Tuesday 24 June 2014

Tips Bercuti Ke Genting Highland

Cuti sekolah lepas, tak tau nak pi mana.. Last sekali, main hentam saja la pi holiday di Genting Highland.. Sebab mcm dah lama sangat tak pi sana.. Lepas bukak website Resort World, ada la promotion cuti sekolah.. So, aku pun belasah saja la booking selepas bermesyuarat dengan mem aku.. Genting Highland ni lebih kepada anak la.. Sapa yang ada anak ramai, lagi syok kot pi sana sebab banyak ongkos nak kena keluaq dari poket.. Hahahaha.. Okey.. Aku just nak share sikit la tips kalau nak pi Genting Highland ni.. Maybe ada blogger lain yang bagi tips lebih berapi, tapi aku bagi takat mampu la yo..




Tips 1: ( Buat research & updates lastest info )

Buat research dulu apa yang menarik di Genting Highland atau nak tau update terkini daripada pihak Resort World (RW). Mcm la ni ( June 2014), Outdoor Games memang fully TUTUP sebab RW dok tengah buat renovation.. Bukan renovation kot sebab abih semua Outdoor Game diruntuhkan seperti dibawah niii..

Kamera dah tak berapa sihat.. Kabuqq.. 

So, pikiaq la elok2 noo kalau nak pi jugak GH ni.. Yang First World Plaza Indoor Games pun sama.. Banyak yang tutup.. Takat yang ada cuma 4-5 game saja.. Agak rugi la sapa yang pi.. Tapi kalau takat nak rileks2, ok la.. Jadi, jangan lupa buat research dulu atau update dulu latest info pasai GH ni..

Tips 2 : Digalakkan ambik cuti Hari Isnin ( bagi yang bekerja makan gaji la )

Pasai apa aku kata kalau boleh pi hari kerja?? Sebabnya yang pertama ORANG TAK RAMAI.. Sebab ke-2 ialah HARGA BILIK MURAH.. Tapi kalau dah duit taktau nak buat apa, tak kesah la pi hari apa pun.. Mcm aku, aku booking Pakej Cuti Sekolah punya pakej.. Harga RM250.00 untuk 1 Deluxe Room @ First World Hotel + Buffet Breakfast untuk 2 dewasa 2 kanak-kanak + Buffet Dinner untuk 2 Dewasa 2 kanak-kanak.. Walaupun anak aku sorang, aku belasah saja la.. Murah tak? Boleh laa.. Takla murah gila.. Ada banyak pakej disediakan.. Kalau berhajat, buat la decision yang terbaekk.. Breakfast @ FW Hotel pun terbaek jugak menu dia.. Cuma aku frust tang dinner. Rasa mcm kena kencing ja.. Sebab makanan tak best langsung.. Ok.. Kalau ambik bilik saja, maybe dlm RM88.00 saja kot.. Terpulang laaa..

Tips 3 : Belilah tiket nak main-main secara ONLINE

Kalau kita beli tiket online, harganya lagi murah.. Aku bagi contoh la.. Tiket FW Indoor Game kalau kita walk-in beli kat atas tu, harga budak RM32.00 dan dewasa RM30.00.. Tapi kalau beli ONLINE, harga budak RM28.00 dan dewasa rm19.00... Kira jimat la tu.. Kalau ramai ahli, lagi JIMAT.. Tiket masuk Snow World pun sama.. Aku beli online RM18 (Dewasa) & RM23 (Budak).. Kalau walk-in aku rasa lagi mahal.. So, untuk penjimatan, belilah secara online..Main la kat indoor games tu sepuas-puasnya sebab boleh main sampai jam 12.00am.. 

Tips 4 : Naik la kereta terus ke puncak Genting Highland

Kita ada pilihan untuk ke puncak GH. Sama ada nak naik kabel car atau terus bawak kereta naik atas. Ada pro & kontranya laa.. Kalau naik kereta, dapat lah jimatkan duit tiket cabel car tu sb kalau tak salah aku la, RM12.00 untuk dua hala.. Kalau sorang okla.. Tapi kalau anak-beranak saja ada 7 orang, naya jugak la.. Tapi kalau duit dah taktau nak buat apa, suka hati hangpa la noo.. Lagipun naik cabel car ni boleh bagi satu pengalaman kat kita kan.. Tapi mcm aku baru ni, aku belasah ja keta Saga mem aku naik sampai atas puncak.. JIMAT.. Hahahaha.. Saga not bad untuk sampai kat atas GH.. So, terpulang la pada pilihan masing-masing okey..

Tips 5 : Check-in hotel ( Kalau First Worls Hotel laa)

Bersedia untuk Self Check-In kat First World Hotel.. Aku jenuh punya dok perhati orang lain buat mcm mana.. Tapi takla susah sangat pun.. Lagipun ada staff RW yang akan bantu kita.. Cuma aku teruja la jugak tengok check-in sendiri niii..

Ha.. ni la mesin nya.. 

Tips Terakhir : Bawalah duit banyak-banyak (bukan untuk berjudi nooo)

Kat GH ni semua makanan mahai... KFC mahai.. McD mahai.. Boleh dikatakan semua mahai laaa.. Jadi, kalau tak bawak byk cash pun takpa sebab kat sana banyak ATM Machine.. Nak lagi jimat, bawak maggie cup banyak2 naik atas.. COMPOM JIMAT... Hahahahahaha

Layanzzz dulu..








Monday 2 June 2014

Penangan smartphone & laman sosial

Assalamualaikum wbt..

Ehsan Google.. TQ


Hari ni cuma nak berkongsi satu situasi yang aku dan anak aku tengok kat Restoran As-Salam, Desa Cempaka.. Pagi tadi aku pi breakfast kat As-Salam.. Dalam lingkungan jarak 5 meter meja aku, kelihatan dua orang warga emas yang aku rasa dalam usia 55 - 60 tahun.. Pasangan suami isteri agaknya.. 

Bermula aku duduk aku nampak masing-masing dok mengadap smartphone / tab kot.. aku dan anak aku sambil berborak dok tengok tingkah laku warga emas ni.. Dua-duanya memang tak angkat kepala.. Sibuk dengan telefon masing-masing.. Tu diaaaaaa.. Apa nak jadi ni?? Bukan tak baguih menyelusuri perkembangan dunia IT terkini, tapi sampai tak bercakap langsung.. Langung tak bercakap..... Pelik sungguh aku tengok.. Dari mula aku duduk sampai la aku masuk kereta nak balik, masing-masing terus mengadap telefon masing-masing.. Punya la dasyat.. Sampai takdak komunikasi antara pasangan suami isteri ni.. Agaknya dah cemuih kot bersembang dari muda sampai ke tua... Tu yang sibuk dok berinternet.. 

Entah laaa... Rasa mcm pelik.. Tapi itulah hakikatnya.. Bapak aku yang mungkin tua sikit daripada depa tu, tak pernah peduli handphone dia..