Friday 21 November 2014

Pulangan Mudharabah Daripada Etiqa Takaful

Alhamdulillah..

Memang syok dpt cek disaat hujung-hujung tanduk ni..

Dapat lagi cek dari Etiqa Takaful sebagai pulangan keuntungan mudharabah syarikat yang dikongsi bersama peserta.. Walaupun nilainya cuma RM56.00, aku tetap menghargainya.. Sebab apa? Masa aku renewal takaful Exora aku masa 2013 dulu, aku dah dapat 10% sebab renewal secara online.. Masa tu dapat dalam RM60.00.. La ni dapat pulak RM56.00.. Bermaksud, jumlah bayaran untuk Proton Exora aku bagi tempoh Mei 2013 - Mei 2014 = +-RM600.. Dapat pulangan RM116.. Wow!!! Hampir 20% jugak yang diberikan oleh Etiqa Takaful ni..

Thanks to Etiqa.. Moh kita renewal takaful / insurans kenderaan kita secara online.. Jimat + murah + mudah + rebat lagi..

Sekian..

Thursday 20 November 2014

SK Desa Jasmin @ Hari Anugerah Kecemerlangan 2014

Assalamualaikum wbt...

Terima Kasih Puan Rahimah Ibrahim selaku Guru Besar SK Desa Jasmin

Sekali lagi bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, sekali lagi dapatlah anak aku Cik Nurul Nabilla Irdina naik pentas terima Anugerah Kecemerlangan dalam kurikulum sepanjang 2014. Alhamdullilah, tahun 2014 ni memberikan Dina 4 anugerah dirangkul sekaligus... Iaitu :

1. Tempat Kedua ( Kelas 4 Satria )
2. Matapelajaran Tertinggi Bahasa Melayu ( Penulisan )
3. Matapelajaran Tertinggi Matematik
4. Matapelajaran Tertinggi Pendidikan Islam






Segala usaha dan kesungguhan Dina buat ulangkaji sambil dibimbing oleh guru tuisyen dirumah (mama Dina lahh), akhirnya kejayaan yang membanggakan ini berjaya dirangkul.. AKu juga nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang mengajar & mendidik anak aku sehingga berjaya. AKu sebagai bapa & juga isteri aku sebagai mama Dina amat berbangga dengan kejayaan Dina. Mak bapak mana yang tak bangga dengan kejayaan anak kan??? Betul lah Tuan Pegawai PPD, Tuan Md. Sah, anugerah yang diterima ini bukan sahaja kejayaan anak-anak, malahan, kejayaan ibu bapa serta guru yang mendidik... Tahniah jugak kepada semua murid yang berjaya menerima anugerah kecemerlangan 2014.



Anugerah yang diterima oleh anak aku ni sebenarnya secara tak langsung sebagai Anugerah Perkhidmatan Cemerlang aku sepanjang aku menjadi seorang guru & seorang pendidik kepada ribuan anak didik aku. Biarpun tidak dapat diterjemahkan kepada aku melalui anugerah kepada aku, namun Allah menterjemahkan anugerah tersebut melalui kejayaan anak aku. Alhamdulillah syukur nikmat.. 

Aku mengharap 2015 dapatlah Dina memberikan saingan yang sengit sebab 2015 nanti, SK Desa Jasmin ada streaming class.. Siapa yang terbaik dikalangan terbaik sahaja akan dinobatkan sebagai juara.. Nantikan.. 

TAHNIAH!!!! Buat anak ku Nurul Nabilla Irdina.. 

Monday 17 November 2014

SK Desa Jasmin @ Anugerah Cemerlang Kelas Agama Petang

Assalamualaikum wbt..


