Thursday 20 November 2014

SK Desa Jasmin @ Hari Anugerah Kecemerlangan 2014

Assalamualaikum wbt...

Terima Kasih Puan Rahimah Ibrahim selaku Guru Besar SK Desa Jasmin

Sekali lagi bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, sekali lagi dapatlah anak aku Cik Nurul Nabilla Irdina naik pentas terima Anugerah Kecemerlangan dalam kurikulum sepanjang 2014. Alhamdullilah, tahun 2014 ni memberikan Dina 4 anugerah dirangkul sekaligus... Iaitu :

1. Tempat Kedua ( Kelas 4 Satria )
2. Matapelajaran Tertinggi Bahasa Melayu ( Penulisan )
3. Matapelajaran Tertinggi Matematik
4. Matapelajaran Tertinggi Pendidikan Islam






Segala usaha dan kesungguhan Dina buat ulangkaji sambil dibimbing oleh guru tuisyen dirumah (mama Dina lahh), akhirnya kejayaan yang membanggakan ini berjaya dirangkul.. AKu juga nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang mengajar & mendidik anak aku sehingga berjaya. AKu sebagai bapa & juga isteri aku sebagai mama Dina amat berbangga dengan kejayaan Dina. Mak bapak mana yang tak bangga dengan kejayaan anak kan??? Betul lah Tuan Pegawai PPD, Tuan Md. Sah, anugerah yang diterima ini bukan sahaja kejayaan anak-anak, malahan, kejayaan ibu bapa serta guru yang mendidik... Tahniah jugak kepada semua murid yang berjaya menerima anugerah kecemerlangan 2014.



Anugerah yang diterima oleh anak aku ni sebenarnya secara tak langsung sebagai Anugerah Perkhidmatan Cemerlang aku sepanjang aku menjadi seorang guru & seorang pendidik kepada ribuan anak didik aku. Biarpun tidak dapat diterjemahkan kepada aku melalui anugerah kepada aku, namun Allah menterjemahkan anugerah tersebut melalui kejayaan anak aku. Alhamdulillah syukur nikmat.. 

Aku mengharap 2015 dapatlah Dina memberikan saingan yang sengit sebab 2015 nanti, SK Desa Jasmin ada streaming class.. Siapa yang terbaik dikalangan terbaik sahaja akan dinobatkan sebagai juara.. Nantikan.. 

TAHNIAH!!!! Buat anak ku Nurul Nabilla Irdina.. 

1 comment:

are_lin@yu said...

tahniah buat anak cikgu..moga terus berjaya ya..