Wednesday 22 May 2013

UMNO Perdana College Heights .. Tinggal Kenangan

Assalamualaikum..

Sambil meninjau-ninjau blog yang pernah aku hasilkan suatu masa dulu, terjumpa blog UMNO Perdana College Heights yang aku hasilkan.. Sehingga hari ni, aku dah hasilkan 3 blog untuk komuniti iaitu jkkkbatangbenar.blogspot.com .. pppch.blogspot.com dan blog UMNO taman aku (yg masih KIV) hingga kini.. 

Masa tahun 2009 begitu bersemangat aku untuk tubuhkan Cawangan UMNO di Perdana College Heights.. Sokongan masa dulu untuk jadi ahli UMNO masih kuat.. Nama yang 'fresh' belum jadi ahli di mana2 cawangan seluruh negara aku & AJK dapat dalam 75 orang.. Lagi 30-40 orang merupakan rakan2 yang menyokong tapi dah ada nama di cawangan UMNO tempat2 lain..

Itulah masalah nya.. Sampai hari ni aku masih belum diterima cawangan UMNO di PCH.. Semua borang2 dah dipulangkan pada aku dengan pelbagai alasan yang diberikan oleh insan2 tertentu. Mcm mana UMNO nak maju jika ada insan yang masih dibelenggu masalah "takut pada bayang-bayang sendiri".. Selama 5 tahun di Nilai ni, belum nampak usaha2 cawangan UMNO untuk hasilkan banner yang simple seperti dibawah.. 


Bangunlah Melayu.. Jangan hanya berbangga dengan jawatan yang kita ada.. Sesungguh jadilah seperti tin Milo yang penuh isinya.. Bila diketuk, bunyinya perlahan sahaja, Jangan jadi seperti tin Milo kosong.. Bunyi sahaja kuat, tapi isinya TIADA.. 

Sekian

2 comments:

Unknown said...

salam bang saya orang nilai impian dan saya berminat nak menjadi ahli umno tapi saya x tahu bagai mana caranya dan bagaimana, boleh tak hubungi saya di mohdshahreza@gmail.com

Chegu Anuar said...

Salam Shah: Terima kasih kerana minat menyertai parti UMNO yang masih relevan untuk bangsa Melayu.. Boleh hubungi abang di talian 019.2526444. tk