Sunday 30 June 2013

Selesai Majlis Tahlil & Doa Selamat @ Perdana College Heights

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah.. Hari yang dinantikan oleh aku & famili dah tiba dan telah selesai dengan sempurna. Baru tadi Majlis Tahlil & Doa Selamat serta Menyambut Bulan Ramadhan yang aku sekeluarga anjurkan telah berlangsung dengan baik. Alhamdulillah bersyukur pada nikmat yang diberikan Allah S.W.T diatas rezeki yang dianugerahkan olehNya ditimbal balik dengan majlis kesyukuran seperti ni.

Tengah Tahlil & Doa Selamat.. Ustaz Ikmal Zaidi ( baju oren).. Terima Kasih Ustaz & Jemaah


Tarikh 29.06.2013 (Sabtu) berjaya melekat didalam diari memori dengan majlis ini. Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Ikmal Zaidi bin Hashim yang telah memimpin bacaan Surah Yassin & Tahlil untuk arwah bapa mentuaku. Aku juga turut kenang jasa rakan2 jemaah Surau Al-Falah @ Perdana College Heights, rakan-rakan jiran tetangga, rakan sekolah aku Tuan Isman & Joe yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke rumah aku bagi menambahkan keberkatan majlis. Terima kasih semua.. InsyaAllah ada rezeki kita buat lagi.. -).. Alhamdulillah.. Ramai jugak jemaah yang sudi hadir.. Bila kita buat majlis, kerisauan tentang kehadiran jemaah mesti ada kan..?



Sekian dulu cerita formal.. Kembali dengan cerita santai..

Kenduri Tahlil & Doa Selamat ni memang dah lama juga aku dengan MyIsteri rancang.. Mula-mula ingat nak buat sebelum pi Bandung, tp disebabkan kesuntukkan masa, tu yang terpaksa KIV sampai ke hari ni. Majlis diadakan secara kecik-kecilan sahaja.. Jemputan meliputi jemaah surau, jiran2 tetangga, rakan2 lama AJK komuniti, rakan2 sejawatan dengan aku disekolah.. Itu la saja jemputan..

Aku di Nilai ni bukannya ada sedara-mara.. Jadi, keseluruhan proses persediaan memanglah dilakukan sendiri oleh aku, MyIsteri dan anak aku. Dah seminggu kami modified ruang rumah sebagai persediaan. Jadi, hari ni rileks la sikit sementara menunggu makanan sampai.

Kanopi aku tempah dengan Mr. Praba.. Kalau anda tinggal di Nilai, dan perlukan khidmat sewa kanopi, boleh lah hubungi Mr. Praba.. Tapi kalau nak murah, kena lah melalui aku.. Kalau tak caya, cuba kol sendiri.. Dapat tak sama harga dengan aku? -).. So, kalau serius nak sewa kanopi, cari lah eden.. Aku tempah kanopi dengan Praba kali ni kanopi biasa saja. Tapi dia hantaq yang jenis Arabic dengan siap scallop.. Masa budak2 dia tengah dok adjust scallop, aku dengan pantas pi kat pekerja Praba tu dan berkata.. "Aney, saya tadak tempah ini scallop... ".. Dia pun jawab, "Tak apa bang, ini boss suruh pasang..".. Dalam hati aku, ni mesti Praba belanja aku.. Aku kol Praba dan dia kata takpa.. Dia belanja.. Huhu.. Mungkin dia belanja sebab aku dah banyak bagi job kat dia.. Alhamdulillah.. 

Katering.. Aku order ja dengan Abang Asmadi.. Abg Asmadi ni tinggal setaman dengan aku.. Aku senang betoi order dengan Bang Asmadi ni.. Semua dia uruskan.. Daripada hantar makanan, dia akan susun makanan dan adjustment apa yang patut.. Pinggan pun dia basuh.. Makna nya senang la sikit kerja aku utk urusan 'clearing..'.. Menu apa? Ha.. Ni menunya.. :

1) Nasi Putih
2) Ayam Masak Merah
3) Daging Masak Black-Pepper
4) Masak Lomak Ikan Masin
5) Ulam-ulaman
6) Sambal belacan
7) Kueh 2 jenis ( Seri Ayu + Karipap )
8) Buah-buahan
9) Air 2 jenis ( Air Oren + Teh Tarik )

Ayam Masak Merah.. (cover plasik belum bukak lagi tu)

Daging Msak Black Pepper

Ikan Masin Masak Lomak

Buah-buahan

Tambahan.. Termasuk jiran2 sedekah..


