Tuesday 30 July 2013

Teringin Beno nak Pekena Nasi Kandar

Teringin betoi..

Teringin betoi niii..

Teringin nyaaa... Hahaha




Nasi Kandaq Line Clear Satuuuuuuuu!!!!! Tunggu.. Ghaya ni aku pi sana...

Sesaknya Jalan dari Nilai - Batang Benar - Pajam - Mantin

Assalamualaikum wbt..



Hari ni just nak berkongsi tentang kesesakan lalulintas yang semakin ketara di laluan utama Nilai - Batang Benar - Pajam - Mantin.. Kalau masa zaman aku baru pindah dulu sekitar pertengah tahun 2007, jalan raya di sini lengang sangat tambahan lagi bila waktu malam.. Sebab masa aku pindah ke Pajam ni, lebuhraya LEKAS belum beroperasi lagi.. Tapi sekarang ni keadaan lalulintas memang teruk sangat jem.. Lebih-lebih lagi pada hari Jumaat petang.. 





Lampu isyarat di Batang Benar merupakan salah satu penyumbang kepada keadaan kesesakan lalulintas ni.. Tapi sebelum sesak, memang dah ada lampu isyarat tu.. Sebagai antara komuniti pertama yang menghuni di Perdana College Heights , aku dah mula terasa kesibukan jalanraya di sini tak mcm mula-mula aku pindah sini.. Ketenangan & kedamaian masih boleh dikecapi bila dah sampai depan pintu masuk rumah aku.. Hahahaha..

Semoga pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dapat merangkan satu pelan jangka panjang untuk mengatasi kesesakan lalulintas ini memandangkan peningkatan jumlah kediaman telah meningkat. Maka pelan pengstrukturan semula kemudahan prasarana seperti meningkatkan taraf jalanraya, longkang, sekolah, balai polis, klinik kesihatan dan sebagainya perlu direncanakan demi kestabilan pembanguna pada masa akan datang..

Monday 29 July 2013

Pra Raya 2013

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah hari ni dah masuk 20Ramadhan.. Semoga kita terus memperbanyakkan amalan mulia dibulan yang penuh dengan barakah ni.. InsyaAllah..

Tinggal lebih kurang 10 hari lagi semua umat Islam akan menyambut kedatangan 1Syawal.. Di corong-corong speaker radio kita dah mula kedengaran lagu-lagu raya.. Baik dari budak-budak kecik sampailah ke peringkat usia emas sedikit sebanyak akan tersentuh bila sayup-sayup terdengar alunan irama lagu raya ni.. Betoi takkk? Untuk raya tahun ni, aku pun bershopping secara ala-kadar saja la.. Kuih ghaya pun belum lagi.. Yang dah beli baju anak aku.. dan bekalan untuk dibawa balik ke kampung nanti.. InsyaAllah tahun ni, kami sefamili akan berhari raya di kampung aku dulu di Bagan Serai.. Pastu raya ke-2 akan ke Felda Soeharto.. 

Disebabkan nak sama-sama meriahkan raya, aku pun mula la buat keja-keja tambahan yang sebenarnya aku pun tak pernah buat sebelum ni.. Tahun ni aku pasang lampu lip-lap + ketupat.. Aku pi shopping kat Mydin USJ hari tu, teringin pulak nak pasang lampu raya.. Hahaha.. Lokasi nak pasang lampu ni memang ada, tapi sebelum beli haritu, aku dok pikiaq jugak, mcm mana nak pasang lampu ni.. takkan nak tarik wayar extension punya panjang sampai ke depan pagar rumah.. Last-last aku kol Mr. Tarmizi Harun a.k.a Mizi jiran aku.. Mizi ni pandai jugak bab2 wiring.. Dia kata, bisa diatur.. dia boleh tolong buat adjustment & modified.. So, aku pun belilah lampu ketupat ni.. Balik rumah esoknya, Mizi tolong pasang.. Pasang punya pasang rasa mcm pendek pulak.. Ah.. Belasah saja la.. Janji mengelip-mengelap.. Hahahaha.. Tqvm Mr. Mizi..


