Thursday 30 May 2013

Pizza Hut Delivery Dah Sampai Perdana College Heights

Assalamualaikum w.b.t..



Mesej ni ditujukan khas kepada penduduk Perdana College Heights dan kawasan sekitarnya.. Dengan masih berkhidmat sebagai penasihat dalam komuniti, aku berusaha untuk satu lagi khidmat komuniti untuk warga Perdana College Heights.. Akhirnya Pizza Hut dah melanjutkan kawasan penghantaran ke Perdana College Heights.. Pada bulan Mac lepas, aku ada call PHD untuk pengesahan alamat rumah aku untuk penghantaran Pizza.. Tapi bila aku bagi alamat, kecewa jugak sebab tak buat penghantaran ke kawasan Perdana College Heights.. Jadi, aku ambik keputusan untuk request secara online ke PhD.. 

Ni request aku yang pertama


Reply dr Ms. Nellie from PHD..


Lepas sebulan lebih request, akhirnya, tadi aku try buat ordering online.. Baru ja masuk alamat rumah aku, memang dah tertera ada servis penghantaran.. Alhamdulillah.. Berjaya jugak lah aduan aku ni.. Tapi entah la kot-kot ada penduduk lain yang dah buat complain.. Apa2pun, okla.. dah ada penghantaran..

Haa.. Dah order..

Kepada semua penduduk Perdana College Heights, kepada yang berminat untuk order, boleh la buat order melalui telefon atau order ja online..

Selamat Membuat Order..

Wednesday 22 May 2013

UMNO Perdana College Heights .. Tinggal Kenangan

Assalamualaikum..

Sambil meninjau-ninjau blog yang pernah aku hasilkan suatu masa dulu, terjumpa blog UMNO Perdana College Heights yang aku hasilkan.. Sehingga hari ni, aku dah hasilkan 3 blog untuk komuniti iaitu jkkkbatangbenar.blogspot.com .. pppch.blogspot.com dan blog UMNO taman aku (yg masih KIV) hingga kini.. 

Masa tahun 2009 begitu bersemangat aku untuk tubuhkan Cawangan UMNO di Perdana College Heights.. Sokongan masa dulu untuk jadi ahli UMNO masih kuat.. Nama yang 'fresh' belum jadi ahli di mana2 cawangan seluruh negara aku & AJK dapat dalam 75 orang.. Lagi 30-40 orang merupakan rakan2 yang menyokong tapi dah ada nama di cawangan UMNO tempat2 lain..

Itulah masalah nya.. Sampai hari ni aku masih belum diterima cawangan UMNO di PCH.. Semua borang2 dah dipulangkan pada aku dengan pelbagai alasan yang diberikan oleh insan2 tertentu. Mcm mana UMNO nak maju jika ada insan yang masih dibelenggu masalah "takut pada bayang-bayang sendiri".. Selama 5 tahun di Nilai ni, belum nampak usaha2 cawangan UMNO untuk hasilkan banner yang simple seperti dibawah.. 


Bangunlah Melayu.. Jangan hanya berbangga dengan jawatan yang kita ada.. Sesungguh jadilah seperti tin Milo yang penuh isinya.. Bila diketuk, bunyinya perlahan sahaja, Jangan jadi seperti tin Milo kosong.. Bunyi sahaja kuat, tapi isinya TIADA.. 

Sekian

Sedikit Cerita Diri Aku

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ni sambil semak2 kertas soalan budak, saja nak rest sat.. Dah ponek dah jari-jemari menanda kertas.. So, just nak story serba-sedikit tentang diri aku..



Aku dilahirkan di Pulau Pinang. Nama yang mak bapak aku pilih Mohd. Anuar Bin Saed.. Dulu, bapa aku bekerja sebagai JuruEnjin laut di Jabatan Perikanan. Aku pernah tinggal di Gelugor.. Masa aku Form 1, kami berpindah ke Batu Maung, Penang. Bersekolah rendah di SK Minden Heights.. Masuk From 1, aku bersekolah di SMK Sungai Ara sebelum ke SMV Balik Pulau ambik Jurusan Elektronik (konon-konon nak jadi engineer masa tu.. huhu).. Keluarga aku hidup cuma sederhana.. Masa Form 1, aku pernah menjadi Assistant Kantin di Kantin Jabatan Perikanan, Batu Maung. Dengan upah RM4/day, aku tak payah lagi minta duit sekolah daripada mak bapak aku.. Dapatlah menjimatkan belanja.. Aku pernah juga tolong Kak Pah (jiran aku masa tu) jadi Assistant of Roti Canai.. Pukui 7.00am aku dah kayuh basikal ke Pekan Batu Maung untuk bekerja sedangkan kwn2 lain tengah sedap tidur di atas katil. Masa Form 1 & 2 aku sekolah sessi petang.. Jadi, pagi sampai jam 10.30am aku pi la tolong Kak Pah ni dengan upah harian RM6/day.. Mewah oooo masa tu.. Mewah utk budak2 mcm aku laaa... Pernah jugak aku bekerja kedai makan dengan menolong Abang Mat Jen (Mat Zain nama sebenar).. Dan masa cuti sekolah Form 4, pernah jugak aku kerja kilang di Bayan Lepas.. Nama kilangnya Kilang Emico.. Pendek kata, aku memang la jenis yang rajin mencari pendapatan (puji pi la diri sendiri).. Untuk membantu diri sendiri & dapatlah ringankan beban family aku.. 



Tamat zaman persekolah, aku masuk Maktab Perguruan (MPPPP) pada 01.07.1998.. Walaupun bukan bidang yang aku minati, aku pasrah.. Bapak aku yang berusaha ambik borang maktab, dia cuma minta aku isikan borang tu.. Akhirnya, bapak aku jugak yang hantarkan borang tu.. Nak dijadikan rezeki, dapatlah temuduga bertulis.. Aku yang belum pernah ada baju kemeja terpaksa la membeli kemeja sehelai.. Pi la aku dengan muka yang tak berapa nak ceria.. Tu pun bapak aku jugak yang hantaq sebab dia takut aku tak pi temuduga tu.. Tup.. Tup.. panggil pulak temuduga.. Mcm mana boleh panggil sedangkan aku jwb ujian bertulis tu cincai2 saja.. Huh!! Pegi la aku ke temuduga.. Alhamdulillah.. Terima kasih kepada Allah S.W.T dan bapak aku.. Sampai hari ni aku berjaya menjadi seorang pendidik yang ditugaskan untuk mendidik anak2 bangsa Malaysia.. 

Antara rakan2 aku dulu di Puchong Jaya


Tahun 2001 Julai aku mula bertugas di SK Puchong Jaya.. Untuk makluman, dahulu, aku bukan seorang yang suka bercakap.. Masa aku jadi cikgu, dah mengajar sampai 2005 aku masih tak berkeyakinan untuk bercakap didepan murid-murid.. Entah laa.. Nak terkencing ghasanya kalau bercakap kat perhimpunan.. Hehehe.. Kalau mai kumpulan aku bertugas, seboleh2nya aku akan melarikan diri.. Lariiiiiii!!!!!.. Hahaha.. Bengang ja sapa yang group dengan aku.. Itu dulu laa.. Tapi la ni, kalau bagi micropon tu, sejam tanpa henti pun aku boleh bercakap depan budak2.. Contohnya masa baru-baru ni.. Aku kena bagi talk kat pengawas.. Sejam aku balun cakap non-stop.. Haa.. Ambik!!!.. Hahahahaha.. Masa di SK Puchong Jaya, aku lebih banyak mempelajari selok-belok dunia pendidikan.. Jadi, aku lebih banyak melihat saja.. Aku rasa murid pertama aku mengajar sekarang dah berumur 23 tahun dah.. Mungkin ada yang dah berkahwin kot nooo.. Tapi seronok menjadi pendidik ni.. 

Rakan-rakan di Desa Jasmin


Tahun 2009, aku bertukar ke SK Desa Jasmin, Nilai.. Sebab apa pindah? Sebab dah beli rumah di Pajam. Aku beli rumah tahun 2006, siap 2007.. 2007 jugak aku pindah.. Di Perdana College Heights tu, aku antara 5-10 penduduk terawal yang tinggal di situ.. Masa aku pindah, Jalan PCH 8 tu aku insan kedua selepas Mizi.. Dari 2009 - hingga kini,aku masih di SK Desa Jasmin.. SK Desa Jasmin banyak mengajar aku menjadi insan yang lebih baik dan cemerlang.. Aku mengakui bahawa mutu kerja aku lebih jauh baik dari aku mengajar di Puchong.. InsyaAllah aku akan terus kekal mendidik anak-anak bangsa di Nilai ni dengan sepenuh khudrat aku..Aku merupakan seorang guru Matematik pada 2013 ni.. Dulu masa awal2 pindah, aku banyak jugak mengajar Bahasa Melayu.. Boleh dikatakan sampai ke hari ni, aku dah ajar subjek Maths, Bahasa Melayu, Kemahiran Hidup, dan P.Jasmani/Kesihatan.. Maths memang bidang aku.. Aku suka ajar Matematik.. 

Dah nak masuk kelas.. Sambung lain kali.. Okey

Tuesday 21 May 2013

TAHNIAH buat budak yang bernama Nurul Nabilla Irdina

Assalamualaikum..

Yesssszzzzzz... KFC satuuuu...


Hari ini adalah diharapkan lebih baik daripada hari semalam.. InsyaAllah..

Cuma nak berbangga dengan pencapaian puteri aku dalam peperiksaan Sekolah Agama Petang (KAP).. Semalam masa aku ambik Dina balik sekolah agama petang, dia bertanya aku.. "Cuba abah teka, adik dpt nombor berapa..?" Dalam hati aku dah agak mesti dapat bagus.. 

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T, Dina dapat nombor 3 didalam kelas agama petang.. Anak aku ni memang minat mempelajari agama Islam terutamanya dalam hal Bahasa Arab.. Kadang-kadang dengan aku pun dia ckp Arab.. Hahaha.. Bagus la wahai anakku.. Kesan tak langsung daripada keputusan cemerlang sekolah agama petang tu, singgahla aku membeli KFC merangkap kentang kesukaannya Cheezy Wedges.. Huhuhu.. Tak apa;ah.. Anak sorang kan.. Apapun, aku masih mengharapkan kecemerlangan Dina untuk peperiksaan PKSR-1 yang tengah berlangsung minggu ni..

Ucapan sekalung terima kasih kepada semua guru sekolah agama petang, guru-guru sekolah pagi di Sek. Keb. Desa Jasmin yang telah memberi banyak tunjuk ajar kepada murid anda yang bernama Nurul Nabilla Irdina ni.. Tak lupa jugak buat guru tuisyen sekolah pagi dan petang iaitu cik puan isteri aku yang tak jemu2 mengajar Dina.. Hehehe..

Ini la Guru Tuisyen merangkap MummyHug Dina.. Hehehe


Wassalam.

Thursday 16 May 2013

Motivasi Diri - Renungkanlah

Sekadar renungan.. Untuk diri aku sendiri, rakan2 seperjuangan, sanak-saudara semasa Islam, dan sekalian umat dimuka bumi Allah ini.. Muhasabah la diri sendiri..

Bila lagi nak dibuat Lawatan Sambil Belajar..?

Assalamualaikum w.b.t...



Pada kebiasaannya, setiap tahun bulan Mei, aku akan buat lawatan sambil belajar ke mana-mana destinasi.. Genting Highland, Melaka, Kuala Lumpur dan sebagainya..

Tapi untuk 2013 ni, masih belum berkesempatan untuk adakan lawatan sebab kesibukan yang melampau.. Tunggu tengok bulan November 2013.. Planning nak buat trip ke Penang.. Sapa nak join?? Angkat tangan.. 

Dalam banyak2 lawatan, lawatan ke Melaka 2012 adala sikit publisiti.. Sebab masuk KOSMO.. Sila klik SINI untuk baca entry Lawatan Ke Melaka.. Kita tunggu November kalau ada rezeki.. InsyaAllah..

Selamat Hari Guru Buat Semua Chegu Seluruh Negara

Assalamualaikum w.b.t..



Hari ni tanggal 16hb Mei.. Di seluruh negara sekolah2 membuat sambutan Hari Guru.. Aku nak ambik kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua rakan2 guru, semua guru di seluruh tanahair, semua guru yang pernah mengajar aku di SK Minden Heights, Penang.. SMK Sungai Ara, Penang.. SMV Balik Pulau, Penang termasuk chegu tadika aku.. Huhuhu..

Juga ucapan Selamat Hari Guru untuk diri aku sendiri.. Huhuhu..

Friday 10 May 2013

Tahniah YAB Tok Mat MBNS

Assalamualaikum..



Ucapan sekalung TAHNIAH buat YAB Dato' Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hassan diatas perkenan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Mukhriz Ibni Al-Marhum Tunku Munawir dilantik semula sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan buat penggal ke-3..

Semoga Negeri Sembilan dibawah pimpinan Kerajaan Barisan Nasional terus maju, aman, makmur dan cemerlang dibawah permerintahan YAB Dato Seri.. 

Sekian.

Percayakah anda??

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ni takdak story yang best-best.. Taktau nak bubuh tajuk apa, kasi hantam laa.. Cuma masa dok bukak fail picture aku tadi, ternampak gambar handphone aku.. Kadang-kadang segan jugak sebab kwn2 semua pakai smartphone yang canggih-manggih.. Samsung Galaxy Tab, Samsung Galaxy Note, HTC, dan mcm2 lagi laaa.. Semua nampak mcm best ja.. Tapi aku masih jauh ketinggalan bab-bab gajet ni.. Ini la handphone aku pakai sejak tahun 2010 sehingga ke hari ni.. Nak tau handphone apa?? Ini diaaaa....


Ada yang tak percaya aku pakai handpone Samsung apa ntah nama nya ni.. Haha.. Aku tak kisah pun.. Janji boleh sms, boleh call, boleh kejut aku dari tidoq.. dan yang paling best sekali ada TORCHLIGHT.. Hehehehe..

Ntah laa.. aku rasa2nya belum ada keinginan untuk ada handphone yang canggih2 ni.. Tak mampu kot aku nak beli.. Mungkin la.. Kdg2 bagi aku smartphone memang bagus tapi akan memberikan kelalaian dalam urusan seharian kita walaupun sebenarnya memberikan manfaat.. Tambah2 lagi zaman serba moden la ni.. FB 24 Hours tanpa henti dengan smartphone.. Kadang2 aku tengok masa aku breakfast dengan wife aku, pasangan suami isteri satu meja tengah breakfast tapi masing-masing sibuk 'menggaru2' smartphone masing-masing.. Huhuhu.. Dia akan jadi baik jika kita mengaplikasikannya dengan baik.. Itu saja.. Yang nyata, aku akan terus bersama handphone yang berharga RM68.00 ni sampai dah tak boleh pakai.. 

Thursday 9 May 2013

Counting To Bandung..

Assalamualaikum..

Dah penat bercerita tentang PRU13.. Yang kalah tu cubalah lagi 5 tahun lagi.. Yang menang teruskan berkhidmat kepada rakyat..

Hari ini aku dok counting utk fly to Bandung.. Tinggal dalam 25 hari lagi aku nak ke Bandung.. Persediaan dah hampir complete.. Apa yang dah complete tu??


Hotel Zodiak-Sutami, Bandung


1. Hotel dah booking (RM100/nights) - Hotel ni baru bukak 8/3/2013 yang lalu.. Mesti semua barang baru kan? hahaha

2. Supir dah booking

3. Luggage dah add-ons

4. Tempat2 nak g melawat dah survey

5. Pasport dah siap..

Bercakap tentang pasport, aku dah buat bulan lepas.. sekejap saja la ni buat.. Aku buat di Pejabat Imigresen Seremban.. Hari Sabtu pun boleh buat.. Aku sampai di situ jam 8.15am, ambik nombor giliran sampai siap aku and family aku punya pasport jam 11.45am.. Oklaa.. Dah mudah la ni.. Harganya RM80 utk kanak-kanak (2tahun) dan RM100 utk dewasa (2tahun).. 


Mengapa Pengundi DUN Nilai Pilih Calon DAP sebagai Wakil Rakyat??

Assalamualaikum.. Dan Salam Sejahtera.



Aku rasa mau jugak sebulan tak abis aku bercerita tentang keputusan PRU13 terutamanya kawasan berfokus di Nilai.. Calon BN Mr. Gan Chee Biow tewas dengan Calon DAP, J.Arul Kumar... Kepada penduduk sekitar Nilai / Mantin yang masih belum memahami situasi harapnya dapat la mendapatkan informasi daripada insan2 yang lebih awal menetap di Nilai tanpa membuat penilaian yang sewajarnya.. Aku sendiri berasa kecewa dengan kekelahan Mr. Gan Chee Biow kerana sepanjang aku mengenali beliau, sejak 2008.. Beliau la insan wakil kerajaan BN yang selalu turun padang.. Kalau nak kata dia service tak bagus, maybe 2012 baru dia cari pemimpin2 masyarakat utk bagi 'umpan'.. Tapi dah 5 tahun dia bersama masyarakat terutamanya kawasan PCH yang berkali-kali aku bgtau walaupun jumlah pengundi PCH ni sejumlah yang kecil, namun service dia tanpa berbelah bagi.. 

Sejak DAP dipilih jadi wakil rakyat Nilai (2008-2013), batang hidung pun tak pernah nampak.. Kecuali sekali sahaja masa Persatuan Penduduk PCH mula-mula ditubuhkan awal 2008 dulu.. Masa tu belum kenal dengan Mr. Gan lagi.. Sepatutnya YB Yap yang dah ada nombor contact wakil masyarakat PCH, namun terus senyap sehingga PRU13.. Inikah wakil rakyat yang boleh memberikan perkhidmatan kepada masyarakat??

Aku takmau berbicara tentang pengundi Cina yang TOLAK BN.. Sebab itu adalah isu nasional bukan hanya di Nilai.. Kepada rakan-rakan baru di PCH, harap2 faham perkhidmatan yang telah diberikan oleh Mr. Gan Chee Biow sebelum ni bukan hanya melihat kepada permukaan tapi perlu menyelami dasar lautan. Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahi memikul.. Cuba anda sebagai seorang calon yang bekerja all out tapi kalah dengan seorang yang baru yang belum pernah memberikan perkhidmatan kepada rakyat.. Mahukah anda untuk terus memberikan perkhidmatan???

Kadang-kadang sebelum kita bijak berbicara, letakkan lah dulu diri kita ditempat yang ingin kita perkatakan itu.. Sanggupkah kita?? Mampukah kita?? Layakkah kita?? Kalau Pusat Khidmat Barisan Nasional Mantin ditutup sekalipun, saya amat bersetuju.. Pergilah cari YB Nilai.. Mungkin dia boleh membantu anda..

Sekian.