Thursday 25 July 2013

Alhamdulillah.. Bayaran Khas RM500 untuk Penjawat Awam

Assalamualaikum..



Bersyukur atas kurniaan rezeki daripada Allah SWT yang diberikan melalui pemberian 'BONUS RAYA 2013' berjumlah RM500 kepada semua kakitangan awam Gred 1 - 54 oleh pihak Kerajaan Malaysia.. Pemberian sebegini lebih bersifat adil dan saksama kerana kalau pemberian sebulan gaji atau setengah bulan gaji akan memberikan kelebihan kepada kakitangan gred yang tinggi sehingga akan menenggelamkan kakitangan awam gred rendah.. Hal ini kerana harga ayam di pasar tetap dijual RM7.50 sekilogram walaupun kakitangan awam Gred 1 atau gred 54 yang membelinya..  Lain lah kalau kakitangan awam gred 11 pi beli, tauke ayam tanya.. "Bang, u gred apa? Kalau gred 11 harga ayam RM5.80 sekilo, kalau u gred 54 harga ayam RM8.20 sekilogram.."  Adakah berlaku begitu? Semestinya tidak kannnn.. -)

Kepada yang jenis membangkang saja kejanya, cuba-cubalah belajar redha atau terima sahaja rezeki Allah ini dengan penuh kesyukuran daripada TIADA LANGSUNG bonus yang diberikan.. Setidak2nya lepaih jugak la beli baju anak2 untuk raya nanti.. 

Alhamdulillah..

1 comment:

Aida Ismail said...

Tahniah dapat bonus raya! ^^