Tuesday 28 January 2014

Sejauh Mana Perkhidmatan Majlis Perbandaran Nilai @ PIHAK BERKUASA TEMPATAN??

Assalamualaikum wbt..

Rasa terpanggil untuk meluahkan apa yang hakikatnya berlaku untuk 2014 didalam pentadbiran Majlis Perbandaran Nilai sebagai PBT yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah rakyat bawahan?

3 aduan daripada KRT Perdana College Heights, Pajam telah dipanjangkan melalui Sistem E-Aduan yang telah disediakan oleh pihak MPN. Bermula aduan pada 04.12.2013, masih tidak dapat diselesaikan sehingga kini?? Apa sudah jadi?? 

Masih dalam proses?? Logikkah??


Tahun 2013 dan sebelum2nya, boleh dikatakan perkhidmatan pihak MPN boleh dikatakan baik dan cepat.. Kenapa?? Mungkin dulu sebelum PRU Ke-13, calon BN ketika itu En. Gan Chee Biow yang setahu aku banyak mendesak supaya tindakan segera dilakukan untuk rakyat. Tapi sekarang, bila En. Gan dah resign sebagai Ahli Majlis, MPN.. Agaknya mungkin dah tak ada pendesak.. Tu la agaknya lambat bertindak.. Aku cakap berdasarkan on paper.. Cuba bayangkan, minta pihak MPN mengarahkan kontraktor yang dilantik untuk membersihkan longkang besar di PCH, dari 4.12.2013 sehingga ke hari ni TIADA tindakan.. Apa sudah JADI???

Mohon pegawai-pegawai di MPN dapat membantu menyelesaikan permasalahan rakyat bawahan seperti kami. Rasanya tak perlu lah ada pendesak jika kita dapat menjalankan tanggungjawab kita seadanya..? Mohon pencerahan daripada pihak MPN..

"KOMUNITI CEMERLANG, PBT GEMILANG, NEGARA TERBILANG"

Thursday 16 January 2014

Bercuti di Hatyai , Thailand

Assalamualaikum wbt..



Hari ni just nak berkongsi cerita tentang percutian singkat famili aku ke Hatyai, Thailand.. Percutian yang asalnya dirancang awal tapi tak jadi sebab cikpuan aku tak diluluskan cutinya sampai ke sudah.. Tapi kali ni maleh lagi nak planning.. Main otak seminit ja.. Kakak2 aku ajak pi sekali lagi pun depa kata on ja.. Takpa.. Depa dekat.. Hahaha..

Aku ke Hatyai ni main terjah saja.. Buat research sikit, pastu hentam saja lah.. Aku bertolak dari Nilai jam 11.00 malam.. Bawak keta slow-slow tanpa tekanan, akhirnya sampai di Juru jam 5.30am.. Sempat jugak aku tidoq sejam kat R&R Gunung Semanggol... Berjanji jumpa kakak2 n adik aku kat Juru jam 5.am.. Tepat depa sampai.. Perjalanan diteruskan ke border Bukit Kayu Hitam.. Sampai di border dalam jam 8.00am... Breakfast dulu.. Pastu buat insuran Thailand, tukaq duit, isi petrol dan sebagainya.. Petrol kena isi siap-siap sebab petrol kat Thailand mahal ooooooo... Nak tau details kat sempadan, boleh baca post aku yang sebelum ni tentang tips ke Hatyai.. 

Masuk Hatyai dalam jam 10.00am.. Fuh.. Lega rasanya lepas lama jugak dok buat urusan kat Imigresen Thailand.. Masuk ja Pekan Dannok, nampak wayar berselirat dah.. Mcm kat Bandung jugak.. Termenung sat.. Bersykurla kita dok kat Malaysia.. Wayar lampu jalan pun tak nampak.. Semua kabel ditanam dalam tanah.. Kalau ada wayar bergantung pun, seurat ja wayarnya.. Ni kat Thailand, memang berbelas-belas wayar diantara tiang ke tiang.. 



