Wednesday 17 April 2013

Pengumuman Khas

Assalamualaikum..



Hari ni dapat detect ada segelintir insan yang menciplak beberapa artikel, text, gambar, image yang hak mutlak ceritasaya2u.blogspot.com.. Aku sebenarnya bukan lah kesah sangat kalau ada yang copy melalui Google Image atau secara terus dari blog aku ni.. Cuma, adalah lebih sempurna kalau letakkanlah sikit, sumber dari mana dapat benda tu.. Bukan apa, kang orang kata, aku pulak yang cilok dari blog/web depa.. Tak best la mcm ni kan.. Adakalanya susah2 kita snap, orang lain pulak ciplak masuk dlm blog sendiri.. 

Walaupun blog peribadi aku ni taklah sesempurna blog / website kwn2 yang lain yang memang aku tabik spring 28x, tapi elok la menghormati HAK CIPTA TERPELIHARA ni. Ok.. Bukan kecewa, tapi kurang gembira situasi mcm ni..

All d best to all bloggers!!!

10% Diskaun Renew Insurans Takaful dengan Etiqa

Assalam..

Lagi 40hari tamatlah tempoh polisi kereta Exora aku yang bermaksud kena la ready lebih kurang RM700-800 untuk insurans + roadtax.. Dulu masa aku aktif agen takadul, dapat 10% diskaun bila aku renewal insurans dengan Etiqa.. Tapi la ni walaupun dah kena terminated, masih lagi dapat diskaun 10% dengan Etiqa.. Nak tau lebih lanjut, klik  SINI  ... Moh kita renew dengan Etiqa.. Conrifm kurang 10% kita bayar atas polisi insurans kita.. 


Tuesday 16 April 2013

Cornfirm GAN CHEE BIOW Calon BN N.10 DUN Nilai PRU-13

Akhirnyaaaaa...

Bakal YB Nilai ( Mr. Gan Chee Biow)

Tahniah buat Mr. Gan Chee Biow kerana berjaya bertanding mewakili Barisan Nasional untuk kerusi DUN Nilai.. Pengumuman rasmi akan dibuat pada esok pagi jam 10am oleh YAB Menteri Besar NS. Tapi aku dapat kesan nama Mr.Gan melalui website MCA.. 

Aku yakin Mr. Gan akan bertanding. CUma dalam masa 5 hari ni bimbang last minute ada kutu-kutu yang cuba mensabotajkan calon yang direstui oleh YAB Dato Seri Najib ni.. Tolonglah kepada yang dah pemimpin2 UMNO Seremban , pemimpin MCA Seremban jangan lagi la dok buat kojo gilo nak mensabotajkan calon yang dipilih rakyat.. Udah-udah la tu.. Yo Dato-Dato sekalian..



Jentera PRU BN di Nilai pasti akan bertungkus-lumus memastikan DAP tumbang di DUN Nilai ini..