Alhamdulillah.. Bersyukur aku kepada Allah SWT yang Maha berkuasa.. Memberikan hati yang cerah, minda yang cerdas serta hati yang tenang untuk memberikan keizinan kepada anak ku, Nurul Nabilla Irdina untuk mendapat Tempat Pertama di dalam Kelas Agama Petang Sesi 2014. Hasil daripada didikan ustazah / ustaz serta didikan berterusan daripada ustazah di rumah a.k.a wife aku, berbaloilah dengan kejayaan yang anak aku kecapi untuk Tahun 2014 Kelas Agama Petang.. 

Keseronokkan anak aku jelas tergambar betapa puas hati dengan pencapaian nya sendiri.. Hasil titisan air mata di atas buku tidak sia-sia dengan kepuasan hati anak aku sendiri.. Secara tidak langsung menjadi kebanggaan aku sebagai ayah & isteri aku sebagai ibunya... Untuk kelas KAP ni, hasilnya telah kelihatan.. Alhamdulillah syukut nikmat.. 

Aku juga ambik kesempatan ucapkan TAHNIAH kepada semua murid Kelas Agama Petang yang menerima anugerah masing-masing petang tadi di SK Desa Jasmin. Usaha ustaz , ustazah serta ibu bapa murid-murid berkenaan telah menghasilkan insan yang berkualiti bukan sahaja dari segi akademik asas malahan juga nilai-nilai keagamaan yang tinggi. 



TAHNIAH!!!!!!!!!!!!!!

p/s:
1. Entry ni adalah post ke 201 aku sepanjang aku berblogger.. Tahniah untuk aku!!
2. Pengunjung blog aku secara tak rasmi dah mencecah 100,000.. Terima Kasih kepada semua yang menyokong saya selama ini.. (hehehehe)
3. Kejayaan anak aku adalah ibarat anugerah & ganjaran senyap daripada Allah sepanjang usaha aku dalam mendidik anak murid aku selama ini.

Motivasi Kendiri Siri 2

Assalamualaikum wbt..

Terbaca satu artikel yang sangat menarik untuk kita menghayati kebenarannya.. Kredit untuk isteriku yang "sharp" jam 5.05pm dah masuk dalam kereta.. My lovely wife..

Sama-samalah kita memahami maksud yang sangat bermakna ni..






Thursday 13 November 2014

Bercuti @ Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson

Assalamualaikum wbt..



Alhamdulillah.. Minggu lepas dapat bawak famili aku bercuti di Port Dickson.. Sebelum ni, tak pernah terpikir nak pi bermalam di Port Dickson sebab PD dengan rumah aku ni dalam sejam perjalanan saja.. Tapi disebabkan dapat booking Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Port Dickson, aku belasah saja la..

Bertolak dari Nilai jam 12.30 pagi.. Bawak kereta pun sambil santai saja sebab tak mengejar apa-apa pun.. Dalam perjalanan, bermula di kawasan lebuhraya menuju ke Port Dickson, aku nampak banyak kumpulan2 motosikal dok berkumpul.. Bukan 10-20 buah motor, tapi beratus-ratus.. Dah kumpul ramai-ramai ni, paham-paham saja lah, bikin malu bangsa Melayu saja.. Depa naik motor bukan nak pikiaq orang lain.. Huh!!

Ermm.. Aku sebagai pelancong ke PD rasa malu dengan situasi mcm ni..

Ni sebahagian kecik ja.. Kalau kat Stesen Petrol, penuh dengan geng depa.. Punggah betoi!!


Dengan bayar tol PD RM3.20 (kalau tak salah aku), aku terus sampai ke hujung highway.. Tak turun Lukut sebab kalau turun Lukut, lambat sampai hotel.. Dalam 1 jam lebih sikit perjalanan dari Nilai, sampai lah aku kat RPP Port Dickson.. Selama ni dok tengok blog-blog orang ja.. Ni aku nampak sendiri.. Memang lah nampak kemas resort ni.. Lokasinya pun dekat dengan laut. Aku sampai dalam jam 1.50pm.. Ingatkan boleh check-in pukul 2.00pm, rupa-rupanya jam 3.00pm baru boleh check-in.. Aku pun kadang-kadang tak paham dengan manusia ni.. Masa aku kat lobi jam 1.50pm mcm tu, aku masih nampak ramai tetamu yang baru turun ke lobi untuk check-out walaupun dah bgtau time check-out jam 12.00pm.. Awat la selenga sangat puak-puak ni.. Teruja sangat ka bila duduk hotel?? Berduyun-duyun turun dengan beg la, dengan periuk nasi la, toto la.. Memang la tak boleh check-in jam 2.00pm, sebab ramai yang tak paham waktu check-out..

