Friday 5 July 2013

Sukarnya Menjadi Seorang Pemimpin / Ketua

Assalamualaikum w.b.t...

Sekadar berkongsi sedikit kisah.. InsyaAllah memberikan manfaat kepada kita.. 
Begini kisahnya kawan2.. (bak cerita anak aku.. hehehe)




    Pada suatu hari, semasa Khalifah Umar bin Abdul Aziz sedang mngira buah epal yang hendak dibahagikan kepada kaum muslimin, anaknya yang masih kecil sedang bermain-main berhampiran dengannya. Tiba2 anaknya mengambil sebiji buah epal daripada bakul, kemudian dia menggigit buah epal yang rangup itu. Khalifah Umar bin Abdul Aziz terpandang perbuatan anaknya itu. Dengan segera dia menghampiri anaknya dan dia mengeluarkan buah epal itu dari mulutnya anaknya. Sebab buah epal itu adalah hak kaum muslimin.

    Ketegasan Khalifah Umar bin Abdul Aziz itu menyebabkan anaknya menangis. Dia berlari pulang mengadu kepada ibunya. Ibunya, Fatimah memahami tindakan suaminya yang ingin menjaga amanah kaum muslimin. Tetapi, sebagai seorang ibu, beliau jg memahami perasaan dan keinginan anaknya. Fatimah memujuk anaknya dengan membeli sebuah epal di pasar.

    Ketika Khalifah Umar bin Abdul Aziz pulang ke rumah, beliau ternampak anaknya sedang memakan buah epal. Beliau lalu bertanya kepada Fatimah, “Wahai Fatimah, dari manakah adinda peroleh buah epal itu? Adakah ia milik kaum muslimin?”

    “ Tidak kekanda. Buah epal itu adinda beli di pasar untuk mendiamkan anak kita yang menangis tadi.” Mendengar jawapan itu, legalah hati Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Beliau mendukung anaknya sambil berkata kepada isterinya, “Ketika kanda menarik buah epal itu dari mulut anak kita, kanda merasakan seolah-olah kanda menarik jantung kanda sendiri. Sungguh sakit kanda rasa, tetapi kanda tidak sanggup mendapat dosa kerana sebiji buah epal yang bukan hak kita.”

    Sungguh kuat sifat amanah beliau. Semoga Allah mengurniakan kita dengan sifat yang mulia ini

Semoga cerita tadi dapat memberikan peluang kpd diri kita untuk menjadi seorang pemimpin yang mempunyai jatidiri yang kuat dikalangan insan yang kita pimpin. Wallahualam...



Ehsan cerita: From Google Searching..

2 comments:

Bunda_nora said...

sama2 kita ambil iktibar dari cerita ini..Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak chegu..

Chegu Anuar said...

Tkasih Bunda.. Salam Ramadhan jugak dr saya sefamili kpd Bunda