Thursday, 13 November 2014

Bercuti @ Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson

Assalamualaikum wbt..



Alhamdulillah.. Minggu lepas dapat bawak famili aku bercuti di Port Dickson.. Sebelum ni, tak pernah terpikir nak pi bermalam di Port Dickson sebab PD dengan rumah aku ni dalam sejam perjalanan saja.. Tapi disebabkan dapat booking Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Port Dickson, aku belasah saja la..

Bertolak dari Nilai jam 12.30 pagi.. Bawak kereta pun sambil santai saja sebab tak mengejar apa-apa pun.. Dalam perjalanan, bermula di kawasan lebuhraya menuju ke Port Dickson, aku nampak banyak kumpulan2 motosikal dok berkumpul.. Bukan 10-20 buah motor, tapi beratus-ratus.. Dah kumpul ramai-ramai ni, paham-paham saja lah, bikin malu bangsa Melayu saja.. Depa naik motor bukan nak pikiaq orang lain.. Huh!!

Ermm.. Aku sebagai pelancong ke PD rasa malu dengan situasi mcm ni..

Ni sebahagian kecik ja.. Kalau kat Stesen Petrol, penuh dengan geng depa.. Punggah betoi!!


Dengan bayar tol PD RM3.20 (kalau tak salah aku), aku terus sampai ke hujung highway.. Tak turun Lukut sebab kalau turun Lukut, lambat sampai hotel.. Dalam 1 jam lebih sikit perjalanan dari Nilai, sampai lah aku kat RPP Port Dickson.. Selama ni dok tengok blog-blog orang ja.. Ni aku nampak sendiri.. Memang lah nampak kemas resort ni.. Lokasinya pun dekat dengan laut. Aku sampai dalam jam 1.50pm.. Ingatkan boleh check-in pukul 2.00pm, rupa-rupanya jam 3.00pm baru boleh check-in.. Aku pun kadang-kadang tak paham dengan manusia ni.. Masa aku kat lobi jam 1.50pm mcm tu, aku masih nampak ramai tetamu yang baru turun ke lobi untuk check-out walaupun dah bgtau time check-out jam 12.00pm.. Awat la selenga sangat puak-puak ni.. Teruja sangat ka bila duduk hotel?? Berduyun-duyun turun dengan beg la, dengan periuk nasi la, toto la.. Memang la tak boleh check-in jam 2.00pm, sebab ramai yang tak paham waktu check-out..

Ok.. PD ni bagi aku tempat untuk rileks dengan famili ok la.. Aku nak bercerita tentang Rumah Peranginan Persekutuan ( RPP ) Port Dickson.. AKu bagi 4 bintang daripada 5 bintang.. Harga yang aku bayar RM63.25 untuk bilik studio. Kalau nak tau, harga kalau kita walk-in (untuk studio room) adalah RM250.00.. Memang bertuah la aku dapat booking. RPP PD ni dibawah kendalian Puteri Beach Resort.. Aku rasa lah, mungkin ada peruntukkan beberapa buah bilik untuk kakitangan kerajaan. Alhamdulillah.. Dapat aku merasa duduk di resort 3 bintang dengan bayaran 1 bintang.. Lagi satu yang aku untung, aku booking bilik studio, tapi.. bila check-in, depa bagi aku bilik apartment 1 bilik.. Huh!! Lagi la OK.. Ada ruang tamu.. Bilik yang besar.. Memang aku rasa berpuas hati sangat-sangat la duduk di Puteri Beach Resort ni...

Lagi satu, yang OK jugak sebab ada maintanance service.. Kalau dulu aku di RPP Cameron Highland, takdak maintanance service sebab hari Sabtu.. Masa kat Cameroon tu, bilik air rosak.. Jadi, susah jugak la.. Berbeza dengan RPP PD atau RPP Pulau Langkawi, ada maintanance... Mcm masa di PD haritu, bilik aku punya aircond ada problem.. Tak sejuk.. Panggil ja maintanance.. Settle..So, sebagai tetamu, aku dan famili amat berpuashati la duduk di RPP PD ni.. Dari segi harga, kemudahan dan lain-lain, memang terbaik!!!

Nak cerita tempat menarik, aku bukannya berjalan sangat.. Mandi kolam renang dengan anak aku ja yang banyak.. Hahahaha.. Kalau nak syer tempat makan, tak nampak pulak yang best.. Malam tu aku ada nak try makan ikan bakar kat Restoran Seri apa ntah.. Mak aih.. Ikan siakap RM65.00 / kg.. Gila ka apa?? Sapa yang jarang-jarang makan, boleh lah makan.. Aku dah tarik seat nak duduk, aku nak order goreng-goreng saja.. Budak pelayan tu kata, goreng-goreng lambat la bang.. Ramai orang.. Ikan bakar cepat la sikit.. OOooooo.. Aku dengan famili aku pun bangun dan kirim salam la kat tauke hang.. Jadi, aku makan kedai biasa saja.. Tempat makan yang kedua yang aku boleh syer, ialah COWBOY restoran.. Kat sini ada jual nasi ayam panggang.. Orang punyalah ramai.. Tapi aku rasa, ayam golek Kampung Gebok , Mantin lagi sedappppp.. Takpa lah... Aku pun nak try ja.. Boleh laaa.. Sepinggang set RM6.00.. Ayaq lain takdak kecuali ayaq tembikai ATAU epal saja.. Kalau hangpa order air kosong, dia mai hantaq ayaq Drinking Water cap SEAMASTER.. Huh!!!.. 

So, itu saja la aku boleh kongsi.. 

Ruang Tamu



Swimming Pool terbaek

Ni la kedai makan Cowboy tu

Karipap terbaik @ PD walaupun RM1.20 sebiji, tapi sedappppp!


Caya lah pakcik karipap..


6 comments:

Shidee Yusoff said...

Salam encik..cmna nak booking rumah peranginan kat pd ni?

Shidee Yusoff said...

Salam encik..cmna nak booking rumah peranginan kat pd ni?

Chegu Anuar said...

Shidee: Nak booking RPP PD, senang ja.. Bukak website www.bph.gov.my... Tapi kena sign-up dulu.. Pastu baru boleh log-in & booked.. Banyak kosong lagi utk RPP PD.. Pantas bro..

atok said...

menarik chegu anuar.terima kasih perkongsian.bulan depan insyaallah try RPP PD apartment 1 room.

nieza said...

assalam encik. boleh muat berapa org ya ?

Chegu Anuar said...

Tak kisah pun berapa org.. bersesuaian dgn pemilihan jenis bilik. Sebab bilik standard / studio, ruangnya besar. Selamat bercuti