Ok.. PD ni bagi aku tempat untuk rileks dengan famili ok la.. Aku nak bercerita tentang Rumah Peranginan Persekutuan ( RPP ) Port Dickson.. AKu bagi 4 bintang daripada 5 bintang.. Harga yang aku bayar RM63.25 untuk bilik studio. Kalau nak tau, harga kalau kita walk-in (untuk studio room) adalah RM250.00.. Memang bertuah la aku dapat booking. RPP PD ni dibawah kendalian Puteri Beach Resort.. Aku rasa lah, mungkin ada peruntukkan beberapa buah bilik untuk kakitangan kerajaan. Alhamdulillah.. Dapat aku merasa duduk di resort 3 bintang dengan bayaran 1 bintang.. Lagi satu yang aku untung, aku booking bilik studio, tapi.. bila check-in, depa bagi aku bilik apartment 1 bilik.. Huh!! Lagi la OK.. Ada ruang tamu.. Bilik yang besar.. Memang aku rasa berpuas hati sangat-sangat la duduk di Puteri Beach Resort ni...

Lagi satu, yang OK jugak sebab ada maintanance service.. Kalau dulu aku di RPP Cameron Highland, takdak maintanance service sebab hari Sabtu.. Masa kat Cameroon tu, bilik air rosak.. Jadi, susah jugak la.. Berbeza dengan RPP PD atau RPP Pulau Langkawi, ada maintanance... Mcm masa di PD haritu, bilik aku punya aircond ada problem.. Tak sejuk.. Panggil ja maintanance.. Settle..So, sebagai tetamu, aku dan famili amat berpuashati la duduk di RPP PD ni.. Dari segi harga, kemudahan dan lain-lain, memang terbaik!!!

Nak cerita tempat menarik, aku bukannya berjalan sangat.. Mandi kolam renang dengan anak aku ja yang banyak.. Hahahaha.. Kalau nak syer tempat makan, tak nampak pulak yang best.. Malam tu aku ada nak try makan ikan bakar kat Restoran Seri apa ntah.. Mak aih.. Ikan siakap RM65.00 / kg.. Gila ka apa?? Sapa yang jarang-jarang makan, boleh lah makan.. Aku dah tarik seat nak duduk, aku nak order goreng-goreng saja.. Budak pelayan tu kata, goreng-goreng lambat la bang.. Ramai orang.. Ikan bakar cepat la sikit.. OOooooo.. Aku dengan famili aku pun bangun dan kirim salam la kat tauke hang.. Jadi, aku makan kedai biasa saja.. Tempat makan yang kedua yang aku boleh syer, ialah COWBOY restoran.. Kat sini ada jual nasi ayam panggang.. Orang punyalah ramai.. Tapi aku rasa, ayam golek Kampung Gebok , Mantin lagi sedappppp.. Takpa lah... Aku pun nak try ja.. Boleh laaa.. Sepinggang set RM6.00.. Ayaq lain takdak kecuali ayaq tembikai ATAU epal saja.. Kalau hangpa order air kosong, dia mai hantaq ayaq Drinking Water cap SEAMASTER.. Huh!!!.. 

So, itu saja la aku boleh kongsi.. 

Ruang Tamu



Swimming Pool terbaek

Ni la kedai makan Cowboy tu

Karipap terbaik @ PD walaupun RM1.20 sebiji, tapi sedappppp!


Caya lah pakcik karipap..


