Friday, 19 September 2014

Makan @ Ikan Bakar Bagan Lalang

Assalamualaikum..

Kesibukkan tugas aku menyebabkan dah bersawang blog aku ni.. -)




Teringin makan ikan bakar?? Kalau duduk kat Nilai ni, tempat nak makan ikan bakar yang terhampir tak lain tak bukan ialah Bagan Lalang.. Walaupun harganya memang mahal kalau dibandingkan dengan ikan bakar di Pulau Pinang dan di Jeram, Selangor.. Ikan siakap saja dah RM55/kg.. Kalau seekoq mau jugak RM35 ke atas.. Kesimpulannya sekali duduk mau jugak RM60-70 untuk aku 3 beranak..

Dalam tahun ni, aku dah 3 kali try makan kat satu kedai makan yang bernama Restoran Ikan Bakar D'Bagan.. Aku memang rekeman kan kalau sapa2 nak pi makan, cari kedai ni.. Lokasinya.. Sebelum sampai tepi laut, mesti jumpa restoran ni dulu.. Sebabnya kebanyakkan restoran ikan bakar lain semuanya tepi laut.. Restoran ni sebelah kiri dalam 300m sebelum sampai tepi laut @ Bagan Lalang tu.. 

Pasai apa aku rekemankan kedai ni?? 1) Bersih.. Memang bersih.. 2) Harga memang sama tapi kuantitinya rasa aku lebih baik jika dibandingkan dengan kedai Wxx Lxx yang selalu aku makan.. Contohnya sotong goreng tepung, memang anggaran jumlahnya sama seperti yang kita pilih.. 3) Aman dan tenang.. 4) Rasanya memang sedap sedap kedai ni orangnya tak ramai ( sebab baru buka ).. 





Aku dulu memang suka makan di satu restoran ni.. Aku namakan restoran ikan bakar X.. Tapi sejak kebelakangan ni, aku rasa tak puas hati dengan service dia.. Terutamanya bab kuantiti.. Tapi tak kesah sangat.. Tapi dalam bulan puasa haritu, dia menipu aku bab pengiraan.. Hati aku sebenaqnya memang tak lah kesah sangat sebab aku boleh pi argue dia.. Tapi memang cashiernya tak rasa bersalah langsung... MINTA MAAF dengan aku pun TIDAK.. Memang teruk!!!! Bukan sikit bezanya, sampai berbelas-belas ringgit jugak lah.. Start dari tu,aku BOIKOT kedai tu...

So, kepada rakan-rakan pembaca blog aku ni, aku suggestkan ke Restoran Ikan Bakar D'Bagan @ Bagan Lalang untuk dapatkan keselesaan dalam menikmati ikan bakar anda...


2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

Chegu Anuar said...

Masa post Ni dimasukkan mmg makanannya sedap.. Tp, aku dah 3-4 bulan dah tak pi sb kali terakhir aku pi, masakan sotong cili yg aku order jd warna hitam. Bila Tanya pd sorang warga emas yg serve (bukan wak yg biasa dgn aku), dia jawab, MASAK CILI le. Teruih potonggg.