Menu diatas adalah berharga RM8.00.. Ok tak? Bagi aku okla sebab Bang Asmadi yang uruskan dr A-Z.. Mcm dulu aku pernah tempah katering kat satu tempat ni.. Makanan dia hantaq saja, susun pandai-pandai la hangpa.. Okla..

Kanopi tempahan dr Praba


Antara warga PCH yang hadir

Goodies beg yang ada Surah Yassin & Sejadah khas untuk yang hadir


Semoga arwah bapak mentua aku ( Allahyarham Arif bin Abu Bakar ) tenang di 'sana' dan ditempatkan digolongan orang2 yang beriman.. InsyaAllah.. Amin

*tak tahan mata, dah mengantuk sangat..

Saturday 29 June 2013

Ulangtahun Ke-12 Aku Bergelar "Chegu..."

Assalamualaikum..

tERIMA Kasih EN. Google..


Alhamdulillah.. Esok 30.06.2013 genaplah 12 tahun = 144 bulan = 4383 hari (termasuk 3x tahun lompat) aku berkhidmat sebagai chegu di bumi Malaysia ni.. Diam tak diam noo.. Selama 12 tahun banyak pengalaman yang berharga dan takdak juai di mana2 mahupun pasar karat. Aku mula berkhidmat dengan melapor diri pada 01.07.2001 di Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya. Masih aku ingat lagi aku mai ke Puchong naik motor Honda Ex-5.. Sorang2 pulak tu.. Memang dasat jugak liku hidup aku ni.. Dalam beg siap ada bwk radio lagi.. Pengalaman tinggal di sekolah selama hampir 6 bulan secara solo amatlah aku tak boleh lupakan.. Cuba la hangpa bayangkan... AKu duduk sorang2 di sebuah sekolah yang mempunyai 4 blok bangunan 3 tingkat.. Beranikah anda??? Aku tinggal disebuah bilik disekolah aku kat Puchong Jaya tu. Nak lelapkan mata bukanla senang oiii.. Huhuhuhu..

Okla.. tu dulu.. Pengalaman tu.. Hidup mesti diteruskan.. Alhamdulilah, pada bulan Januari 2009 pulak aku bertukar sekolah di SK Desa Jasmin, Nilai. Dekatlah sikit dengan rumah aku.. Sampai ke  hari ni.. Pengalaman di Puchong Jaya telah mematangkan aku dalam mengharungi usia untuk bergelar 'CHEGU..:

Apapun..

"SELAMAT ULANGTAHUN KE-12 KEPADA DIRI AKU KHUSUSNYA BERKHIDMAT SEBAGAI INSAN YANG BERGELAR CHEGU"


Thursday 27 June 2013

@ Sate Kajang Haji Samuri

Assalamualaikum..

Takdak apa nak post hari ni.. Jerebu @ Nilai ni pun dah makin bertambah baik.. Alhamdulillah..
Sedap jugak pekena Sate Kajang Haji Samuri ni.. Jom pekena Sate Kajang..

Sekian.



Tuesday 25 June 2013

Mengapa Pilih Etiqa Takaful Untuk Insurans Kenderaan?

Assalamualaikum..

Lama jugak rasa tak berupdate blog disebabkan masalah dengan Berukband yang baru ni.. Harap2 takdak la lagi masalah connection untuk internet.. Maxis memang okey tapi servis kdg2 lembab sikit.. Aku guna Maxis Berukband ni sejak 2008.. Hingga kini.. 





Ha.. Sebenarnya nak berkongsi dgn hangpa kelebihan renewal insurans kereta dengan Etiqa Takaful.. Ada tak syarikat insuran konvensional yang bagi kita pulangan mudharrabah? Compom takdak kan.. 2 hari lepas aku terima sekeping cek bernilai RM86.57 daripada Etiqa Takaful. Baca punya baca, barulah faham yang cek tu keuntungan mudharrabah untuk tahun kewangan 2012.. So, bagi aku, okla daripada tiap2 tahun dok bayar insurans tapi tak dapat apa2 pulangan.. 

Selain daripada keuntungan mudharabah, renewal secara online dengan Etiqa Takaful dapat pulak 10% diskaun.. Kesian jugak kat agen insurans am yang maybe berkurangan kes bila syarikat takaful buat sistem mcm ni.. Ermm.. Takpa la sebab ramai agen insurans/takaful yang dah berjaya..

