Thursday 31 January 2013

Selamat Datang FEBRUARI 2013

Salam Februari sat ja lagi..



Moga2 bulan Januari 2013 yang kita tinggalkan memberikan kenangan terbaik untuk diri sendiri, serta keluarga kerana ianya tak akan berulang lagi pada masa akan datang.. Kalau ada Januari pun Januari 2104 dan seterusnya..

Dengan harapan, Februari 2013 yang akan muncul sebentar saja lagi memberikan satu harapan baru untuk kita meneruskan kehidupan ini agar lebih baik daripada bulan sebelumnya.. InsyaAllah..

Antara BLOG & FACEBOOK

Salam..

 ATAU


Antara BLOG & FACEBOOK? Mana satu pilihan anda? Dulu aku ada akaun FB.. Tapi rasa2nya dengan berFB ni ada kebaikannya untuk tujuan tertentu.. Tapi yang lebihnya, dok buat dosa kering.. Hahaha.. itu pendapat aku saja laa.. Kalau ada yg kata FB terbaek, silakan... 

Blog bagi aku lebih kepada diari peribadi aku.. Bukan untuk Shock Off, sekadar berkongsi.. Dulu masa ada FB, tgk komen2 / post kwn2 nampak mcm lebih kepada sifat riak saja.. Kdg2 bila anak dia tak boleh tido pun masukkan dalam FB.. Apa tujuan noo? Mungkin dgn FB ni mudah kot.. Tu yg berjuta2 manusia suka berFB.. Kalau blog ni leceh sikit untuk komen dan sebagainya.. Ada jugak yang seolah-olah nak menjadi hero dalam FB Group.. Hakikatnya, tidak la sehebat mana pun.. Ada jugak yang tag kan begini - '@ Universal Studio, Singapura...' Untuk apa? nak bgtau org seluruh dunia dia tu pi Singapore.. Huhhh.. Itu bukan nak berkongsi, itu nak menunjuk2.. Itu la yg aku kata timbul dlm hati kecik tu sifat RIAK... Terpulang laa... Hahaha.. 

Kalau entry dlm blog, kita boleh sharing.. Kan Sharing tu Caring.. Kata wife aku laa.. Hahaha.. Contohnya, pi bercuti ke mana2, kita boleh masukkan hotel apa, harga berapa, kemudahan yang ada, dan sebagainya.. Kalau dlm FB ni biasanya dia bgtau dia tu pi ke mana-mana saja laaa.. No sharing.. Kan.?

Tambahan lagi, bagi aku yang tak berapa nak ceghedik bab komputer/internet la, berblogger ni kita uploadkan entry/post kita.. Sebab tu taip ja kat Google tu nanti boleh disearching.. Contoh kita taip 'Nak buat awning kayu'... Nanti dia keluaqnya listing dr blogspot atau apa2 laa.. Jadi, boleh la kita tengok... Kalau kita cerita bagai nak ghak tentang "awning kayu" sebagai contohnya saja dalam FB, cornfirm tak dapat search kan? So, mana lagi baik utk sharing? Yang bermaksud kita masukkan cerita dan gambar awning kayu tu hanya untuk bgtau kat kwn2 dah upgrade rumah.. Hanya friend saja la yang boleh tengok.. Manusia lain tak dapat la tengok... Huhuhu

Kepada yg terasa, ampun dipinta.. Ini cuma pandangan peribadi aku saja laa.. Kadang2 aku sendiri pun dah jadi riak bila masukkan entry2 tertentu yg berbaur riak.. Aku sendiri tak nafikan benda ni..

Ok laa.. Sekian saja ceramah saya untuk hari ni.. Sekian, bye2..

Mood Baru Rumah @ Perdana College Heights

Salam semua.. sejak akhir2 ni, mood untuk beblogger semakain merundum.. Entah la pasai apa.. Mungkin sebab dalam awal Januari haritu, Maxis BB kat area rumah aku seminggu tak boleh connected kot.. Ahhh.. Lantak laa..

Ni saja aku nak memorikan mood baru aku berkaitan dengan rumah aku.. Rumah aku ni sapa yg tak tau, aku nak bgtau.. Kat Perdana College Heights , kawasan Pajam/Mantin yang jaraknya ke Bandar Nilai dalam 4 km. Haa.. boleh kesan dak?

Baru-baru ni lepas bincang dgn wife aku, kami ambik kata putus buat upgrade sikit rumah aku untuk mood baru 2013 ni.. Bukan buat apapun, buat awning saja.. Sebelum ni mcm2 dok planning nak buat awning jenis biasa la, polycarbonat la, pergola laaa.. last2 aku decide buat awning ala-ala kekampunggan sikit.. Kontraktor pilihan aku ialah Pak Sharip yg jugak dok setaman dgn aku.. Pak Sharip ni tukang import khas dr Palong sebenaqnya.. Hahahaha..Tkasih banyak untuk Pak Sharip yang dibantu oleh anak.. Sapa nak order Pak Sharip, PM mai kat aku.. Hehe

Aku buat awning guna kayu + metal yang jenis EuroBoard.. Bukan takmau pakai genting, tapi aku risau jugak lama-lama nanti melendut pulak sebab genting tu berat.. pakai metal ni ringan sikit.. Untuk hiasan menambah lagi kekampungan, aku beli aksesori tambahan di pintu gerbang rumah aku tu.. Nanti hangpa boleh la tengok sendiri.. Ok.. Kos keseluruhan aku buat adalah +- RM3,200 dengan keluasan binaan awning tu 18 kaki x 12 kaki.. Rasa2nya berbaloi tak?

Layan dulu la gambaq niii..




Aku amat suka jaring kayu tu.. mcm rumah kampung.. Syukur.

Tiles pun aku belasah minta Pak Sharip uruskan..