Tuesday 30 July 2013

Sesaknya Jalan dari Nilai - Batang Benar - Pajam - Mantin

Assalamualaikum wbt..



Hari ni just nak berkongsi tentang kesesakan lalulintas yang semakin ketara di laluan utama Nilai - Batang Benar - Pajam - Mantin.. Kalau masa zaman aku baru pindah dulu sekitar pertengah tahun 2007, jalan raya di sini lengang sangat tambahan lagi bila waktu malam.. Sebab masa aku pindah ke Pajam ni, lebuhraya LEKAS belum beroperasi lagi.. Tapi sekarang ni keadaan lalulintas memang teruk sangat jem.. Lebih-lebih lagi pada hari Jumaat petang.. 





Lampu isyarat di Batang Benar merupakan salah satu penyumbang kepada keadaan kesesakan lalulintas ni.. Tapi sebelum sesak, memang dah ada lampu isyarat tu.. Sebagai antara komuniti pertama yang menghuni di Perdana College Heights , aku dah mula terasa kesibukan jalanraya di sini tak mcm mula-mula aku pindah sini.. Ketenangan & kedamaian masih boleh dikecapi bila dah sampai depan pintu masuk rumah aku.. Hahahaha..

Semoga pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dapat merangkan satu pelan jangka panjang untuk mengatasi kesesakan lalulintas ini memandangkan peningkatan jumlah kediaman telah meningkat. Maka pelan pengstrukturan semula kemudahan prasarana seperti meningkatkan taraf jalanraya, longkang, sekolah, balai polis, klinik kesihatan dan sebagainya perlu direncanakan demi kestabilan pembanguna pada masa akan datang..

2 comments:

Anum said...

SELAMAT TENGAHARI
ANUM BR LEPAS HBS EXAM
SINGGAH SINI LU

Aida Ismail said...

Hari2 jem ek. Kesian betul. Hehe :D