Thursday 29 May 2014

SK Desa Jasmin @ Trip To KL2014

Assalamualaikum..

ALhamdulillah.. Selesai sudah rombongan Chegu Anuar bersama 15 orang guru & 168 orang murid ke Kolumpo.. Dengan kapasiti 4 buah bas, bukannya mudah nak uruskan program rombongan ni.. Tapi dengan bantuan rakan2 chegu, rombongan kali ni selamat pi & selamat sampai balik ke SKDJ.. Kali ni 4 destinasi.. Petrosains, Muzium TUDM, Masjid Negara & Muzium PDRM.. Masjid Negara bonus sebab bersolat Zuhur kat situ.. Terima kasih kepada murid Tahun 5 SKDJ yang 93% daripada keseluruhan murid Tahun 5 yang menyertai rombongan ni.. Terima kasih jugak kat chegu pengiring yang bersama sepanjang lawatan ni.. Semoga berjumpa di next destination.. InshaAllah..


Mcm nak pi Jom Heboh..


Dina & Best Friend


Otai masih berbisa 

Antara bas yang bawak rombongan.. Caya lah Syahmi Noor


Wednesday 28 May 2014

Balik kampung a.k.a Makan Angin ke Pulau Pinang

Assalamualaikum wbt

Sejak dua menjak ni, mood nak berblogging dah semakin menurun pulak rasanya.. Entah la pasai apa.. Tapi hati ni tetap hepi jugak sebab semalam, aku dah mula cuti sekolah.. 20 hari cuti wooo.. Jangan jeles nooo.. Dulu nasib baik la bapak aku yang paksa aku minta jadi chegu.. Kalau dak, apa ntah aku buat kat Penang tu.. 

Lokasi bapak aku pi cuci kaki setiap hari

Siap ada Mandi Wap lagi.. Canggihhh

View memang menarik.. Keliling bendang..

Baru ni aku balik pi tengok bapak aku.. Kesian la jugak sebab badan pak aku makin menguruih.. Kesan akibat kencing manis rasa aku tu.. Jari kaki belah kiri dah tinggai separuh.. 2 batang dah buang.. Kadang-kadang, bila mengenangkan nasib bapak aku, kesian sungguh.. Dulu masa arwah mak aku ada, badan sihat walafiat.. Boleh ke sana-sini.. Pi masjid memang 5 waktu sehari.. Tahlil dia pi.. Sembahyang jenazah merata masjid dia pi.. Kenduri sana-sini pi.. Tapi la ni tak berdaya dah nak pi.. Itu la dia kesan akibat kencing manis.. Aku bersyukur jugak sebab mak baru aku ni mampu menguruskan dan meneman bapak aku yang dok sorang kat rumah.. Balik kampung baru ni, sempat jugak aku bawak pi cuci kaki bapak aku di Pekan Batu Lima.. Memang bapak aku senang pi kat "sinseh" ni walaupun kadar bayaran RM25.00 setiap kali pi cuci.. Tapi aku nampak elok jugak la dengan kaedah yang diamalkan oleh cina tu.. Nampak rileks sikit berbanding dengan Klinik yang aku bawak bapak aku buat rawatan di Mantin.. Seksa sangat rasanya.. Takdak bius apapun, main gunting ja isi, kulit.. Ngeri sungguh.. Tapi kat cina Batu Lima ni memang kool la sikit.. 







Terlajak balik kampung, dipanjangkan langkah kaki sikit ke Penang.. Teringin pulak nak naik Jambatan Kedua PP.. Memang panang sungguh jambatan ni atas laut.. Lama sangat rasa nak sampai ke Batu Maung.. Kalau dari Jawi, naik highway terus ja masuk ke JKPP ni.. Tol Plus + Tol Jambatan = RM10.50.. Maknanya, Tol JKPP sahaja rm8.50...Dari segi struktur jambatan ni memang nampak sama saja dengan jambatan lama.. Cuma lorong motosikal diasingkan.. Memang baguih la untuk pengguna motosikal.. Aku rasa jarak tu jadi jauh sebab melingkau-lingkau mcm ular kena bedal.. Okla.. Tapi memang tak ramai yang menggunakan JKPP ni mungkin sebab jauh kot.. Tapi akan datang, aku rasa JKPP ni memang berguna untuk semua pengguna yang nak keluar - masuk Pulau Pinang.. 

