Wednesday 27 March 2013

Holiday @ Bayou Lagoon Park Resort

Assalamualaikum w.b.t

Ha... Tu dia mercu tanda dia.. besaq betoi..

Sempena dengan birthday puteri aku, Dina.. Tak sempat nak manage majlis khas di rumah mcm last year.. So, lepas discuss dgn myWife, akhirnya bawak ja la anak aku ni mandi-manda @ Bayou Lagoon Park Resort, Melaka.. Tempatnya boleh tahan.. Masih baru.. Baru 8 bulan beroperasi kata staff kat situ lee.. Haha.. Happy Buzzday Dina!!! Dah 9 tahun dah anak aku ni.. Dan beso dah yee.. Harap2 dapat menjadi insan yang berkualiti daripada segenap aspek kehidupan untuk masa depan.. 

Cuma sepotong kek ja Dik... Tp besar maknanya kan.. Happy Buzzday  To U..

Bercerita tentang lokasi holiday kali ni, aku amat lah berpuas hati dengan hotel pilihan kali ni.. Dengan harga RM138 voucher aku beli masa Matta Fair haritu, dapatlah di tempat yang bagi aku berkualiti tinggi dan berpotensi untuk menjadi resort yang mahal pada masa akan datang.. La ni masih murah la sebab masih dlm tempoh promotion.. Dengan RM138 dapatlah pakej termasuk bilik studio suite, breakfast 2 orang & wristband ke Taman Tema Air untuk 2 orang.. Untuk tambahan breakfast cuma tambah RM14.00 dengan makanan nya yang memang enak dan banyak pilihan walaupun cuma breakfast... Untuk WaterPark pulak, cuma tambah RM10.00 untuk tambahan orang.. Tapi, masih terdapat kelonggaran disitu.. Tak ada manusia check pun kat jalan nak masuk WaterPark dia tu.. Maybe dia memang bagi chance kot noooo... 

Inilah ghupa baucer nya..






Apapun, dari segi biliknya memang amat luas.. dengan siap ada ruang tamu untuk tengok TV termasuk ada balkoni.. Bilik air yang bersih aku bagi 4/5 bintang untuk penginapan kali ni.. Haa.. Aircond siap ada 2 unit lagi tu.. Satu kat katil dan satu lagi kat runag tonton TV.. Apa lagi nak? Memang aku sarankan kepada sapa yang menerjah entry aku ni cepat2 la booking yer.. Booking ikut Agoda pun murah jugak aku rasa...

So, layan la dulu gambar2 yang sempat aku snap untuk infomasi hangpa nooo..





Monday 18 March 2013

Jalan-Jalan ke Matta Fair 2013 @ PWTC

Assalamualaikum w.b.t...

Sabtu lepas sempat jugak aku sefamili ke Matta Fair walaupun dalam kesibukan sekolah ganti, dan mcm-mcm urusan lain.. Matta Fair ni tahun ke-2 berjaya aku pi.. Tahun 2012 & Tahun ni laa... Saja aku pi kot-kot la ada pakej-pakej menarik sebab masih survey holiday ke Bandung yang tinggal 2 bulan lebih ja lagi..

Bertolak dari Nilai jam 3pm.. Lebih kurang jam 4pm sampai la ke PWTC.. Mak aihh.. Punya la banyak kereta.. Jem tahap Gaban jugak laa.. Nak masuk parking bawah PWTC tu penuh.. Naik balik last2 dapat parking kat betoi2 tepi pintu masuk PWTC.. Ala.. tempat DS Najib dok paking selalu tu.. Wakakaka... Tapi bayar RM10.. Bagi aku okla sebab dekat.. Paking bawah pun mau jugak RN5-6 kan...

So, masuk ke dalam ruang pameran.. pusing punya pusing.. Dengan manusia yang begitu ramai.. Dapat la jugak aku beli satu percutian ke Melaka.. Bayou Lagoon Resort.. RM138.00 termasuk bilik Studio Suite, Breakfast for 2, dan Wrist band ke Water Park dia.. Ermm.. Ok tak? Bagi aku okla kot.. Aku check-in Ahad ni.. Sebab apa? Sebab anak aki, Dina birthday dia 25.03.2013 masuklah 9 tahun umur dia... So, aku and wife decide bawak Dina main2 Water Park ok laa.. malam tu tiup lilin.. Hehehehe...


Ehsan Mr.Google

Dok pusing-pusing cari pakej ke Bandung takdak la yang murah.. Kurang2 pun RM568 sorang utk 4H3M.. Mahai tu.. Cuba la kita darabkan dengan 3.. Dah hampir RM1700.. Kalau aku arrange sendiri.. Hotel kurang2 3 malam baru RM450.. Supir kongsi 2 family baru RM300.. Alahai.. Kalau makan 3 orang utk 3 hari tu kurang baru RM200.. Baru RM950.00 hampir 2x ganda tuu.. Huh.. Mahai la kalau kat Matta Fair ni.. Cuma nampak la kemeriahan sebab ramai yang berbiz kat situ.. Mcm tu jugak dengan A Famosa.. Kata harga bilik RM10.00.. Tapi itu PWP.. Low season sahaja.. Bilik untuk 4 orang (wajib).. Yang bermaksud RM40.. Kena beli Water Park RM20.00, kena beli B/Fast RM15 sorang.. Bila tambah tolak utk hari biasa (hari keja), Low Season harga keseluruhan hampir RM150 jugak.. Aku tanya dia kalau aku nak pi 24/3.. Lepas dia buat calculation, jumlah kena bayar RM265 jugak.. Kesimpulannya, tak la murah sampai 70-80%.. So, sebagai pengguna, buatlah pilihan yang tepat.. Ok..