Jadi, bertukarlah dengan Etiqa Takaful..

Sekian.

Friday 21 June 2013

Jemputan Majlis Tahlil & Doa Selamat

Assalamualaikum..


Saya sekeluarga berbesar hati menjemput semua para blogger & rakan2 kejiranan di Perdana College Heights ke Majlis Tahlil & Doa Selamat serta Menyambut Bulan Ramadhan di rumah saya seperti ketetapan berikut :

TARIKH : 29/JUN/2013 ( SABTU )
MASA  : Lepas Solat Isyak
TEMPAT : No. 147, Jalan PCH 8, Perdana College Heights, Mantin, N.S

Majlis malam tu nanti akan dipimpin oleh Ustaz Ikmal Zaidi ( Mursyid Imam Muda 2). Semoga kehadiran tuan/puan akan memberkati majlis ini. InsyaAllah..

Anakku Seorang Pengawas

Assalamualaikum..

Aku sebenaqnya dah lama nak masukkan posting ni cuma banyak sgt memikiaq sampai terlupa.. Tadi sebab myWife cerita satu story pasai anak aku, aku pun masukkan la sikit cerita.. -)

Masa Darjah 2


Anak aku tahun 2013 ni dilantik menjadi pengawas sekolah.. Mesti ada yg kata, "Ala.. biasalah, anak chegu.. Mesti la dpt jadi pengawas.." Hahaha.. Betoi tak?? Ha, secara ikhlas dan jujur aku bgtau, walaupun aku Ketua Unit Disiplin di sekolah, Unit Pengawas sekolah tu dibwh bidang kuasa aku, tapi aku sikit pun tak ambik tau urusan pemilihan pengawas sekolah.. Walaupun panel pemilihan pengawas ni semuanya kwn2 seangkatan dgn aku, aku memang tak bagi sikit hin pun utk lantik anak aku jadi pengawas.. Ok.. Harap semua rakyat Malaysia faham yaa.. NO CHANCE!! Walaupun anak aku.. Hahaha..



Tentang exam pulak, bukan nak memuji, tapi realiti... Dina anak aku kebiasaanya exam akan dpt antara 3 terbaik didalam kelas.. Setiap kali Hari Anugerah Cemerlang, mesti Dina akan dapat anugerah (tak mcm aku yg dulu pemaleh belajaq..).. Ada kwn2 wife aku kata.. " Anak chegu, mesti dpt soalan bocor.. Boleh la dpt hadiah selalu.." Sakit tak hati anda kalau kita tak pernah minta soalan bocor.. Aku tak pernah sekalipun minta intai2 soalan exam walaupun masa aku sekolah di Puchong dulu, ada jugak kwn2 aku minta tgk soalan.. Bagi aku, biaq anak aku independet sendiri masa dia disekolah.. Biaq dia berusaha sendiri supaya kalau berjaya dia akan berasa puashati.. 

Disekolah, lepas keluar kereta, Dina takkan jumpa aku dah sampai dia balik sekolah jam 1.05pm.. Walaupun dia ada sekali terlupa aku bagi duit makan, dia takkan cari aku sebaliknya berusaha pinjam duit dari kawan dia.. Ha, mcm tu la.. Jgn bagi CHANCE... Hehehe.. Jadi, kpd sapa2, tak perlu ada prasangka terhadap murid yang berstatus 'Anak Chegu' kerana setiap orang ada cara utk mendidik anak2 agar berdikari..

Ok.. Sekian..

Thursday 20 June 2013

Maxis Broadband Baru

Assalamualaikum..





Hari ni aku mula surf internet gunakan Maxis Broadband yang baru (dgn penuh keriakkan.. Hehehe).. For info, sebelum ni aku pun gunakan Maxis BBand sejak 2008 lagi.. Dulu pakai modem ZTE yang gedabak besaq punya.. Lepas tu 2010 tukar modem kecik.. Sampai la ke semalam last date.. Sebabnya aku tukar plan baru 4GB + 4GB = 8GB. Bagi aku okla sebab sebelum ni aku ambik yg kuota 4GB saja.. Plan baru ni ada tambahan 4GB (2.00am - 8.00am).. Okla jugak walaupun dia bagi 4GB tu utk waktu malam.. At least boleh guna jugak kalau sesak2 kuota 4GB yang siang dah sampai kuotanya.. Kan.. Kan... Aku order pakej modem ni nama dia Porta Wifi.. Termasuk dlm pakej = Modem Wifi + Charger In Car + Plug = RM68.00 sebulan.. Disebabkan aku purchase online dgn Maxis sempena Fathers Day, maka aku entitled la dpt First Month Bill PERCUMA.. Save..Save.. Pastu masa beli bayar RM150.. (RM100 utk pengaktifan + RM50 advance payment).. Maksudnya selama 5 bulan akan berlaku rebat RM10 x 5 bulan.. Jadi utk bulan ke-2 sampai bulan ke-5 aku bayar RM58/month.. Ok laa sebab aku dgn wife aku mana ada guna smartphone.. Kalau guna smartphone lain laa.. Org kampung kami ni.. Tak gheti.. -)