Ni dia wireman Tarmizi Harun a.k.a Mizi PCH

Petang tadi balik sekolah, aku proses pulak lampu panjut untuk pasang depan rumah aku yang ada tanah sekangkang kera tu.. 3 batang aku pasang.. Ala.. Saja nak meriahkan sikit kawasan.. Hahaha.. Lampu panjut ni aku beli kat kedai Saaka Nilai @ Nilai 3.. Untuk info, kedai Saaka Nilai ni semua benda ada.. Barang2 elektrik, periuk besen. mangkuk, tikar getah, lampu-lampu, bekas kuih raya dan segala mak nenek laa.. Harga pun boleh minta diskaun lagi..

Pakej: Panjut + Lampu ketupat..

Berhabuk sungguh bumbung kereta aku ni.. Huhu


Okla.. Selamat Bersahur untuk Ramadhan ke-21 esok.. InsyaAllah..


Friday 26 July 2013

Peristiwa Hari Ni..

Assalamualaikum wbt..

Semoga 10 hari terakhir Ramadhan akan datang dpt lah kita mempertingkatkan lagi amalan kita.. InsyaAllah..


Hari ni aku just nak berkongsi satu kesah yang berlaku pagi tadi di sekolah.. Lepas aku keluar dr kelas waktu kedua sekolah, aku dilambai2 oleh seorang chegu pompuan (chegu D).. Aku pun turun la ke kawasan tangga sebelum ke pejabat.. Chegu D ni bawa bersama 2 orang murid perempuan.. Lalu aku pun bertanya apa kes?.. Chegu D tu bgtau budak ni dah ambik rantai emas dia.. Aku pun mcm pening sat.. Apa pokok pangkal aku pun taktau.. Lepas tu chegu D ni pun explain la secara secara ringkas kat aku.. Baru la paham sikit.. Ceritanya, rantai chegu ni terjatuh lepas dia keluar kelas.. Dia tak perasan.. Tapi murid ni nampak lalu ambik dan simpan.. Masa murid ni ambik, kawan dia nampak.. Murid tu pun bgtau kawan dia, chegu D punya.. tapi jangan bgtau sapa2 atau chegu D... Begitulah serba ringkas ceritanya sehingga kwn murid ni bgtau chegu dan kena la dipanggil untuk disoal siasat.. Barulah aku paham sikit.. Aku pun ckp dengan budak tu, Kamu ka yang ambik benda tu..? Takdak la aku menempik atau marah2 budak tu.. Aku bukannya gila lagi.. Lalu murid tu bersama chegu D berjalan ke pejabat yang jaraknya tempat aku sembang tdi dalam 8 meter.. 

Aku pun jalan la jugak sebab nak turun ke Bilik Guru..Sambil tu aku menjengah pejabat.. Rupa2nya bapak budak tu dah ada di pejabat.. Chegu D pun cakap2 la dengan bapak murid ni.. Bapak murid ni pulak dok tanya itu dan ini kepada anaknya sambil anaknya duduk atas paha bapaknya.. Tiba-tiba bapak budak ni bangun dan datang kat aku.. Dia kata.. "Ko apa hal.. Apa kau marah dio.. Sampai dio menangis.. ".. Aku pun terpinga-pinga la sat.. Blur.. Aku jwb: "Bila masa saya marah dia..? Saya pun taktau pangkal cerita.. Saya tanya dia saja..".. Bapak murid tu semakin dekat dengan aku dan memandang muka aku dengan wajah yang amat tak puas hati.. Dalam hati aku, mau lebam bijik mata aku ditumbuk bapak budak ni.. Aku dah standby, kalau dia lepas sebijik penumbuk dia, alamatnya.. Tidoq balai dia malam ni.. Aku cuab kool kan diri aku sebab kalau aku layan lebih parent yang mcm ni, silap2 aku pun mcm dia jugak.. Dia sambung marah2 aku dan aku jawab dengan rileks walaupun hati aku memang agak paneh.. Selang beberapa saat, dia makin dekat dengan aku lebih kurang tak sampai semeter depan aku.. Masa tu jugak, GPK HEM datang dan kendurkan keadaan dengan suruh dia masuk pejabat.. Dia tetap pandang aku.. Aku pun balas pandang dia sambil standby jugak laa... Lepas dia dok pot-pet2, aku tukar strategi walaupun aku tak patut buat.. Aku pun kata.. "Ok2.. Kalau tak puas hati dengan aku, dan kalau rasa aku salah.. Aku minta maaf.. Ok?.. Akhirnya dia pun masuk ke pejabat...