Perjalanan dari Pekan Dannok ke Hatyai tak jauh pun.. Dalam 55km ja & lebih kurang 50minit perjalanan.. Aku main hentam ja.. Aku harapkan abang ipaq aku bawak GPS, tapi dia tak bawak.. So, main terjah saja laa.. Nasib baik papan tanda ada tulis bahasa rumi.. Kalau dak, memang naya sungguh.. Bila dah masuk Hatyai, aku terus mencari hotel PB Grand Hotel.. Hotel ni aku dah booking secara online.. Tapi belum bayar.. Kat Thailand ni beza sikit dgn Indonesia.. Kalau di Indonesia, booking mesti kena buat transaksi bayaran terus.. Kat Hatyai ni main booking pakai emel ja/ telefon.. Last sekali depa akan emel booking number.. Pusing punya pusing, tak jumpa pulak hotel PB Grand ni.. Akhirnya aku tanya la sorang mamat teksi motosikal ni.. Dia tak pandai cakap English.. Yang dia tau, bahasa Siam.. Aku tunjuk alamat.. Haa.. dia kata OK.. Aku bersama 3 lagi kereta ikut la motor ni.. Lepas pusing kanan - kiri - kanan.. Dia berenti.. Dia tunjuk dengan bahasa yang aku paham.. "INI LA HOTEL NYA..." .. Punggah betoi.. Dah terang-terang nama hotel tu Hotel IDO.. Aduh.. Takpa la.. Aku bayar 40Baht (RM4.00) kat dia, dan dia pun beredar.. Cikpuan aku pun pi tanya ada bilik kosong?? Harganya amat berpatutan sekali.. 590Baht = RM59.00.. Fuh.. Jimat.. Hotelnya amat selesa.. Hotel baru.. Semua kemudahan baru.. Katil King size.. Puas hati sangat laa.. Tapi agak jauh sikit dari pusat bandar yang Lee Garden Plaza tu laa.. Tapi dok la jauh sangat.. Naik tuk-tuk dalam 6-7 minit saja.. Selesai bab hotel... 



Lepas check-in, mandi-mandi dulu.. Rest kejap.. Van pun sampai.. Van ni memang aku ada contact dia sehari sebelum pi.. Van 14 seaters ni dikenakan charge 1500Baht saja dari jam 2.00pm - 8.00pm utk 3 destinasi.. Mula-mula aku minta dia bawak pi makan.. pastu dia bawak pi Chang Phuak Camp .. Ni tempat naik gajah.. Tapi aku tak naik pun sebab simpati dengan gajah tu walaupun kami memiliki versi yang sama.. Hahahaha.. Bayaran untuk naik gajah tu 500Baht/orang utk naik gajah selama 30 minit.. Takpa la.. Dapat bagi makan gajah pun OK.. Selesai kat tempat gajah, terus pi Floating Market... Tempat orang meniaga kat atas air tu.. Kat situ, nampak menarik tempatnya.. Makanan & minuman yang dijual pun nampak lawa saja.. Aku try beli satu sosej roll.. Mak aih.. Makan tak sedap hapa.. Huh.. Apa pun aku tak beli.. Yang aku beli bekas air tanah liat tu.. Murah ja.  RM2.00.. Hehehe.. Bagi aku, kat Floating Market ni taklah menarik sangat.. Tapi bolehlaa.. Berniaga dengan cara yang unik.. Hehehe... Last destinasi aku suruh driver bawak pi Night Market.. Beli-belah sikit.. Harganya pun tak la murah sangat.. Habis tu, balik bilik.. rehat la pulak... Dah dekat 24jam aku berjalan tanpa rest.. Penat oooo.. Malam tu pulak, cikpuan aku bgtau receptionist nak panggil massage.. orang massage mai kat bilik.. Bukan massage aku, tapi massage cikPuan aku laa.. 300Baht utk 2 jam massage.. Berbaloi dak? Amat berbaloi sekali.. Lepas massage, pi jalan lagi.. Perut dah lapar.. Suruh receptionist panggil Tuk-Tuk.. 5 minit ja sampai tuk-tuk.. Pi kat area Lee Garden Plaza.. Kat situ ada Restoran Hamid.. Halal.. Boleh tahan makanannya.. Sedap jugak.. Agak confident sikit nak makan.. Hahahaha.. Pusing-pusing sambil beli-belah souvenir, pastu balik bilik dan zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....

Pagi esok, pi la ronda-ronda naik tuk-tuk yang sama.. Tepat jam 1.45pm, aku bertolak balik ke Nilai.. 12jam perjalanan baru sampai Nilai.. Jam 1.04am sampai depan rumah..

Kesimpulannya, bercuti ke Hatyai ni boleh diberikan percutian yang sederhana bestnya.. Mungkin aku pu 2hari 1malam saja kot?? Tapi kalau ada kesempatan, takmau dah aku ke Hatyai, nak try pi Krabi atau Phuket pulak.. InsyaAllah..

Layan dulu la pic yang sempat ambik..














Tips Bercuti ke Hatyai , THAILAND

Assalamualaikum wbt...



Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana diatas izin-Nya, dapat jugak kami sekeluarga masuk ke Thailand.. Planning asal nak pi 20 Disember tapi terpaksa cancel sebab myIsteri tak dapat cuti.. Huhuhu.. Tapi baru-baru ni hajat terlaksana jugak & tak dirancang... Tapi pi semalam saja laa.. Untuk first entry, aku saja nak berkongsi sikit tips untuk ke Hatyai...