La ni jam 11.15 (masa aku menaip).. Despatch sampai rumah aku hantaq modem ni semalam (19/6) jam 3.00pm.. Jenuh sumpah-seranah aku dengan Maxis BB utk pengaktifan.. Aku rasa dah 9x aku bergilir-gilir dgn wife aku menelepon Maxis BB utk aktifkan akaun baru ni.. Punyala jenuh.. Macam-mcm aku kena explain kat customer service Maxis BB nii.. Depa ada yang tak paham prosedur purchasing online.. Aku harap semua customer service staff ni kena selalu tgk website majikan depa.. Tapi setelah komplen yang bertalu-talu, selepas 31 jam selepas aku masukkan simcard BB, la ni dapat lah jugak surf internet.. Lega.. Alhamdulillah..

Apapun, selama 5 tahun gunakan service Maxis Broadband ni, aku berpuashati walaupun adakalanya dalam 5 tahun tu, ada kot 2-3 kali yang problem melibatkan pencawang.. Bagi aku normal la.. Cuma kita sebagai pengguna kena bijak membuat komplen yg sewajarnya..

Ok. Goodnite.

Friday 14 June 2013

Apakah HOBI anda??

Assalamualaikum..

Ini lah antara ratusan hobi aku.. 

"KUMPUL NAME CARD /  BISNES CARD"




Haa.. Mcm mana dengan hobi aku nii? Untuk makluman semua, banyak faedah mengumpul biz kad ni.. Sosak-sosak boleh digunakannya... Biasanya orang yang berniaga ja banyak biz kad.. Hehehe.. Kalau kita takdak namecard holder ni, compom kita akan letak merata-rata namecard yang kita dapat.. Kan..

Ok. Sekian saja..

Thursday 13 June 2013

TAHNIAH Cikgu Anuar..

Assalamualaikum..



Aku telah berjaya menyelesaikan urusan pembelajaran aku yang bermula 2009 - Disember 2012. Alhamdulillah, pada 9hb June lepas, aku sepatutnya menghadiri Majlis Konvokesyen OUM Ke-14.. Tapi disebabkan aku dah membuat booking awai tiket flight ke Bandung, maka, aku terpaksa la jugak tak pi Majlis Konvo tu.. Memang la agak rugi sebab majlis mcm tu bukannya selalu.. Kalau Hari Ghaya takpa, tiap2 tahun boleh sambut kalau umuq panjang.. Mungkin bukan rezeki aku kot untuk attend Konvokesyen tu.. Takpa, nanti aku mohon pulak sambung Master.. Hahahaha

Semoga sijil ni dpt lah diupgrade supaya nampak class sikit.. Huhu

Aku nak ucapkan terima kasih buat semua tenaga pengajar yang pernah mengajar aku di OUM sejak September 2009 - Disember 2012.. (walaupun aku ni malas ke Tutorial).. Tak lupa jugak buat insan di belakang aku yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada aku iaitu MyIsteri & MyPrincess Dina.. Dan jugak buat ibubapa aku yang sentiasa mendoakan kejayaan aku mendapat segulung ijazah.. (mcm berucap Anugerah Bintang Popular Berita Harian pulak.. Hehehehe)

Apapun, sekalung ucapan TAHNIAH untuk diri aku sendiri.. Lepas ni bolehlah aku mohon gred DG41 pulak.. InsyaAllah.. 

Bercuti di Bandung (Part 3)

Assalamualaikum...

Sebenarnya dah letih mengarang story Bandung ni.. Ni kira last part la untuk cerita holiday di Bandung.. Okey..


Hari ke-3 dan ke-4 lebih kepada membeli-belah.. Di Pasar Baru untuk secong time, pi lagi Cibaduyut.. Pi Factory Outlet mcm Heritage, Bloossom, The Secret dan seangkatan dengannya.. Aku just nak berkongsi kehidupan dan suasana di Bandung..

