Thursday 1 August 2013

Takziah buat keluarga Mendiang Chua Boon Huat

Assalamualaikum wbt..



Hari ni aku nak ucapkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga mendiang Chua Boon Huat, pemain hoki kebangsaan.. Sebelum ni aku jarang sangat nak bercerita tentang hal selain dari diri aku kat dalam blog ni.. Tapi disebabkan aku memang meminati pemain hoki kebangsaan ni sebab dari dulu lagi aku suka tengok penampilan dia masa tengah bertanding.. Tubuh badan dia yang mcm badang lebih menyerlahkan kekemasan dalam penampilan mana-mana perlawanan hoki..



Semalam, Chua Boon Huat, 33, meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Lebuahraya LDP dekat Kelana Jaya pada jam 3.00 pagi pada 1.8.2013.. Trivia angka 3 pun mcm misteri sebab semuanya 3.. Sejarah penampilan Chua Boon Huat dalam mewakili jersi pasukan hoki kebangsaan pun 337 kali.. Sejak bermain dgn pasukan kebangsaan, Chua Boon Huat memang menyarung jersi nombor 3.. Kalau la tak salah, nombot plat keretanya pun bermula angka 3 (kalau tak salah la).. Kemalangan berlaku selepas majlis berbuka puasa pasukan hoki kebangsaan dengan Presiden PHM, Yang Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tunku Abdullah Sultan Ahmad Shah.. 

Apapun, semoga pasukan hoki kebangsaan teruskan perjuangan untuk menghadapi Piala Asia akan datang walaupun tanpa kelibat Chua Boon Huat.. Salam Takziah dari saya sekeluarga..

3 comments:

are_lin@yu said...

salam takziah utk klrga nya.

Bunda_nora said...

malang tak berbau...baru je malam tu berkumpul dengan kawan2..tiba2 esok dah tak bernyawa..terasa pulak dihati...bila tiba masa kita pulak dipanggil Nya..ketika mana? bagaimana keadaannya kita nanti?..tiba2 datang seribu keinsafan..Allahuakbar...

Aida Ismail said...

Takziah. Terkejut bila dapat tahu tentang kematian beliau.