Kesimpulannya.. Perlukah seorang bapak yang anaknya disyaki mencuri dengan ada saksi sanggup menggertak seorang chegu mcm aku yang membimbing, mengajar, mendidik anaknya? Tapi aku tak kesah.. Itu dah asam garam aku sebagai chegu.. Tapi aku kecewa masih ada parent yang bersikap begitu..

Agak tengah hari sikit, aku pun buat sikit soal-siasat tentang bapak budak ni.. Info yang aku dapat, bapaknya seorang penagih dadah.. Dan ada jugak dinyatakan anaknya tu ambik barang kecik ja.. Dia lagi pernah ambik barang2 yang besar2 lagi.. Betapa rendahnya mentaliti seorang ayah.. 

Semoga aku terus tabah mengharungi situasi yang kadang2 boleh mengancam keselamatan aku walaupun aku semurni hati m=bukan sekadar mengajar anak bangsa, tapi mendidik menjadi seorang insan yang berguna untuk bangsa, agama dan negara.. 

Teknik Terbaru Untuk Parking Kereta

Assalamualaikum..

Coba kita tengok video teknik terbaru untuk mendapatkan parking kereta kita kalau selalu ja penuh tempat parking.. Dengan cara ini, jimat sikit.. Hehehe.. Tapi sama ada sesuai dipraktikkan di Malaysia atau tak, entah lahhh..

Layan dulu teknik ni...


Ok.. Mcm mana?? Ok tak cara Kak Long tu parking..??

Jom kita try...

Thursday 25 July 2013

Alhamdulillah.. Bayaran Khas RM500 untuk Penjawat Awam

Assalamualaikum..



Bersyukur atas kurniaan rezeki daripada Allah SWT yang diberikan melalui pemberian 'BONUS RAYA 2013' berjumlah RM500 kepada semua kakitangan awam Gred 1 - 54 oleh pihak Kerajaan Malaysia.. Pemberian sebegini lebih bersifat adil dan saksama kerana kalau pemberian sebulan gaji atau setengah bulan gaji akan memberikan kelebihan kepada kakitangan gred yang tinggi sehingga akan menenggelamkan kakitangan awam gred rendah.. Hal ini kerana harga ayam di pasar tetap dijual RM7.50 sekilogram walaupun kakitangan awam Gred 1 atau gred 54 yang membelinya..  Lain lah kalau kakitangan awam gred 11 pi beli, tauke ayam tanya.. "Bang, u gred apa? Kalau gred 11 harga ayam RM5.80 sekilo, kalau u gred 54 harga ayam RM8.20 sekilogram.."  Adakah berlaku begitu? Semestinya tidak kannnn.. -)

Kepada yang jenis membangkang saja kejanya, cuba-cubalah belajar redha atau terima sahaja rezeki Allah ini dengan penuh kesyukuran daripada TIADA LANGSUNG bonus yang diberikan.. Setidak2nya lepaih jugak la beli baju anak2 untuk raya nanti.. 

Alhamdulillah..

Wednesday 24 July 2013

Lampu Jalan Utama @ Perdana College Heights Dah Nyala

Salam Ramadhan 15.



Laluan masuk utama ke PCH.. Lampu ni yang tak menyala.. Ada 6 batang semuanya..

Alhamdulillah.. Lampu laluan masuk utama Perdana College Heights dah menyala malam tadi. Dah sekian lamanya ( dlm 2 bulan ) lampu depan tu tak menyala-nyala.. Takdak sapa pun peduli dengan lampu yang tak menyala tu.. Kesian kat Pengawal Keselamatan PCH yang berjaga dalam kegelapan..

Disebabkan tiada rumah yang berhampiran dengan lampu jalan tu, maka tiada lah aduan yang dibuat kpd pihak berwajib. Untuk makluman, tiang lampu yang batu adalah milik TNB. Kalau problem, boleh call TNB.. Kalau tiang lampu aluminium / yang mcm zink tu adalah milik pihak Majlis Perbandaran.. So, semalam pagi aku dah buat aduan dengan majlis dan malam tadi alhamdulillah dah menyala.. Cuma ada 1 tiang yang sat menyala sat padam.. Terima kasih kepada pihak Majlis Perbandaran Nilai.


"SAMA-SAMA LAH KITA PRIHATIN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA.."

