Wednesday, 24 July 2013

Lampu Jalan Utama @ Perdana College Heights Dah Nyala

Salam Ramadhan 15.



Laluan masuk utama ke PCH.. Lampu ni yang tak menyala.. Ada 6 batang semuanya..

Alhamdulillah.. Lampu laluan masuk utama Perdana College Heights dah menyala malam tadi. Dah sekian lamanya ( dlm 2 bulan ) lampu depan tu tak menyala-nyala.. Takdak sapa pun peduli dengan lampu yang tak menyala tu.. Kesian kat Pengawal Keselamatan PCH yang berjaga dalam kegelapan..

Disebabkan tiada rumah yang berhampiran dengan lampu jalan tu, maka tiada lah aduan yang dibuat kpd pihak berwajib. Untuk makluman, tiang lampu yang batu adalah milik TNB. Kalau problem, boleh call TNB.. Kalau tiang lampu aluminium / yang mcm zink tu adalah milik pihak Majlis Perbandaran.. So, semalam pagi aku dah buat aduan dengan majlis dan malam tadi alhamdulillah dah menyala.. Cuma ada 1 tiang yang sat menyala sat padam.. Terima kasih kepada pihak Majlis Perbandaran Nilai.


"SAMA-SAMA LAH KITA PRIHATIN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA.."

7 comments:

BUNDA a.k.a KN said...

Alhamdulillah...

kalau dah menyala kan senang untuk pengguna...kadang2 tu pihak premis atau penduduk sendiri tak buat report...sian pak gad tu...

Nurzakiah Hanum said...

salam ramadhan ke 15

beta kupu said...

ooo bru tau yg mna TNb yg mna majlis pny...gud info...time kasih cikgu!

Chegu Anuar said...

Pihak majlis kalau kita tak report, depa taktau Bunda.. Kita kena prihatin sikit utk kebaikan semua.. InsyaAllah

Chegu Anuar said...

Salam Ramadhan.. Kat puncak gunung ni.. Esok turun gunung.. Hahaha

Chegu Anuar said...

Ok. sama-sama.. Report jangan tak report.. Hehe

Aida Ismail said...

Ohh ada beza ek tiang lampu TNB ngan majlis? Baru saya tahu. Hehe~