Wednesday 12 November 2014

BBQ @ SK Desa Jasmin , NILAI

Assalamualaikum wbt..

Santari BBQ @ SK Desa Jasmin masa malam Perkhemahan Unit Uniform SK Desa Jasmin 2014..

Tu dia Chegu Aidah.. Mcm makan dughoyan.. Haha

Siakap ni 5 kg wooo.. Tn Haji Midi yang order..

Dari kiri: Wak Isman, Haji Midi, Haji Ali, Ajek Hasan, Aoron Aziz & ParJoe

Tuesday 11 November 2014

Kalendar 2015 PERCUMA Untuk Warga Perdana College Heights

Assalamualaikum wbt..

Semua Warga Perdana College Heights...

Nantikan KALENDAR 2015 secara PERCUMA akan diberikan kepada anda. Stok adalah limited. Boleh sms / email / tinggalkan komen kepada saya untuk booking..

Header Kalendar KRT Perdana College Heights 2015

p/s : Terima Kasih kepada designer ( Cikgu Joe ) , En. Kamarul Zaman (S/Usaha) serta penaja-penaja yang menaja untuk pengeluaran kalendar ini.




Monday 10 November 2014

Hanya Pandai Facebook, Whatsapp , Youtube dan Laman Media Sosial.. Tapi...

Assalamualaikum wbt..



Pada hari ni, banyak manusia yang pandai menggunakan laman media sosial seperti Facebook, Instagram , Whatsapp , WeChat.. Pasti tengok Youtube dan mcm-mcm lagi laman media sosial yang canggih-canggih.. TAPIIIII....

Tak menggunakan kemudahan internet dalam kehidupan seharian.. Bila suruh online banking, kata tak tau lah.. Bahaya la.. Dan mcm-mcm lagi.. PELIK betoi!! Kemudahan tu depa tak mau explore.. Tapi yang bab-bab media sosial, memang pakar.. Aku pulak yang langsung tak pakar dan tak berminat nak involve pasai media sosial sebab lebih banyak yang merapu daripada informasi yang baik.. 

Sebagai contoh, pada hari ni, kalau kita renewal insurans / takaful kereta kita, tak payah susah2 nak pi Pejabat Pos atau agen-agen insurans.. Itu pun kalau nak jimat la.. Sebab apa?? Aku dah 3 tahun membuat renewal insurans kereta aku dengan Etiqa Takaful secara online.. Sebab aku dapat rebat 10%.. Banyak tu.. Cuma la kita buat calculation, kalau insurans kita RM1000.00, kita cuma perlu bayar RM900.00 saja.. Lepas duit barang dapur yg RM100.00 tu.. Kalau geran ada pada kita, ambik geran pi Pejabat Pos.. Bayaq RM2 service charge.. Kalau takdak geran, kena bijak la jugak,.. Pi cari kedai MyEG berdekatan.. Bayar service charge RM5-10 ok la sebab kita ada untung lagi atas komisyen 10% tadi..  Kita kena bijak menggunakan internet.. Jangan asyik dok mengadap media sosial saja sampai kadang-kadang mengganggu kehidupan kita, kerjaya kita, kewajipan kita.. Gunakanlah aplikasi online dengan sepenuhnya..

Contoh kedua, gunakanlah aplikasi online untuk pembayaran bil.. Bangun tidoq, bukak laptop, sekelip mata boleh lesap duit kita sebab bayar installment kereta, ASTRO, bil air, bil TNB, bil telefon, bil internet, bil IWK (bayar bulanan lagi bagus ), transfer duit kat orang tua kita dan mcm-mcm lagi boleh bayar.. So, tak payah bersesak-sesak kat Pejabat Pos..

Kadang-kadang ada jugak manusia yang pandai guna Facebook tapi tak tau menggunakan online service yang ada dalam internet.. Apa daa.. Rugi saja.. 

So, kepada anda kat sana yang memang expert dalam laman sosial, TUKAR lah.. Handal kan jugak dalam kemudahan secara online yang ada untuk kemudahan diri sendiri..