Friday 19 July 2013

Pelik Tapi Realiti

Assalamualaikum w.b.t...

Taktau nak tulih tajuk apa posting kali ni.. tapi enrty ni base on antara perihal yang berlaku di sekolah yang agak mencabar jugak.. Ada 2 hal aku nak bercerita.. 



Yang Pertama:

Memandangkan aku menjadi salah seorang guru bertugas minggu ni, so ada la jugak kes-kes murid yang menghadapi masalah mcm demam, sakit perut, pening kepala dan sebagainya.. Lebih2 lagi dalam bulan puasa ni.. Yang budak2 sakit ni tak apa la.. nak buat lagu mana dah nak sakit.. Tapi yang menghairankan aku la.. Tahap keprihatinan sikap sesetengah ibu bapa yang mcm tak berapa nak kisah sangat bila dengar anak tu sakit.. Sorry to say laa.. Mcm pagi tadi, sorang murid darjah 1 ni demam.. Aku kol parentnya 2 kali, telefon berjawab tapi aku tak clear dengar suara parent tu.. Pastu aku tunggu la kot2 nak kol aku balik.. Takdak pulak.. Last2, aku sms saja la bgtau suruh mai ambik anak kat sekolah sebab anak tuan demam.. Mesej memang delivered.. Aku tunggu dalam 15 minit jugak kot2 nak respon balik akt aku.. Jangan mimpi laa... Aku rasa mcm tak puas hati pulak, aku sms sekali lagi bunyi agak kasaq sikit laa.. Aku kata, Tuan, minta tolong reply sms saya untuk rekod saya sebagai bukti tuan ada menerima sms dr saya.. Haa.. Baru la nak reply 'OK'.. Bukan aku saja nak mengata, tapi bila aku dah sms tu, telepon la balik.. Tanya la aku mcm mana tahap demam anak tu.. Itu kan tanda keprihatinan terhadap anak.. tapi akhirnya dia telefon jugak aku minta maaf... Aku bukan apa pun, kalau aku sms takdak reply, aku bimbang pasrent tak dapat sms aku tu.. Kang jadi apa2 kat anak, dimarah pulak cikgu sebab tak telefon.. tak sms bgtau.. Skurang2nya aku ada bukti dia terima sms aku tu... Mcm2 hal la.. Moga murid Tahun 1 cepat sembuh...

Yang Kedua:

Aku ada P.A baru bermula semalam di sekolah.. Hahaha.. Disebabkan seorang budak bermasalah yang agak rumit jugak di sekolah aku, aku cuba ambik pendekatan ni untuk cuba mengubah sikap budak ni supaya menjadi lebih disenangi.. Agak luar biasa sikit sikap budak ni.. Budak Tahun 1.. Kelas tak mau masuk, waktu murid lain belajar, dia merayau2 disekeliling sekolah.. main pasir, baling batu, berguling atas tanah dan mcm2 lagi.. Sebelum ni aku memang takmau ambik port sebab kalau aku ada kaedah yang lebih berkesan yang boleh guna.. Tak pakai dah kaedah pujuk-memujuk, sayang-menyayang.. tak makan  punya.. Dengan aku kaedah yang lebih kasaq sikit.. Ialah kan.. Nama pun Chegu Disiplin.. Mulai semalam, aku bawak budak ni ikut aku masuk semua kelas yang aku ajar.. Aku akan tarik dia ke dalam kelas walaupun dia meronta2 takmau ikut aku.. Sampai dikelas aku mengajaq, aku akan pastikan pintu kelas dikawalselia oleh 'pengawal khas' supaya dia tak lari.. Aku mengajar macm biasa la jugak.. Waktu aku kat depan mengajaq, dia duduk bawah meja guru.. Hari ni dah hari ke-2 aku try.. Aku akan cuba selama 7 hari.. Nak tengok sama ada objektif aku tercapai atau tak.. Cuma aku berharap, ada perubahan dalam jiwa murid ni.. Mudah-mudahan.. InsyaAllah...

Thursday 18 July 2013

Al-Fatihah untuk Arwah Mak Boboy

Assalamualaikum w.b.t..



Pagi tadi jam 5.45am aku dapat panggilan telefon daripada seorang parent murid sekolah aku , Daniel.. Tapi aku panggil dia Boboy ja sebab pak dia pun panggil Boboy & sebab satu lagi sebab dia tembam + gebu..