Tips 1: ( Jarak & Petrol )

Kalau pi dengan kereta, jaraknya dari Nilai - Hatyai sejauh 580km untuk perjalanan sehala.. Maksudnya, kalau kalau 2 hala 1160km.. Berbaloi dak?? Kalau isi petrol untuk kereta Exora aku lebih kurang RM200 dah cukup dah untuk 2 hala tu... Kalau nak pi flight, mahai sungguh untuk pi Thailand ni.. Naik kereta pun OK.. Tak la jauh sangat.. Berasap jugak la buntot.. Hahahahahahah.. Sampai sahaja pekan Changlun, jangan lupa isi petrol penuh tangki sebab petrol mahai kat sana.. Kalau tak salah aku harga per liter berbeza-beza mengikut jenama syarikat.. Sebagai contoh, kalau Shell Malaysia RM2.10/liter tapi kat Thailand 43 Baht / liter.. Mahai ooooo.. Dan jangan lupa tukarkan duit Baht siap-siap.. Duit Thai dgn Malaysia tak banyak beza.. Cuma buang 0 sahaja.. Contohnya RM10.00 = 100Baht..

Tips 2: (Insuran Kereta Thailand)

Sebelum masuk Thailand, kita yang pi bawak kereta, kena la beli insurans thailand dulu.. Kalau MPV macam kereta aku, RM25.00 / kereta.. Kereta sedan biasa hanya RM19.00/kereta.. Kat pekan Changlun banyak ja kedai yang buat insuran ni.. Pastu kat situ jugak kena beli form declaration yang berharga RM1.00/orang... Untuk info, kedai insurans kereta ni jam 6.30am dah bukak dah.. Sapa yang planning nak masuk awal ke Thailand, tak jadi masalah.. 

Tips 3 : ( Kat sempadan )

Okey.. Bila dah sampai sempadan yang bermaksud kat Bukit Kayu Hitam, kita akan lalui Imigresen Malaysia dulu.. Yang Imigresen Malaysia ni kita drive-thru saja untuk pengesahan passport sahaja.. Yang Malaysia ni sat saja.. Tak payah susah-susah.. Dah lepas Imigresen Malaysia jarak dalam 200m, kita akan sampai di Imigresen Thailand.. Kat sini agak confuse sikit.. Aku haritu, sampai ja kat Imigresen Thailand, pegawai Imigresen Thailand tu suruh aku terus ja.. Aku pun terus sampai masuk kawasan Dannok.. Rupa2nya, kena berenti kereta untuk turun cop passport dan dapatkan surat pengesahan insuran kenderaan daripada Imigresen Thailand.. Untuk cop passport kat Imigresen Thailand, jangan lupa selitkan RM1.00 untuk setiap passport kita.. Dlm erti kata lain, duit kopi la tu.. Kalau tak selit, nanti depa minta jugakk.. Bagi ja laa.. Kalau orang tak ramai, dalam 20 minit boleh setel la urusan di border tu, tapi masa aku pi agak ramai.. Jadi, dalam 40 minit jugak la nak setelkan.. Lepas semua, moh kita masuk Thailand.. Sawadikapppp!!

Tips 4 : ( Cara bawak kereta )

Bila dah masuk jalan raya Thailand, kena bawa kereta dengan berhemah.. Nak masuk simpang ka kena awai-awai bagi signal.. Nanti depa marah.. Okey.. Bawak la elok-elok kat negara orang kan.. -)

Tips 5 : ( Kerenah orang Thailand )

Untuk makluman, orang Thailand ni ada yang cakap baik-baik tapi ramai yang cakap kasaq oooo.. Depa cakap Melayu memang tak tau.. Kalau ada 100 orang Thailand, mau kot 1 orang ja yg boleh cakap bahasa melayu sikit-sikit.. So, memandangkan situasi politik tak stabil, maka cakap kita tu kena lah berhati-hati.. Kang tak pasai kena sedas... Naya-naya....