Jangan marah haaaaaa... Minta maaf kalau terasa diri anda seperti statement aku di atas.. Bukan apa, untuk membantu jugak kan.. Kalau tak tau guna online untuk renewal insurans kereta, mai email aku.. Aku boleh ajar.. 10% yang dapat tu, boleh belanja anak bini makan sedap2..

TAHNIAH kepada ANDA yang hebat di laman sosial & hebat menggunakan online services!!!!!!!

Ok..

P.Ramlee @ Dalam Kenangan

Assalamualaikum..



Cerita yang aku nak cerita hari ni dah basi jugak la.. Sebab kesah ni masa balik kampung Hari Raya Haji hari tu.. Cerita tentang Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee..

Secara kebetulan anak aku teringin nak pi Rumah P.Ramlee yang lokasinya di Jalan P.Ramlee, Penang.. Sebelum pi Rumah P.Ramlee, seperti kebiasaanya kalau masuk Penang, mesti nak jalan Rope Walk ( Pasar Karat ). Memang sejak aku pandai naik motor dulu, kat Rope Walk ni lah antara tempat tumpuan aku bila hari Sabtu / Ahad.. Memandangkan Rumah P.Ramlee ni bersebelahan dengan Rope Walk, so, aku bawaklah anak & wife aku pi situ.. Semangat nak pi Rumah P.Ramlee ni lagi hebat lepas tengok Telefilem SALOMA.. Hahaha..

Aku yang memang no. kad pengenalan 07 ni tak lah kesah sangat sebab dah banyak kali jugak aku pi Rumah P.Ramlee ni.. Terdapat pelbagai barangan tinggalan P.Ramlee.. Selain memori dalam rumah tu, kat sebelah rumah tu ada Galeri P.Ramlee.. Lagi banyak informasi tentang perjalanan seni Seniman Agung P. Ramlee ni.. Agak sedih jugak walaupun arwah P.Ramlee tak pernah kenal aku.. Masa dok pusing-pusing dalam galeri tu, mcm mana ntah aku tersembang denga sorang mamu yang dok jaga galeri tu. Dia kata, dia ganti kawan dia ja.. Depa pi makan katanya..

Aku pun lupa nak tanya nama pakcik tu.. Tapi dia punya cerita pasai P.Ramlee memang ada kelas yang tersendiri.. Kiranya umur dia muda dalam 10 tahun kot dari P.Ramlee (kalau P.Ramlee masih ada).. Dia kata banyak keinginan awrah P.Ramlee yang tak dapat dilaksanakan.. Contohnya P.Ramlee berhajat besaq nak bukak studio orang melayu masa tu sebab ketika tu studio-studio dikuasai oleh orang bukan melayu. Shaw Brothers contohnya di Singapura pun bukan berasal dari Tanah Melayu ( Malaysia ).. Studio Merdeka pun aku rasa bukan pemiliknya orang melayu.. So, P.Ramlee dah deal dengan Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ( Perdana Menteri Malaysia Pertama ).. Tunku dah bersetuju untuk bantu P.Ramlee bukak studio.. Tapi akhirnya, tak jadi jugak.. Kesian sungguh dengan perjalanan seni P.Ramlee.. Ketika arwah meninggal dunia, Shaw Brothers hanya bagi RM1000 kat Saloma.. Punyalah teruk.. Padahal, P.Ramlee lah yang menaikkan nama Shaw Brothers.. 

Kisah yang kedua yang pakcik tu cerita ialah pasai kematian P.Ramlee.. P.Ramlee meninggal dunia jam 3.00am. Kalau umur dia panjang masa tu, pagi-pagi dia dah nak kena pi mahkamah sebab dah jadi penjamin kat sorang kawan dia.. Akhirnya kawan dia tu menghilangkan diri dan tak bayar balik pinjaman.. Memang P.Ramlee tekanan masa tu.. Malu pun ada.. Mungkin salah satu punca kematian P.Ramlee ialah tekanan yang dia alami selain daripada ajal ketentuan Allah SWT.. Dan ketika tu jugak, filem-filem P.Ramlee dah tak berapa nak laku sangat.. Terima kasih kat pakcik mamu tu yang sembang dengan gaya yang sangat best!!!