Bapak Boboy bgtau aku bahawa Boboy tak dapat hadir ke sekolah sebab mak Boboy meninggal dunia.. Aku pun terasa simpati dan sedih jugak sebab aku banyak kali jugak dapat berkomunikasi dengan mak Boboy tu spanjang aku mengajar kat sini.. Walaupun aku bukan guru kelas Boboy sejak dulu, tapi mak atau bapak Boboy selalu jugak call aku bertanya kan mcm2 hal.. Aku tak kisah sangat kalau parent nak kol aku sebab bg aku bukan selalu pun depa nak kol.. 

Aku jugak difahamkan Boboy ni sejak akhir2 ni selalu tak datang ke sekolah sebab dia jaga mak dia.. Dia takmau berpisah dengan mak dia.. Dan Boboy ni pulak anak tunggal.. Moga Boboy tabah dengan dugaan Allah S.W.T..

Aku ucapkan Salam Takziah buat Boboy sekeluarga.. Semoga arwah mak Boboy tu ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. InsyaAllah..

Al-Fatihah..

Tuesday 16 July 2013

Teman Sekapai @ Perdana College Heights

Sekadar kenangan dulu.. Semuanya "Otai Masih Berbisa"...

Team Pasang Bendera Malaysia

Foto Khas untuk Kalendar 2011

Ni posing yang paling tak tahan.. Hehehe
Semua gambar ni diambik sekitar tahun 2010 - 2011.. Terima kasih semua otai2 kat taman aku ( Perdana College Heights ) yang begitu aktif dalam hal2 komuniti suatu masa dulu.. Semoga terus berkekalan sampai bila-bila.. Amin..

Dina - Nabilla - Bella - Adik

Posing istimewa...



Gambar ni aku ambik masa Majlis Tahlil & Doa Selamat kat rumah mak mentua aku di Felda Soeharto, Kuala Kubu Baru.. Sapa penah sampai?? Dah bosa ha anak eden ni.. Tak lama lagi, ada la yang nak ngurat.. Meh jumpa bapak dia dulu nooo kalau berani.. Hafal 30 juzuk Al-Quran boleh dipertimbangkan.. Hahaha

Eloknya Parking Kereta


Assalamualaikum..

Hari ni dah puasa ke-7.. Alhamdulillah dengan izin-Nya, dapatlah kita sebagai umatNya menjalankan ibadah berpuasa dengan penuh tawadhuk dan mengharapkan barakah di bulan Ramadhan yang mulia ini..

Buat masa ni, tugas sebagai blogger dikurangkan sikit.. sebab tu lah takdak posting baru.. Dok tengah kumpul bahan (mcm wartawan daaa.. hahaha). Cuba lihat kereta kat atas, orang semua parking elok2, selamba ja dia paking kat tengah2 longkang tu.. Hehehe.. Kereta sapa la ni haaa???

Yang penting, tuan punya kereta ni tak 'block' kereta orang.. Kurang2 pun dia tak kacau sapa2 pun.. Tahniah buat aku.. Hehehehe..

Lokasi: @ Jualan Gudang kat area Nilai 3.

Tuesday 9 July 2013

Salam Ramadhan Al-Mubarak & Selamat Berposa

Assalamualaikum w.b.t



Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, saya sefamili mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA kepada semua pembaca blog ceritasaya2u.blogspot.com ni.. 

Kepada rakan2, saudara-mara sesama Islam, adik-beradik aku, jiran2 setaman, warga sekolah tempat aku keja, murid2 SKDJ kesayangan chegu, pekerja2 stesen minyak Shell yang aku selalu isi minyak, kpd mamat Bangla kedai belakang yang aku selalu beli barang, kepada semua petugas2 tol PLUS (yg susah nak cuti ghaya nanti) dan akhir sekali kepada semua insan yang mengenali diri insan marhein ini.. 

Posa jangan tak posa... Perbanyakkanlah membuat amalan kebaikan dan ibadah di bulan yang mulia penuh dengan barakah ini.. InsyaAllah..

Friday 5 July 2013

Sukarnya Menjadi Seorang Pemimpin / Ketua

Assalamualaikum w.b.t...