Untuk buat lapik lauk nanti.. 

Bila la buleh bwk family aku naik Cruise ni.. Mau 'kurus' aku kalau beli tiket dia.. Hehehe

I LIKE>>

BN @ Perdana College Heights ( Part 2 )

Assalamualaikum w.b.t..

Kesibukan kerja membataskan proses update blog aku ni.. Semoga adik2, abang2, kakak2, pakcik2, makcik2 pembaca blog teman yang tak seberapa ni sihat la hendaknya..

Entry ni just nak update kerja2 memeriahkan Pra-Pilihanraya di Perdana College Heights.. Masih terus mengharapkan calon BN yang berwibawa terus dicalonkan untuk mewakili Parti BN di kawasan Nilai.. 





Kenapa aku tak pernah sebut UMNO pun kat Nilai niii? Nanti la aku masukkan entry khas UMNO di kawasan Nilai ni.. Ok.. Layanzzz...

Satu kawasan yang bendera BN dipasang dah ditanggalkan oleh pihak yang bersifat tak demokrasi langsung.. Pentingkan diri sendiri.. Team aku pasang bendera bukannya mengganggu penglihatan pun.. Tapi.. Mungkin menggangu jiwa kot noooo.. Gambar kat bawah memang masih ada bendera.. Sempat bertahan 24 jam saja.. 

Hari Ahad pagi ada lagi.. Tapi Isnin pagi dah lesap.. Sapa punya keja niii? 

Tuesday 5 March 2013

Khidmat Masyarakat @ PCH

Assalamualaikum..

Ini satu usaha khidmat masyarakat untuk keselamatan penduduk..

SMS Pertama dr aku..

Di REPLY oleh Mrs. Jean

Setelah 2 minggu, cermin selekoh dah dipasang di Jalan PCH 1 ( depan rumah Pak Hassan )... Terima kasih banyak kepada Seri Pajam Development...

Terima kasih..


BN @ Perdana College Heights

Gerak Gempur Pra-Pilihanraya ke-13..




T.kasih banyak kepada semua Team yang membantu menaikkan bendera biru.. Tahniah!! Sokonglah yang sentiasa membantu komuniti kita..

Thank you.. Terima kasih.. Nandri.. Tocey..

Gitar Peribadi Ku

Dari sebuah desa..
Berbekal gitar tua..
Datang ke ibu kota..
Dengan penuh harapan..
Untuk menjadi biduan..
Untuk menjadi biduan..

Oh biduan pujaan...
La..la..la...
La..la..laa..

Assalamualaikum.. dan Morning..




Ni dia gitar aku masa dulu aku bersama kumpulan Righthanded.. Hahaha... Aku memang seorang yang suka memetik gitar sorang2 kat satu sudut yang sunyi.. MyCikPuan pun suka dengar aku main gitar.. Tapi takat satu lagu oklaa.. kalau dah feeling abih, memekak la jadinya pulak.. Hahaha..

Meskipun kau tersenyum..
Namun orang pun tahu..
Apa isi hatimu.. Tatkala kau lagu kan..
Lagumu lagu sedih..
Perjalanan hidupmu.. 
Ditinggal kekasihmu..
Ditingggal kekasihmu...

Sekian, bye2..

Al-Kisahnya di Tesco Semenyih

Assalamualaikum w.b.t..

Moga-moga hari mendatang menjanjikan kehidupan yang lebih baik.. InsyaAllah..

Hari ni aku cuti sebab badan pun rasa tak berapa nak sedap.. Lagipun kena ke Cyberjaya untuk uruskan Borang Perjanjian KPM.. Alhamdulilah semuanya selesai dgn baik..

Aku nak bercerita tentang TESCO.. Pasaraya Besar TESCO.. Mcm ni kesahnya.. 
Semalam ke Tesco Semenyih.. Entah kenapa aku and family aku memang suka beli & belah di Tesco Semenyih sedangkan Nilai pun ada Tesco.. Walaupun dah berkali-kali kena tipu dengan Tesco, masih terus berminat untuk shopping barang2 rumah kat situ.. Mungkin Tesco Semenyih ni lebih selesa sebab luas berbanding dgn Tesco Nilai.. Aku ke sana untuk beli mesin jahit & radio CD untuk myCikPuan.. Dah lama dah dok sebut teringin nak menjahit simple2 sambil dengar radio, tu yang beli pakej sekali tu..

