Monday, 29 July 2013

Pra Raya 2013

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah hari ni dah masuk 20Ramadhan.. Semoga kita terus memperbanyakkan amalan mulia dibulan yang penuh dengan barakah ni.. InsyaAllah..

Tinggal lebih kurang 10 hari lagi semua umat Islam akan menyambut kedatangan 1Syawal.. Di corong-corong speaker radio kita dah mula kedengaran lagu-lagu raya.. Baik dari budak-budak kecik sampailah ke peringkat usia emas sedikit sebanyak akan tersentuh bila sayup-sayup terdengar alunan irama lagu raya ni.. Betoi takkk? Untuk raya tahun ni, aku pun bershopping secara ala-kadar saja la.. Kuih ghaya pun belum lagi.. Yang dah beli baju anak aku.. dan bekalan untuk dibawa balik ke kampung nanti.. InsyaAllah tahun ni, kami sefamili akan berhari raya di kampung aku dulu di Bagan Serai.. Pastu raya ke-2 akan ke Felda Soeharto.. 

Disebabkan nak sama-sama meriahkan raya, aku pun mula la buat keja-keja tambahan yang sebenarnya aku pun tak pernah buat sebelum ni.. Tahun ni aku pasang lampu lip-lap + ketupat.. Aku pi shopping kat Mydin USJ hari tu, teringin pulak nak pasang lampu raya.. Hahaha.. Lokasi nak pasang lampu ni memang ada, tapi sebelum beli haritu, aku dok pikiaq jugak, mcm mana nak pasang lampu ni.. takkan nak tarik wayar extension punya panjang sampai ke depan pagar rumah.. Last-last aku kol Mr. Tarmizi Harun a.k.a Mizi jiran aku.. Mizi ni pandai jugak bab2 wiring.. Dia kata, bisa diatur.. dia boleh tolong buat adjustment & modified.. So, aku pun belilah lampu ketupat ni.. Balik rumah esoknya, Mizi tolong pasang.. Pasang punya pasang rasa mcm pendek pulak.. Ah.. Belasah saja la.. Janji mengelip-mengelap.. Hahahaha.. Tqvm Mr. Mizi..


Ni dia wireman Tarmizi Harun a.k.a Mizi PCH

Petang tadi balik sekolah, aku proses pulak lampu panjut untuk pasang depan rumah aku yang ada tanah sekangkang kera tu.. 3 batang aku pasang.. Ala.. Saja nak meriahkan sikit kawasan.. Hahaha.. Lampu panjut ni aku beli kat kedai Saaka Nilai @ Nilai 3.. Untuk info, kedai Saaka Nilai ni semua benda ada.. Barang2 elektrik, periuk besen. mangkuk, tikar getah, lampu-lampu, bekas kuih raya dan segala mak nenek laa.. Harga pun boleh minta diskaun lagi..

Pakej: Panjut + Lampu ketupat..

Berhabuk sungguh bumbung kereta aku ni.. Huhu


Okla.. Selamat Bersahur untuk Ramadhan ke-21 esok.. InsyaAllah..


2 comments:

Hanny Abdullah said...

Wahhh...meriah sungguh raya tahun ni ya Cikgu..ada lampu lip lap..seronok saya tengok. teringat zaman kecik2 dulu mak ayah sibuk hias rumah time2 dah dekat raya..

Aida Ismail said...

Meriah la rumah cikgu raya nanti ^^ budak2 pun seronok nak datang beraya. Hehe.