Tuesday 28 January 2014

Sejauh Mana Perkhidmatan Majlis Perbandaran Nilai @ PIHAK BERKUASA TEMPATAN??

Assalamualaikum wbt..

Rasa terpanggil untuk meluahkan apa yang hakikatnya berlaku untuk 2014 didalam pentadbiran Majlis Perbandaran Nilai sebagai PBT yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah rakyat bawahan?

3 aduan daripada KRT Perdana College Heights, Pajam telah dipanjangkan melalui Sistem E-Aduan yang telah disediakan oleh pihak MPN. Bermula aduan pada 04.12.2013, masih tidak dapat diselesaikan sehingga kini?? Apa sudah jadi?? 

Masih dalam proses?? Logikkah??


Tahun 2013 dan sebelum2nya, boleh dikatakan perkhidmatan pihak MPN boleh dikatakan baik dan cepat.. Kenapa?? Mungkin dulu sebelum PRU Ke-13, calon BN ketika itu En. Gan Chee Biow yang setahu aku banyak mendesak supaya tindakan segera dilakukan untuk rakyat. Tapi sekarang, bila En. Gan dah resign sebagai Ahli Majlis, MPN.. Agaknya mungkin dah tak ada pendesak.. Tu la agaknya lambat bertindak.. Aku cakap berdasarkan on paper.. Cuba bayangkan, minta pihak MPN mengarahkan kontraktor yang dilantik untuk membersihkan longkang besar di PCH, dari 4.12.2013 sehingga ke hari ni TIADA tindakan.. Apa sudah JADI???

Mohon pegawai-pegawai di MPN dapat membantu menyelesaikan permasalahan rakyat bawahan seperti kami. Rasanya tak perlu lah ada pendesak jika kita dapat menjalankan tanggungjawab kita seadanya..? Mohon pencerahan daripada pihak MPN..

"KOMUNITI CEMERLANG, PBT GEMILANG, NEGARA TERBILANG"

2 comments:

Anonymous said...

cakap byk le ko ...

Chegu Anuar said...

Elok ckp banyak dr ckp belakang..