Yang mesin jahit takdak masalah, yang bermasalahnya radio.. Setelah membelek-belek radio sample yang ada (tapi belek harga yang lama sikit..), terpekenan la dengan radia yang berjenama Pensonic dgn harga RM76.. Rupa bentuk memang cantik.. Moden la katakan.. Lepas ditest, maka mcm okla. Takdak masalah.. Bila sampai rumah, try test cuba.. Huh.. Dok bunyi angin bukan main kuat lagi.. Kalau dgr Sinar.fm, suara DJ tenggelam dgn bunyi angin.. Aku ubah kot nooo tak ok, kot niiii tak ok... Dalam hati ada sikit paneh laaa.. So, myCikPuan ckp, tukar la,, bagi balik la sebab depa kata kalau tak ok, dalam masa 7 hari boleh return..

Maka, hari ni (4/3), terus pi balik Tesco Semenyih.. Sampai Customer Service aku cerita la radio ni bunyi angin kuat sangat sampai tenggelam suara DJ Radio.. Yang layan aku tu perempuan India yang tertera nama dia Geetha.. Lepas dia belek2 resit, dia kata TAK BOLEH REFUND.. ENCIK BOLEH AMBIK BARANG YANG HARGA SAMA (RM76.00).. Dia kata kalau barang bawah RM50.00 baru dia boleh pulangkan duit.. Hurmm.. Aku pun berpusing kepala apa nak jawab.. Last2 aku kata, KALAU SAYA TAKNAK BELI BARANG LAIN TAK BOLEH KE?.. Dia kata TAK BOLEH ENCIK... dia dok bgtau kalau bwh RM50.00 baru boleh refund.. Aku pun berbalas la pantun dia,. CIK, KALAU SAYA BELI BARANG YANG BERHARGA RM500.00 TAPI TAK MEMUASKAN HATI SAYA, TAKKAN SAYA NAK BELI BARANG LAIN SAMPAI NILAINYA RM500? KALAU CIK SENDIRI MAU KE? Dia dah terdiammmmmm....

Akhirnya dia ke dalam untuk check dgn Tempat Barangan Elektrik.. Aku tunggu dalam 10minit jugak laa.. Dia kembali.. Terus dia kata, Encik masuk dalam.. Diaorang test OK saja... (dlm hati dah paneh.. adakah patut mcm tu dia layan pelanggan)... Aku pun masuk ke dalam.. Sama jugak Technician tu kata tak boleh refund sebab barang elok.. Inilah dialog antara aku dgn staff kat situ :

Staff: Bang, radio ni portable memang bunyi bising sikit sebab dia tak ada antena.. Kat sini ok ja.
Aku: Saya dah try kat rumah, memang bunyi angin kuat sangat... macam mana nak dengar radio? Saya nak pulangkan la.. Tak memuaskan hati saya...

Staff: Tak boleh bang.. barang ni elok, bukannya rosak.. Tak boleh return..
Aku: Oooo.. Kalau mcm tu saya dok dengar angin saja laaa.. 

Staff: Itu la.. memang polisi kami barang ni elok, tak boleh nak dipulangkan balik..
Aku: Mcm ni la. Cuba kita tukar watak.. Saya jadi u, u jadi saya.. U nak ke radio tu?

Staff: Memang laa.. Tapi nak buat mcm mana?
Aku: So, apa alternatif saya? Bawak balik radio bising ni dan dengar jugak?

Staff: Mcm tu laa..
Aku: Kalau mcm tu, boleh saya ambik barang lain yang sama nilai dengan radio ni..?

Staff: Tak boleh.. Sebab radio ni kitaorang test tak ada masalah...
Aku: Oooo.. Kalau mcm tu saya nak jumpa boss u.. boleh..?

Staff: Kalau bang jumpa boss pun mesti tak boleh..
Aku: (Isteri aku mencelah) Kalau mcm tu, semua tak boleh, saya nak satu surat u buat sekarang katakan barang ni tak boleh tukar...

Staff: Ermmm.. (Sambil mencapai telefon jauh2 pi telefon sapa aku pun tak tau)
Staff : (Selepas letak telefon).. Mcm ni la.. Bang boleh pilih barang elektrik sahaja dengan nilai yang sama atau kalau lebih abang tambah duit..
Aku: Ok...

Kesimpulannya: 

Kita mesti berani melawan ckp asalkan kita di pihak pelanggan.. Aku dah tengok bangsa Cina memang hebat bahagian lawan2 ni.. Bangsa Melayu ni lemah-lembut sikit.. Akhirnya dapat la aku radio baru... Tambah RM53.00 lagi sebab harganya RM129.00... Baru boleh dengar radio...

Ok tak?

Setelah puas bertekak.. Hasilnya..

Dibuka untuk tempahan kain untuk Hari Raya 2013..

Saturday 2 March 2013

Kembalilah Ketenangan Jiwa Aku

Assalamualaikum w.b.t..

Ehsan Google..
1hb Mac 2013 memberikan aku satu permasalahan yang tidak mententeramkan jiwa aku.. Betul laa.. Kita hanya mampu merancang, hanya Allah S.W.T jualah penentu segalanya.. Aku berharap segala yang menggelodak dalam jiwa aku ni dpt ditenangkan.. InsyaAllah..