Sekadar berkongsi sedikit kisah.. InsyaAllah memberikan manfaat kepada kita.. 
Begini kisahnya kawan2.. (bak cerita anak aku.. hehehe)




    Pada suatu hari, semasa Khalifah Umar bin Abdul Aziz sedang mngira buah epal yang hendak dibahagikan kepada kaum muslimin, anaknya yang masih kecil sedang bermain-main berhampiran dengannya. Tiba2 anaknya mengambil sebiji buah epal daripada bakul, kemudian dia menggigit buah epal yang rangup itu. Khalifah Umar bin Abdul Aziz terpandang perbuatan anaknya itu. Dengan segera dia menghampiri anaknya dan dia mengeluarkan buah epal itu dari mulutnya anaknya. Sebab buah epal itu adalah hak kaum muslimin.

    Ketegasan Khalifah Umar bin Abdul Aziz itu menyebabkan anaknya menangis. Dia berlari pulang mengadu kepada ibunya. Ibunya, Fatimah memahami tindakan suaminya yang ingin menjaga amanah kaum muslimin. Tetapi, sebagai seorang ibu, beliau jg memahami perasaan dan keinginan anaknya. Fatimah memujuk anaknya dengan membeli sebuah epal di pasar.

    Ketika Khalifah Umar bin Abdul Aziz pulang ke rumah, beliau ternampak anaknya sedang memakan buah epal. Beliau lalu bertanya kepada Fatimah, “Wahai Fatimah, dari manakah adinda peroleh buah epal itu? Adakah ia milik kaum muslimin?”

    “ Tidak kekanda. Buah epal itu adinda beli di pasar untuk mendiamkan anak kita yang menangis tadi.” Mendengar jawapan itu, legalah hati Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Beliau mendukung anaknya sambil berkata kepada isterinya, “Ketika kanda menarik buah epal itu dari mulut anak kita, kanda merasakan seolah-olah kanda menarik jantung kanda sendiri. Sungguh sakit kanda rasa, tetapi kanda tidak sanggup mendapat dosa kerana sebiji buah epal yang bukan hak kita.”

    Sungguh kuat sifat amanah beliau. Semoga Allah mengurniakan kita dengan sifat yang mulia ini

Semoga cerita tadi dapat memberikan peluang kpd diri kita untuk menjadi seorang pemimpin yang mempunyai jatidiri yang kuat dikalangan insan yang kita pimpin. Wallahualam...



Ehsan cerita: From Google Searching..

Wednesday 3 July 2013

Monday 1 July 2013

Tenangkan Jiwa & Perasaan Anda dengan PERGI BERCUTI..

Jom Terbang Bersama ...

Untuk 2013, dah terbang.. Tapi iya la kan.. Benda seghonok, rasa mcm nak booking lagi la pulak.. Nak naik MAS pun teringin jugak.. Tapi tak berkemampuan.. Walaupun AA ni org kata mcm-mcm, service tak bagus la, itu la, ini laa.. Tapi sepanjang 4x guna AA bagi aku takdak masalah.. Memang kdg2 dia reshcedule kan jadual kita, cuma kita kena la pandai pulak bagi side kita sebagai pengguna.. Mcm masa aku ke Bandung baru ni, flight balik ke Kuala Lumpur aku diawalkan dari jam 12.30pm ke 10.30am.. So, gunakanlah segala kebijaksanaan kita untuk selesaikan.. Kita emel or chat dengan admin AA request waktu lain yang kita nak.. Aku request balik ke KL jam 3.15pm.. Dia kata ok.. No problem.. 

Kadang2 org yang suka complen ni tau bercakap ja tapi tak pandai nak handle problem.. Sebab tu aku kata baik jadi seperti "Tin Milo yang penuh isinya, bunyi sikit jaaa...".. JANGAN la jadi seperti "Tin Milo yang kosong.. bunyi kuat tapi isi takdak..".. Jangan marah haaa.. Nanti kena juai.. Pokok pangkalnya diri kita...

Ke mana destinasi cadangan anda yang best untuk keluarga? Cer cadang sikit.. Hehehe..

Rasanya September ni aku nak pi Pulau Langkawi lagi.. Ok dak? Tahun lepas dah pi dah.. Sesuai tak aku pi sana sebab nasi lemak daun pisang kat sana sedappppp.. Hahaha


Jangan terghebang lagi... Tunggu sat.... Tungguuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!! -)