Tips 6 : ( Transport untuk jalan-jalan)

Kat Hatyai, kita ada pilihan untuk gunakan kemudahan seperti van, tuk-tuk atau motosikal (pembonceng) untuk jalan-jalan.. Mcm aku, kami pi 4 family, ada 16 orang, kami sewa van yang 14 seaters.. Aku dah contact sejak dari Malaysia lagi.. Harga memang berbaloi.. Aku ambik dari jam 2 pm - 8 pm, harga 1500Baht = RM150.00 sahaja.. Ada yang terkena mahai jugak.. Mcm ada satu family aku jumpa, depa kata kena 3000Baht utk tempoh masa yang sama dengan aku.. Kan dah terkena.. Kena hati-hati.. Kalau nak naik tuk-tuk pun boleh tuk2 nie besar jgn risau...aku pun boleh masuk.. Bayarannya 20Baht = RM2.00 one way trip... Pi ke mana-mana utk satu destinasi..

untuk kemudahan hangpa nie no..tel van dan tuk2 aku kat sana

Van : +0897394954 (Shaari) brother nie org siam tp boleh ckp melayu....senang sikit..

tuk2 : +0812755743

Tips 7 : ( Hotel )

Kat Hatyai, aku dok di Hotel IDO.. Memang berbaloi sangat.. Harganya 590Bath = RM59.00 sahaja untuk bilik standard katil King Size... Hotel baru lagi.. Memang selesa sangat.. Sebenarnya, aku dah booking (tanpa bayaran) hotel PB Grand Hotel.. Tapi pusing punya pusing, tak jumpa.. GPS pun takdak.. Last sekali, belasah ja la Hotel IDO ni.. Berbaloiiii!!!

Sekian dulu untuk tips.. moga dapat membantu anda yang ber planning ke Hatyai..





Wednesday 15 January 2014

Program Maulidur Rasul @ Perdana College Heights

Assalamualaikum..



Jom ramai-ramai ke Surau Al-Falah, Perdana College Heights, Pajam untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Forum Perdana sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Perdana College Heights.. Ahli Panel teridiri daripada Al-Hafiz Ustaz Ikmal Zaidi bin Hashim (bekas Mursyid Imam Muda Musim-1) bersama 2 lagi Imam Muda..

Disamping itu juga, kepada para dermawan yang ingin menderma untuk Tabung Pembinaan Surau Al-Falah, boleh lah terus berjumpa dengan Pengerusi Surau Al-Falah, Ustaz Safuan.. atau hubungi saya untuk saya panjangkan usaha murni anda sebagai saham akhirat kelak.. Insha Allah..

Moh kita mengimarahkan surau.. Insha Allah....

Pertandingan Bowling Anjuran KRT Perdana College Heights

Assalamualaikum... 



Alhamdulillah.. Setelah bersepakat dengan Ahli Jawatankuasa KRT, akhirnya berjaya direalisasikan juga Pertandingan Bowling Tertutup Taman Perdana College Heights, Pajam yang akan diadakan seperti maklumat berikut:

TARIKH : 26hb JANUARI 2014 (AHAD)
MASA : Jam 9.00am - 12.00pm
TEMPAT : DreamBowl @ Kompleks Sukan Airport, Nilai.

Untuk makluman, pertandingan kali ini akan disertai oleh 15 kumpulan yang disertai oleh 4 orang / kumpulan.. So, jumlah keseluruhan adalah 60 orang peserta. Meriah nanti rasa aku!!!

Terima kasih kepada Biro Sukan & Rekreasi KRT-PCH iaitu En. Hazizi & Cikgu Arumugam serta kerja kuat tuan setiausaha, En. Kamarulzaman.. Dan juga semua AJK yang terlibat.. Tidak lupa juga kepada semua peserta yang tinggal di Perdana College Heights..

Thursday 9 January 2014

Jom Pekena Nasi Beriyani Hamediyah

Assalamualaikum.. 

Best betoi view..

Tuuuu dia...


Saja masuk post ringkas pasai nasi beriyani Hamediyah.. Kalau pi Penang, rugila kalau tak try Nasi Beriyani Hamediyah ni.. Aku memang sejak aku kecik (wpun badan tetap besaq), famili aku memang selalu jugak mai makan beriyani kat sini.. Dulu-dulu Restoran Hamediyah ni cuma ada kat Penang Road saja kat area2 Chowrasta.. Tapi la ni dah buat banyak cawangan.. Seperti biasa la, kalau dah bukak banyak cawangan, taste mesti dah lari tune.. 

Baru-baru ni masa menguruskan urusan pak aku, lalu la ikut Sungai Dua, Seberang Perai.. Nampak Restoran Hamediyah.. Teringin pulak nak pekena rasanya.. Kalau nak masuk Penang, bermodal lagi dengan tol jambatan pulak.. Kasi hentam saja laa.. Disebabkan dah lama tak pekena Beriyani, fuhhhh.. Terbaekk.. Tapi taste dah lari masa dulu2 makan kat Penang.. Tapi still OK laa.. Sepinggan Nasi Beriyani + Ayam (1/4ekor) = RM9.00... Okla kalau dibanding dengan Restoran Insaf kat Jalan TAR... Hahaha..