Tuesday 5 February 2013

Pandangan Politik Aku @ DUN Nilai Sempena Pilihanraya ke-13

Salam  untuk pagi Selasa..



Hari ni cuma berhajat nak memberi pandangan sikit pasai bab politik semasa yang ada di N.10 DUN Nilai.. Saja bagi pandangan sebab musim PRU-13 semakin dekat dah nii.. Aku boleh bagi pandangan la sebab aku salah sorang pengundi di DUN Nilai kali ni..

Terus terang aku nyatakan sokongan aku terhadap Barisan Nasional sebab sebagai bekas pemimpin masyarakat di kawasan aku, aku dpt lihat perkhidmatan yang dah diberikan oleh wakil BN. Bukan bercakap atas dasar emosi seperti dlm blog2 yang kebanyakan memberi komen mengikut emosi & imaginasi bukannya berasaskan fakta serta realiti... Kepada rakan2 yang bakal mengundi di DUN Nilai ni, berilah sokongan kepada BN yang berkemungkinan besar akan diwakili oleh Mr. Gan Chee Biow yang bagi aku seorang politician yang hebat dan berkerja bersungguh-sungguh demi masyarakat dan rakyat dibawah kawasan pentadbiran beliau. Aku dan rakan2 aku selalu duduk semeja dengan Mr. Gan lebih mengetahui percaturan dan apa yang telah dilaksanakan oleh beliau sepanjang aku kenalinya sejak 2008.. Bukan hari ni beliau bekerja kuat untuk merebut kerusi BN di Nilai, tetapi dah 4-5 tahun sejak BN tumbang di DUN Nilai..

Kenapa sekarang baru nak tunjuk muka?

Aku juga nak sentuh sikit pasai sorang lagi pesaing Mr. Gan yang turut mahukan namanya dalam BN DUN Nilai.. Dulu masa PRU 2008, calon BN Datuk A tumbang di tangan DAP.. Memang aku dimaklumkan oleh pemimpin2 UMNO Nilai, calon BN masa tu ni memang servis kurang memuaskan hati rakyat... Rakyat Nilai memang tolak dia.. La ni untuk PRU ke-13, sejak tahun lepas dia pulak lebih2 promote diri anak buah dia Mr. X.. Aku tak tau mcm mana servis Mr. X untuk rakyat DUN Nilai ni sebab aku sendiri belum pernah rasa perkhidmatan dr beliau.. Yang Datuk A ni sibuk-sibuk dok promote buat apa??? Kenapa bukan dari dulu?? Kenapa bila nak PRU baru nampak batang hidung??? Pemimpin yg mcm ni la kita tolak dia ke tepi.. Pemimpin mcm ni la yang menghancurkan Barisan Nasional.. Merata-rata dia masukkan muka dia, muka Yee dalam banner di sekitar Nilai.. Buat apa? Kenapa tahun 2012 dan 2013? Kenapa tak dari 2008 sejak BN kalah dulu.. Fikir-fikirkanlah wahai pengundi Nilai...

Kita sokong kuat kepada Mr. Gan Chee Biow untuk calon BN DUN Nilai.. Kita sama-sama memberikan kemenangan kepada BN yang berkemungkinan besar diwakili oleh Mr. Gan Chee Biow.. Kepada SB (Special Branch), kepada orang2 MB Tok Mat, kepada orang2 kanan YAB Dato Seri Chua Soi Lek.. Masukkanlah nama Mr. Gan Chee Biow.. Bukan membodek, tapi perkhidmatan yang berkualiti kita perlukan untuk rakyat NIlai..

Hidup BN.. Hidup BN...

4 comments:

Anum said...

ermmmmmmmmmmmmm

Chegu Anuar said...

Den tongah semangat ni Num.. Hahahahaha..

are_lin@yu said...

bagus2..pilih calon yg layak.kita penentu masa dpan kita.jgn viar hak kita makin terhakis.. ;)..

p/s:perlis kcik ja..shri psing pn abs..hehe..nk rujukan blh tgk sini cikgu..
http://coratcoretkuini.blogspot.com/2012/06/perlis-kecik-tapi-comeyy.html

Chegu Anuar said...

Ok ayu. tq.. calon lupa balik Peghelih undi nanti..