Terbaekkkk.. Beriani 3 mamuuuuu... Hehehe


Kebetulan masuk Penang, teringin pulak nak makan Nasi Beriani Hameediyah.. Jadi, tanpa membuang masa, kami sefamili terus pi Restoran Hamediyah.. Memang power... Puas hari makan.. Nasi beriani + ayam kapitan = RM8.50.. Ayam besaq pulak tu.. 1/4 ekoq ayam tu.. Restoran asal Hameediyah tengah buat renovation.. Jadi kami makan kat Restoran Hameediyah yang sebelah.. Sama saja la.. Jadi, sapa yang nak makan beriani Penang, boleh pi try.. Kalau tekak aku, memang ok la.. Total makan semua RM32.50.. Nasi Beriani 3 pinggan + nasi putih 1 pinggan (aku punya nasi tambah.. hahaha) + ayam kapitan 1 + ayam percik (madu) 1 + daging seketul + sirap + milo air + air kosong 2.. Berbaloi tak???

Aku pi Penang ni hanya UNTUK MAKAN.. Hahahaha.. Banyak sungguh makanan yang best kat Penang ni.. Sapa nak tau tempat2 menarik, bolehla emel aku sebab aku 22 tahun duduk kat Penang.. La ni saja dah merantau jauh ke Nilai.. Okey.. 

Thursday 8 May 2014

Gotong-Royong Siri 1/2014 @ Perdana College Heights

Assalamualaikum..

Kepada semua warga Perdana College Heights tak kira lah anda tinggal di fasa Orchid , Bayan , Suria Residence, D'Camellia, Raflesia, atau Ivory Villas.. Anda diseru untuk bersama-sama turun padang tingkatkan semangat bermasyarakat dikalangan kita untuk menguatkan saf kita dalam menjayakan Program Gotong-Royong SIFAR Aedes yang dijadualkan seperti yang tertera pada banner dibawah.. 

Ada orang kata, "Buat apa nak gotong-royong, MPN kan ada.. SWM kan ada.. ".. memang betoi apa yang dikata, tapi masa masuk wad kena demam denggi, MPN atau SWM takdak sebelah katil kita.. Jadi, JOM KITA turun sama-sama... Okey.. Sekian




"MEMASYARAKATKAN KITA DEMI SEMANGAT KEMASYARAKATAN.."

Wednesday 7 May 2014

Bercuti di Cameron Highland Siri 2014

Assa5lamualaikum wbt

Cerita dah basi jugak ni.. Tapi bolehlah post jugak buat mengisi masa sebelum tidoq ni.. Cameron Highland destinasi percutian Mac lalu.. Pi Cameron Highland kali ni sempena buzzdy Cik Dina, anak aku ni.. Nak celebrate dengan sepupu dia.. Aku sebenaqnya dah jemu pi CH ni sebab rasanya 2-3 tahun ni dah 6 kali aku naik ke sana.. Yang syoknya sebab sejuk kot.. Nak kata best, bolehlah...

Penginapan, mcm biasa la.. Rumah Peranginan Persekutuan.. Jimat & Selesa... Hahaha.. Semalam cuma RM25 ja.. Boleh la.. Aku booking 3 bilik termasuk untuk kakak-kakak aku lagi 2 bilik..Hotel kat CH ni memang mahai.. Dah la kebanyakkannya buruk-buruk.. Cat pun dah terkopek.. RPP CH ni kira OK la sebab baru buat renovation.. So, layan dulu la pic yang sempat di snap.. Okey..


Dina dengan sepupu paling kecik.. Mya


Ruang bilik RPP C.Highland..






Sunday 4 May 2014

Misi Mencari MH370 Diteruskan..

Assalamualaikum..

Misi perlu diteruskan.. -)




Lokasi: Muzium TUDM @ Pengkalan Tentera Udara, Sungai Besi, KL