Aku bersyukur nikmat Allah dapat hidup aman di bumi Malaysia ni.. Kat Bandung, rakyatnya memang nampak secara realitinya hidup dalam kesusahan.. Berusaha seadanya untuk dapatkan wang.. Kalau bekerja pun, bak kata Pak Erwin, gaji depa cuma dalam RM300-350/month kalau keja biasa-biasa mcm kerani atau keja di shopping kompleks.. Keadaan jalan raya yang tak berturap atau pecah2 kadang2 bergoyang2 van yang aku naik.. Hehehe.. Keadaan tandas awam pun kurang memuaskan.. Cuma tandas di Restoran Kampung Daun bersih.. Yang lain kurang penjagaannya..

Pengalaman yang mungkin tak dilupakan bila van kami naik sangkut tengah banjir.. Huhuhu.. Masa hari Sabtu tu, hujan lebat lebih kurang sejam. Maka, disebabkan keadaan sistem perparitan yang kurang baik, habis jalan raya dinaiki air.. Berlakulah banjir kecik.. Pak Erwin bgtau usah bimbang sebab naik Kia Pregio ni diibaratkan naik sampan.. Hehehe.. Sampai satu kawasan ntah apa ka namanya, air bertakung tinggi jugak laa.. Apa lagi, redahhhh.. Sampai tang tengah2, puhhh.. mati enjinnya Pak.. Huhuhu.. Semua orang keliling dah pandang.. Nasib baik cermin van gelap tahap 85%.. Pak Erwin pun bukak tingkap panggil budak2 yang dok main air tu.. Dia kata SORONGGGGG... Apa lagi, budak2 ni dalam 10 orang rasa aku pun tolak la van.. Aku rasa dalam 150m jugak la depa sorong.. Sampai ja kat kawasan yang tak banjir, Pak Erwin pun bagi tips.. Aku dengan rasa simpati kat budak2 tu pun hulur sama duit Malaysia RM4.00 dan duit Rupiah Rp5000.00... Suka betoi budak2 tuuu.. Dah la sebelum sangkut dalam banjir tu, baru lepas makan nasi padang.. Perut penumpang semua bertambah 2 kg.. Hahahahahaha... Lepas berpuluh2 kali try start enjin, akhirnya bergerak jugak la van tu.. Alhamdulillah.. Legaa.a...

Secara jujur, selamat 4 hari 3 malam di negara orang, aku akui pepatah mengatakan...

"HUJAN EMAS NEGERI ORANG, HUJANG BATU NEGERI SENDIRI.. LEBIH BAIK LA NEGERI SENDIRI.."

Terasa rindu sangat dengan MALAYSIA... Layan lagi la gambar2 yang sempat aku snap..













Sekian sahaja memori Bandung.. (ayat skema..)

Wednesday 12 June 2013

Bercuti di Bandung (Part 2)

Assalamualaikum..

Hari ke-2 di Bandung.. Jam 9.30am Pak Erwin dah sampai.. Memang tepat masa dia sampai.. Aku sengaja suruh dia sampai lewat sikit sebab malam sebelumnya dia balik jam 4.00am lepas ambik kakak aku di Jakarta. 

On d way ke Tangkuban Perahu


Tiket masuk Tangkuban

Tengah menahan bau belerang Cik Isteri aku tu..

