Friday 25 July 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2014

Salam Lebaran..



Mohon 10 jari mohon maaf sekiranya ada tulisan aku didalam blog ni mengecikkan hati pembaca tertentu.. KOSONG - KOSONG..

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 

  MAAF ZAHIR DAN BATIN 

buat semua pembaca blog ceritasaya2u.blogspot.com...  Tidak lupa jugak pada pengomen yang tak jemu2 komen & Nurzakiah Hanum antara blogger terbaek yang tak jemu-jemu mengomen..  Thanks..


Friday 18 July 2014

MH17 Terhempas Di Ukraine Bersempadan Dengan Russia




Aku ucapkan TAKZIAH kepada semua keluarga mangsa pesawat Malaysia Airline MH17 yang berkemungkinan terkorban ( belum disahkan ketika catatan ni dibuat ) setelah terhempas di Ukraine di mana pesawat dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur. Difahamkan jumlah penumpang ialah 280 orang dan 15 orang anak kapal yang menjadikan 295 nyawa berada didalam pesawat tersebut.

Berkemungkinan pesawat ini ditembak pun boleh dijangka kerana konflik yang berlaku diantara pihak pemberontak dengan kerajaan Ukraine. Walaubagaimanapun, ketika ini Dato Seri Najib Tun Razak berada di Bilik Operasi KLIA untuk mendengar taklimat dan mengesahkan tragedi malang yang berlaku di negara kita.

Kepada mangsa yang beragama Islam, semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka. 

Al-Fatihah.

Sedikit gambar-gambar pesawat MH17 yang boleh juga dijamin kesahihannya.. Apapun, kita tunggulah statement daripada Perdana Menteri kita.





Subhanallah..

Monday 14 July 2014

Ramadhan Al-Mubarak..

Ehsan Google.. 
Hari ni dah masuk 15 Ramadhan.. Bermakna alhamdulillah dah 15 hari kita dapat menjalani ibadah puasa dibulan yang mulia ini.. Bersama-samalah kita memperbanyakkan ibadah kita kerana dijanjikan Allah SWT bahawa Ramadhan adalah bulan yang pahala berlipat kali ganda dalam kita menjalankan ibadah-Nya.. InshaAllah...

SALAM RAMADHAN..