Friday, 26 July 2013

Peristiwa Hari Ni..

Assalamualaikum wbt..

Semoga 10 hari terakhir Ramadhan akan datang dpt lah kita mempertingkatkan lagi amalan kita.. InsyaAllah..


Hari ni aku just nak berkongsi satu kesah yang berlaku pagi tadi di sekolah.. Lepas aku keluar dr kelas waktu kedua sekolah, aku dilambai2 oleh seorang chegu pompuan (chegu D).. Aku pun turun la ke kawasan tangga sebelum ke pejabat.. Chegu D ni bawa bersama 2 orang murid perempuan.. Lalu aku pun bertanya apa kes?.. Chegu D tu bgtau budak ni dah ambik rantai emas dia.. Aku pun mcm pening sat.. Apa pokok pangkal aku pun taktau.. Lepas tu chegu D ni pun explain la secara secara ringkas kat aku.. Baru la paham sikit.. Ceritanya, rantai chegu ni terjatuh lepas dia keluar kelas.. Dia tak perasan.. Tapi murid ni nampak lalu ambik dan simpan.. Masa murid ni ambik, kawan dia nampak.. Murid tu pun bgtau kawan dia, chegu D punya.. tapi jangan bgtau sapa2 atau chegu D... Begitulah serba ringkas ceritanya sehingga kwn murid ni bgtau chegu dan kena la dipanggil untuk disoal siasat.. Barulah aku paham sikit.. Aku pun ckp dengan budak tu, Kamu ka yang ambik benda tu..? Takdak la aku menempik atau marah2 budak tu.. Aku bukannya gila lagi.. Lalu murid tu bersama chegu D berjalan ke pejabat yang jaraknya tempat aku sembang tdi dalam 8 meter.. 

Aku pun jalan la jugak sebab nak turun ke Bilik Guru..Sambil tu aku menjengah pejabat.. Rupa2nya bapak budak tu dah ada di pejabat.. Chegu D pun cakap2 la dengan bapak murid ni.. Bapak murid ni pulak dok tanya itu dan ini kepada anaknya sambil anaknya duduk atas paha bapaknya.. Tiba-tiba bapak budak ni bangun dan datang kat aku.. Dia kata.. "Ko apa hal.. Apa kau marah dio.. Sampai dio menangis.. ".. Aku pun terpinga-pinga la sat.. Blur.. Aku jwb: "Bila masa saya marah dia..? Saya pun taktau pangkal cerita.. Saya tanya dia saja..".. Bapak murid tu semakin dekat dengan aku dan memandang muka aku dengan wajah yang amat tak puas hati.. Dalam hati aku, mau lebam bijik mata aku ditumbuk bapak budak ni.. Aku dah standby, kalau dia lepas sebijik penumbuk dia, alamatnya.. Tidoq balai dia malam ni.. Aku cuab kool kan diri aku sebab kalau aku layan lebih parent yang mcm ni, silap2 aku pun mcm dia jugak.. Dia sambung marah2 aku dan aku jawab dengan rileks walaupun hati aku memang agak paneh.. Selang beberapa saat, dia makin dekat dengan aku lebih kurang tak sampai semeter depan aku.. Masa tu jugak, GPK HEM datang dan kendurkan keadaan dengan suruh dia masuk pejabat.. Dia tetap pandang aku.. Aku pun balas pandang dia sambil standby jugak laa... Lepas dia dok pot-pet2, aku tukar strategi walaupun aku tak patut buat.. Aku pun kata.. "Ok2.. Kalau tak puas hati dengan aku, dan kalau rasa aku salah.. Aku minta maaf.. Ok?.. Akhirnya dia pun masuk ke pejabat...

Kesimpulannya.. Perlukah seorang bapak yang anaknya disyaki mencuri dengan ada saksi sanggup menggertak seorang chegu mcm aku yang membimbing, mengajar, mendidik anaknya? Tapi aku tak kesah.. Itu dah asam garam aku sebagai chegu.. Tapi aku kecewa masih ada parent yang bersikap begitu..

Agak tengah hari sikit, aku pun buat sikit soal-siasat tentang bapak budak ni.. Info yang aku dapat, bapaknya seorang penagih dadah.. Dan ada jugak dinyatakan anaknya tu ambik barang kecik ja.. Dia lagi pernah ambik barang2 yang besar2 lagi.. Betapa rendahnya mentaliti seorang ayah.. 

Semoga aku terus tabah mengharungi situasi yang kadang2 boleh mengancam keselamatan aku walaupun aku semurni hati m=bukan sekadar mengajar anak bangsa, tapi mendidik menjadi seorang insan yang berguna untuk bangsa, agama dan negara.. 

4 comments:

Ida Syuhada said...

Salam cikgu, macam tu la budak sekarang dan org tua sekarang...tak boleh dijentik langsung... saya dulu kalau mengadu ngan mak ayah pasal hal2 sekolah, contoh kena marah ke atau kena denda ke apa, balik rumah mak ayah akan marahkan saya balik, tak pernah nak menangkan saya... last2 masuk bilik menangis sorang2...kenangkan nasib... dah la kena marah dgn cikgu kat sekolah, kat rumah tambah lagi kena marah...huhu

Chegu Anuar said...

Betoi tu Ida.. Susah nak mendidik skrg ni.. Chegu2 skrg ni elok la pi mengajar saja.. Bab mendidik serah kat mak bapak depa uruskan.. Kang nak mendidik kena jugak jentik, marah dan sebagainya.. Nanti dtg mak bapak marah chegu pulak..

Aida Ismail said...

Mak bapak sekarang ni melampau sangat manjakan anak tu. Cikgu marah pun bukan saje2. Tapi nak betulkan salah kita..

Chegu Anuar said...

Betul tu Aida.. Memang terlalu manjakan anak2.. sebab tu zaman skrg ni budak2 ramai yang jadi melampau.. Mencuri, merompak, merogol dan lain2 lagi.. Sebab apa? sebab tak boleh nak menegur di sekolah..