Jasmin termasuk guru Kelas Agama Petang (KAP) yang mengajar anak aku dari Pra-Sekolah sampai lah habis Tahun 5. Tanpa usaha & kesungguhan anda, mungkin kejayaan sukar dicapai.. Terima kasih cikgu!!

Semoga Dina dapat mempertahankan kejayaan ni sampai bila-bila.. Kejayaan Dina adalah merangkap kejayaan aku & mama Dina dalam kehidupan seharian.. Ini lah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) aku sepanjang hayat.. APC penilaian manusia & APC kejayaan anak adalah berbeza.. 

Wallahualam..

No comments: