Thursday, 25 April 2013

YB Gan Chee Biow Bersama Perdana College Heights

Assalamualaikum..

Program bulan Februari 2012 bersama Mr. Gan


Hari ni just nak menceritakan serba-sedikit tentang calon BN DUN Nilai , Tuan Gan Chee Biow bersama Perdana College Heights.. Bukan retorik tapi fakta..

Mengenali beliau sejak 2009 menjanjikan harapan baru kepada keseluruhan warga Perdana College Heights (PCH) untuk membantu dalam pelbagai urusan dan perkhidmatan di kawasan penempatan baru PCH. Walaupun PCH merupakan kawasan yang baru, tetapi hubungan dua hala antara Mr. Gan dan AJK penduduk daripada bermulanya Persatuan Penduduk Perdana Colege Heights sehingga tertubuhnya KRT Perdana College Heights sangatlah mesra dan baik. Bukan untuk membodek apatah lagi membuat cerita rekaan..

Kalau didalam surat khabar, aduan pengguna tentang lampu jalan, anjing liar, longkang tersumbat dan sebagainya selalu terpampang di akhbar.. Kenapa? Sebab pemimpin dikawasan berkenaan mungkin tidak memberikan perkhidmatan yang baik. Namun, di PCH, tak perlu semua itu.. Dengan satu sms saja, semuanya akan cuba diselesaikan segera.. Sebagai contoh, pernah berlaku di PCH sampah tidak dikutip selama 4 hari.. Dengan sms saja, malam tu jugak datang pihak SWM membuat pungutan sampah.. Longkang tersumbat? Sms saja, insyaAllah akan diberikan servis terbaik.. Diulangi sekali lagi, bukan membodek tapi realiti.. Daripada segi sumbangan, sehingga hari ni, Mr, Gan bersama Calon Parlimen Seremban, Dato. Dr. Yeow telah memberikan sumbangan yang saya kira hampir RM10,000.. Setiap kali datang, ada saja 'buah tangan' yang ditinggalkan oleh mereka berdua.. Jadi, tidak timbul servis Mr. gan ni kurang berkesan.. memang lah.. Adakalanya kita minta 10, tak akan dapat ditunaikan 10 permintaan tu.. Jika dapat ditunaikan 5 pun dah kira bagus.. Banyak lagi perkhidmatan yang diberikan oleh beliau..

Walaupun di PCH ni secara keseluruhannya cuma ada lebih kurang 65 orang pengundi, beliau tidak pernah melihat pada angka tersebut.. Ada sesetengah YB yang pandang perkara tu.. Kita minta itu.. minta ini.. tapi kita tidak memberikan undi kita di sini.. Dia tidak akan memberikan layanan mesra.. Tapi amat berlainan dengan Mr. Gan, walaupun dia tahu jumlah pengundi DUN Nilai yang tinggal di PCH tidak ramai, dia tetap memberikan layanan kelas pertama.. 

Tentang Dewan Orang Ramai yang saya mohon melalui Persatuan Penduduk PCH 2 tahun lalu, memang dalam perhatian pihak MPN.. Kalau pergi ke Jabatan Perancang MPN, memang pegawai berkenaan maklum perkara tersebut.. Malah, ketika saya bersama Mr. Gan Chee Biow ke Wisma MCA berjumpa dengan Dato' Seri Dr. Chua Soi Lek bulan Ogos 2012, memang dalam proposal Mr. Gan terdapat dua dewan yang akan diusahakan untuk didirikan. Salah satunya Dewa Kominiti Perdana College Heights.. So, apa lagi yang kita mahukan.. Jangan lah kita mengikut emosi diluar jangkaan untuk menilai seseorang pemimpin.. Cuba rasakan dulu 'sentuhan' beliau.. 

Kepada penduduk2 baru di Perdana College Heights sama ada di D'Camellia atau Ivory Villas, anda baru lagi dikawasan PCH, jadi cuba-cuba lah mengikuti perkembangan komuniti di sini bukan hanya di dalam laman sosial .. itu kurang memberikan kesan.. Silalah menyertai sebarang aktiviti PCH.. Segala aktiviti dan program yang telah saya bersama AJK lama buat ada di dalam blogspot Perdana College Heights . Kita mahukan komuniti yang boleh membantu memberikan tenaga, khudrat dan perkhidmatan dalam komuniti. Bukan hanya memberikan pandangan dihujung jari.. 

Marilah kita sama-sama berganding bahu tanpa mengira fahaman politik yang berbeza kerana kita adalah satu.. SATU TAMAN - SATU IKATAN - SATU WAWASAN...

Kepada Calon BN DUN Nilai, Mr. Gan Chee Biow.. Teruskan berkempen.. Saya bagi pihak komuniti akan memberikan bantuan sewajarnya sehingga Barisan Nasional menang di DUN Nilai.. 

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

hai sis
singgah sini

are_lin@yu said...

selamat berkempen..hehe