Tuesday, 5 March 2013

Al-Kisahnya di Tesco Semenyih

Assalamualaikum w.b.t..

Moga-moga hari mendatang menjanjikan kehidupan yang lebih baik.. InsyaAllah..

Hari ni aku cuti sebab badan pun rasa tak berapa nak sedap.. Lagipun kena ke Cyberjaya untuk uruskan Borang Perjanjian KPM.. Alhamdulilah semuanya selesai dgn baik..

Aku nak bercerita tentang TESCO.. Pasaraya Besar TESCO.. Mcm ni kesahnya.. 
Semalam ke Tesco Semenyih.. Entah kenapa aku and family aku memang suka beli & belah di Tesco Semenyih sedangkan Nilai pun ada Tesco.. Walaupun dah berkali-kali kena tipu dengan Tesco, masih terus berminat untuk shopping barang2 rumah kat situ.. Mungkin Tesco Semenyih ni lebih selesa sebab luas berbanding dgn Tesco Nilai.. Aku ke sana untuk beli mesin jahit & radio CD untuk myCikPuan.. Dah lama dah dok sebut teringin nak menjahit simple2 sambil dengar radio, tu yang beli pakej sekali tu..

Yang mesin jahit takdak masalah, yang bermasalahnya radio.. Setelah membelek-belek radio sample yang ada (tapi belek harga yang lama sikit..), terpekenan la dengan radia yang berjenama Pensonic dgn harga RM76.. Rupa bentuk memang cantik.. Moden la katakan.. Lepas ditest, maka mcm okla. Takdak masalah.. Bila sampai rumah, try test cuba.. Huh.. Dok bunyi angin bukan main kuat lagi.. Kalau dgr Sinar.fm, suara DJ tenggelam dgn bunyi angin.. Aku ubah kot nooo tak ok, kot niiii tak ok... Dalam hati ada sikit paneh laaa.. So, myCikPuan ckp, tukar la,, bagi balik la sebab depa kata kalau tak ok, dalam masa 7 hari boleh return..

Maka, hari ni (4/3), terus pi balik Tesco Semenyih.. Sampai Customer Service aku cerita la radio ni bunyi angin kuat sangat sampai tenggelam suara DJ Radio.. Yang layan aku tu perempuan India yang tertera nama dia Geetha.. Lepas dia belek2 resit, dia kata TAK BOLEH REFUND.. ENCIK BOLEH AMBIK BARANG YANG HARGA SAMA (RM76.00).. Dia kata kalau barang bawah RM50.00 baru dia boleh pulangkan duit.. Hurmm.. Aku pun berpusing kepala apa nak jawab.. Last2 aku kata, KALAU SAYA TAKNAK BELI BARANG LAIN TAK BOLEH KE?.. Dia kata TAK BOLEH ENCIK... dia dok bgtau kalau bwh RM50.00 baru boleh refund.. Aku pun berbalas la pantun dia,. CIK, KALAU SAYA BELI BARANG YANG BERHARGA RM500.00 TAPI TAK MEMUASKAN HATI SAYA, TAKKAN SAYA NAK BELI BARANG LAIN SAMPAI NILAINYA RM500? KALAU CIK SENDIRI MAU KE? Dia dah terdiammmmmm....

Akhirnya dia ke dalam untuk check dgn Tempat Barangan Elektrik.. Aku tunggu dalam 10minit jugak laa.. Dia kembali.. Terus dia kata, Encik masuk dalam.. Diaorang test OK saja... (dlm hati dah paneh.. adakah patut mcm tu dia layan pelanggan)... Aku pun masuk ke dalam.. Sama jugak Technician tu kata tak boleh refund sebab barang elok.. Inilah dialog antara aku dgn staff kat situ :

Staff: Bang, radio ni portable memang bunyi bising sikit sebab dia tak ada antena.. Kat sini ok ja.
Aku: Saya dah try kat rumah, memang bunyi angin kuat sangat... macam mana nak dengar radio? Saya nak pulangkan la.. Tak memuaskan hati saya...

Staff: Tak boleh bang.. barang ni elok, bukannya rosak.. Tak boleh return..
Aku: Oooo.. Kalau mcm tu saya dok dengar angin saja laaa.. 

Staff: Itu la.. memang polisi kami barang ni elok, tak boleh nak dipulangkan balik..
Aku: Mcm ni la. Cuba kita tukar watak.. Saya jadi u, u jadi saya.. U nak ke radio tu?

Staff: Memang laa.. Tapi nak buat mcm mana?
Aku: So, apa alternatif saya? Bawak balik radio bising ni dan dengar jugak?

Staff: Mcm tu laa..
Aku: Kalau mcm tu, boleh saya ambik barang lain yang sama nilai dengan radio ni..?

Staff: Tak boleh.. Sebab radio ni kitaorang test tak ada masalah...
Aku: Oooo.. Kalau mcm tu saya nak jumpa boss u.. boleh..?

Staff: Kalau bang jumpa boss pun mesti tak boleh..
Aku: (Isteri aku mencelah) Kalau mcm tu, semua tak boleh, saya nak satu surat u buat sekarang katakan barang ni tak boleh tukar...

Staff: Ermmm.. (Sambil mencapai telefon jauh2 pi telefon sapa aku pun tak tau)
Staff : (Selepas letak telefon).. Mcm ni la.. Bang boleh pilih barang elektrik sahaja dengan nilai yang sama atau kalau lebih abang tambah duit..
Aku: Ok...

Kesimpulannya: 

Kita mesti berani melawan ckp asalkan kita di pihak pelanggan.. Aku dah tengok bangsa Cina memang hebat bahagian lawan2 ni.. Bangsa Melayu ni lemah-lembut sikit.. Akhirnya dapat la aku radio baru... Tambah RM53.00 lagi sebab harganya RM129.00... Baru boleh dengar radio...

Ok tak?

Setelah puas bertekak.. Hasilnya..

Dibuka untuk tempahan kain untuk Hari Raya 2013..

8 comments:

Nurzakiah Hanum said...

berani melawan kalau x memang x leh la kan

Chegu Anuar said...

Teman memang sukak bab-bab melawan ni Num.. Hehehe.. Lawan supaya tak ditindas..

dayana yana said...

ooooo gitu,
selama ni saya main "ya" je..
kononnyer ... hormat peraturan yg sedia ada.

Chegu Anuar said...

Tu la Yana.. kena jugak kasi goyang puak2 ni.. Kita pelanggan.. Peganglah kata-kata ni.. "CUSTOMERS IS ALWAYS RIGHT..".. HEHEHE

Anonymous said...

Whats up! I simply want to give an enormous thumbs up for the great info
you’ve got here on this post. I will be coming back to
your weblog for extra soon.

Take a look at my homepage :: new seoul korean bbq buffet canton

hitzman said...

Good job bro stand up for your consumer rights phew weet ;)

Awza Jay said...

berkingsi pengalaman di tesco semenyih
http://darjah6.blogspot.com/2015/02/strategi-perniagaan-jika-tesco-ingin.html?m=0

edayah3001 said...

Kalo portable radio.. dia ada plug cm kita cucuk earphone tu.. tu le antenna dia.. sy ade beli portable radio.. yg kita charge je radio tu.. wireless..

Kalo xcucuk benda yg cm earphone tu mmg bunyi angin je