Aku sebagai salah seorang peminat filem Allahyarham P.Ramlee, rasa terharu jugak mengenangkan perjalanan seninya yang berakhir dengan kesah yang sediah.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarham Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee.. 

Al-Fatihah

Sunday 9 November 2014

Pembangunan Kawasan Sekitar NILAI Sebagai Hub-Pendidikan

Assalamualaikum wbt..







Kalau dulu, nama NILAI susah kita nak dengarkan.. Sekarang ni Nilai dah menjadi satu bandar yang bakal pesat membangun dalam jangka masa 4-5 tahun lagi. Aku pernah datang Nilai masa tahun 2003, memang apa pun takdak.. Jalan raya sunyi sangat.. Sekarang situasinya sangat berbeza.. Ini pernyataan aku masa tahun 2003.. Kalau lah warga asal Nilai, lagi lah depa nampak kepesatan pembangunan terutamanya melibatkan penempatan perumahan baru sangat pesat membangun. Sebab tu lah Nilai hartanah di sekitar kawasan Nilai , Mantin , Pajam , Labu sangat lah tinggi. Pembangunan Lembah Klang telah melanggar kawasan Kajang - Bangi... Seterusnya terus melanggar Bandar Nilai.. Alhamdulillah.. Untung lah kepada yang memiliki hartanah di kawasan Nilai.. Nilai Impian 2 pun tengah bersemangat untuk membangunkan kawasan komersial & berkemungkinan penambahan penempatan baru. Ada jugak aku dengar-dengar yang mengatakan, IKEA ( Zon Selatan ) akan didirikan di kawasan Nilai Impian 2 ni.. Wallahualam..

Sebenarnya aku nak bercerita tentang Nilai - Sendayan yang pesat sebagai hub pendidikan. Baru-baru ni aku saja meronda di sekitar kawasan Enstek - LBJ - Jijan.. Memang sebelum ni aku tau kawasan tersebut sebagai kawasan pendidikan. Tapi tak sempat pusing habis.. So, baru ni sempat lah aku pusing-pusing.. Di kawasan Nilai, terdapat pelbagai institut pendidikan seperti Universiti Sains Islam Malaysia, INTI Universiti College, Nilai University, Universiti Mannipal dan adalah 1-2 lagi.. Terlajak ke kawasan LBJ, ada beberapa insitusi pendidikan kerajaan persekutuan seperti Institiut Pendidikan Guru ( Kampus Pendidikan Teknik ), Koleh Tunku Kurshiah , Institut Aminuddin Baki, Politeknik Nilai , Pusat Bahasa yang dibina di satu kawasan berkelompok.. Alhamdulillah.. Begitu prihatin kerajaan memerintah hari ni yang membina hub pendidikan ini yang majoritinya yang mendapat pendidikan ialah bangsa Melayu yang beragama Islam.. Kalau ada yang tak kena di pihak kerajaan tu, biasalah.. Mana ada manusia yang perfect.. Aku rasa berbangga dengan pembangunan pendidikan yang telah diwujudkan ini demi pendidikan kelas tersendiri untuk rakyat Malaysia.

Secara tidak langsung, NILAI juga telah menjadi sebuah bandar yang disebut-sebut oleh rakyat Malaysia sebagai satu kawasan hub-pendidikan yang terkini yang disediakan oleh kerajaan pusat. Oleh yang demikian, eloklah kita bersyukur dengan nikmat Allah SWT yang diberikanNya kepada kita.

Semoga bandar NILAI terus membangun dengan pesat sebagai penempatan baru & hub-pendidikan yang berteknologi tinggi pada masa kini dan akan datang. Insha Allah