Destinasi kami Jumaat tu ke Tangkuban Perahu.. Perjalanan ke Tangkuban Perahu tu lebih kurang 1 jam lebih sikit.. Sepanjang perjalanan tu, nampaklah orang menanm sayur di kiri-kanan jalan.. Suasana seperti di Cameron Highland jaa.. Dah sampai pintu gerbang Tangkuban tu kena bayar bayaran masuk. Seorang Rp50,000.00 = RM16.00 / orang. Memang teruja jugak nak naik atas tu.. Belum sampai lagi puncak dah bau belerang (sulfur).. Kuat jugak baunya.. Bila Van kami berenti sahaja di atas, punyalah ramai penjual jalanan yang menyerbu.. Juai key-chain, magnet dan sebagainya.. Seboleh-bolehnya elakkan daripada membeli dengan depa ni.. Bukan apa, harga jualan depa mahal sikit berbanding kita beli di kedai cenderahati yang betoi2.. Tapi kalau niat nak membantu depa, takdak hal la kalau belipun.. Mcm aku, aku buat tak tau jaa walaupun dia mengekor kita dari turun kereta sampai la kita naik balik kereta.. Di Tangkuban Perahu tu dapat la kesan kesan peninggalan gunung berapi yang meletus kali terakhir pd tahun 1969 kata Pak Erwin.. View memang cantik.. Dengan suhu nya yang sejuk.. Aku sempat jugak menunaikan solat Jumaat kat masjid di Tangkuban tu. Ayaq sembahyang masa kau ambik sejuk betoi.. tenang saja masa aku dengar khutbah Jumaat tu.. Aku bersama famili menghabiskan masa dalam 2 jam di situ termasuk membeli-belah sikit.. Aku beli jugak dompet kulit King Cobra.. Murah la bagi aku.. Memang handmade.. Aku beli satu dompet berharga Rp120,000 lebih kurang RM38.00. Okla kan.. Abg Kamal (abg ipar) aku pun beli 2 pcs.. Mak mentua aku pun beli 3 pcs.. Untung la bapak yang menjualnya pagi tu.. Elok selesai ja solat Jumaat, hujan turun dengan lebat.. Kami pun bergerak turun walaupun ada planning nak naik kuda. Tapi bukan aku yang nak naik, kalau aku naik, alamatnya patang jugaklah tulang belakang kuda tu.. kahkahkahkah...

Tengah tgk jadual

Nampak tak? sampai ke dalam kereta dia ikut kita..

Masjid tempat aku solat Jumaat

View tempat jualan barangan
Dompet kulit Cobra.. RM38.00

Haa.. Ni pokok asli bercorak batik.. Harganya dalam RM10 kot kalau tak salah


Terus ke Restoran Kampung Daun (RKD).. Aku sebenarnya dok baca blog orang kata makanan di RKD ni sedap.. Huh.. Aku makan hampeh tak sedap apa pun.. Dah la mahal pulak tu.. Cuma kelebihannya sebab view cantik di kaki bukit. Aku sampai situ, Pak Erwin yang ambik number booking sebab tempat penuh.. Mau jugakla 30minit tunggu untuk dapatkan tempat.. Dah dapat tempat tunggu pulak makanan sampai.. Agak membazir jugak masa.. Tapi nak memuaskan hati sebab terpengaruh dengan cerita di internet, try jugak laaa... 



Nampak tak bilnya.. Huhuhu


Balik dari Restoran Kampung Daun terus ke Factory Outlet. Kami ke Grande.. Nak kata best tu tak la sangat.. Barangan yang dijual pun murah la sikit dr Malaysia.. Agak tertanya2 jugaklah yang org dok kata murah gila.. Entahlaa.. Maybe aku ni bukanlah pembeli barangan berjenama sangat.. Atau maybe orang yang kata mcm tu jarang2 nak bershopping kot.. Mana-mana saja laa.. DI Bandung, mana-mana FO atau Restoran, lepas ja keluar pintu, mesti ramai penjual jalanan dah standby nak jual barangan depa.. Hati-hati laa.. Mcm aku kata tadi, kalau boleh, elakkan laa.. Ada tempat yang murah lagi.. Masa dah naik van, ada seorang penjual yang jual magnet.. Punya la dia gasak aku membeli.. Mula-mula dia bagi 5 bungkus (30pcs) = Rp100,000 = RM33.00... Aku takmau laa.. akhirnya dia akur dengan permintaan myIsteri.. Hehehe.. & bungkus Rp100,000.. Jadi, jatuh satu magnet tu RM0.70 saja... Hahahaha.. Mungkin ada la untung sikit kat brader tu..


 Lepas tu, kami round ke Toko Tiga... Toko Tiga ni tempat Baju-T original dan Jeans.. Murah jugak la kot.. Aku belasah jugak sehelai seluar Jeans.. RM70.00 jaa.. Murah la jugak.. Kalau di KL dengan extra saiz aku ni, mau jugak RM110-130 sehelai.. Dan ada la jugak myIsteri beli seluar untuk anak aku.. So far, bagi aku Toko Tiga ni harganya ok jugak laaa...


Balik dr Toko Tiga, beli KFC ja buat dinner.. Memang KFC berbeza dengan Malaysia.. Wedges takdak, whipped potato takdak, french fries takdak.. Yang ada ayam semata-mata + nasi putih + ada la lain2 punya menu yang tak memenuhi kehendak tekak aku..

Balik hotel terus rehaaattttttt....

Sambung lagi esoknya...