Thursday, 31 January 2013

Antara BLOG & FACEBOOK

Salam..

 ATAU


Antara BLOG & FACEBOOK? Mana satu pilihan anda? Dulu aku ada akaun FB.. Tapi rasa2nya dengan berFB ni ada kebaikannya untuk tujuan tertentu.. Tapi yang lebihnya, dok buat dosa kering.. Hahaha.. itu pendapat aku saja laa.. Kalau ada yg kata FB terbaek, silakan... 

Blog bagi aku lebih kepada diari peribadi aku.. Bukan untuk Shock Off, sekadar berkongsi.. Dulu masa ada FB, tgk komen2 / post kwn2 nampak mcm lebih kepada sifat riak saja.. Kdg2 bila anak dia tak boleh tido pun masukkan dalam FB.. Apa tujuan noo? Mungkin dgn FB ni mudah kot.. Tu yg berjuta2 manusia suka berFB.. Kalau blog ni leceh sikit untuk komen dan sebagainya.. Ada jugak yang seolah-olah nak menjadi hero dalam FB Group.. Hakikatnya, tidak la sehebat mana pun.. Ada jugak yang tag kan begini - '@ Universal Studio, Singapura...' Untuk apa? nak bgtau org seluruh dunia dia tu pi Singapore.. Huhhh.. Itu bukan nak berkongsi, itu nak menunjuk2.. Itu la yg aku kata timbul dlm hati kecik tu sifat RIAK... Terpulang laa... Hahaha.. 

Kalau entry dlm blog, kita boleh sharing.. Kan Sharing tu Caring.. Kata wife aku laa.. Hahaha.. Contohnya, pi bercuti ke mana2, kita boleh masukkan hotel apa, harga berapa, kemudahan yang ada, dan sebagainya.. Kalau dlm FB ni biasanya dia bgtau dia tu pi ke mana-mana saja laaa.. No sharing.. Kan.?

Tambahan lagi, bagi aku yang tak berapa nak ceghedik bab komputer/internet la, berblogger ni kita uploadkan entry/post kita.. Sebab tu taip ja kat Google tu nanti boleh disearching.. Contoh kita taip 'Nak buat awning kayu'... Nanti dia keluaqnya listing dr blogspot atau apa2 laa.. Jadi, boleh la kita tengok... Kalau kita cerita bagai nak ghak tentang "awning kayu" sebagai contohnya saja dalam FB, cornfirm tak dapat search kan? So, mana lagi baik utk sharing? Yang bermaksud kita masukkan cerita dan gambar awning kayu tu hanya untuk bgtau kat kwn2 dah upgrade rumah.. Hanya friend saja la yang boleh tengok.. Manusia lain tak dapat la tengok... Huhuhu

Kepada yg terasa, ampun dipinta.. Ini cuma pandangan peribadi aku saja laa.. Kadang2 aku sendiri pun dah jadi riak bila masukkan entry2 tertentu yg berbaur riak.. Aku sendiri tak nafikan benda ni..

Ok laa.. Sekian saja ceramah saya untuk hari ni.. Sekian, bye2..

6 comments:

Anum said...

hehe
salam petang

Ena's Palace said...

yela pendapat masing2 kan..
pada saya berblog atau berFB masing2 ada kelebihan dan kelemahan masing2..
terpulang kepada ownernye sendiri nak bawakan laman2 sosial mereka ke arah yg macam mana..

setuju sgt..berblog dpt sharing antara satu sama lain..

AyueJean said...

Itu pendapat masing2...
Bagi AJ dua2 ada pro & kon.... =D
Terpulang cara yang macam mana kita gunakan Fb dan Blog kita tu... =D

Chegu Anuar said...

-).. Selamat Malam.. Blog or FB? Hehehe..

Chegu Anuar said...

Setuju tu Ena.. tu yg sy kata entry atas tu pendapat peribadi saja.. masing2 ada pilihan.. Tapi bila dah takdak akaun FB ni kan, aman rasa hidup ni.. Hehe

Chegu Anuar said...

Betul tu AJ, ada baiknya FB ni sebab mudah diaplikasi.. Blog pun ok jugak dan lebih kepada personal..