Thursday 27 September 2012

Menghitung detik pi Langkawi

Salam to all bloggers ( kalau ada yg follow laa, huhuhu )

 Yahoooo.. esok jam 7.30am, fly to Pulau Langkawi.. Jenuh tunggu 370 hari lepas dah booking tiket AirAsia.. Esok pagi jam 5.30am kena keluaq rumah dah aku rasa.. Kalau tak, tertinggai kapal terbang..Ahak..Ahak.. Last naik flight bulan Mac 2011.. huhuhuhu..

Aku esok parking kereta kat LCCT ajo.. senang sikit.. nak ambik teksi, agak costing jugak.. aku dah tanya, dari rumah aku ( Mantin ) ke LCCT RM50.00.. Uihhhhh.. Mahai tu.. Jadi, parking kat LCCT RM16.00 sehari.. Okla.. 3 hari baru RM48.00

So, wahai oghang2 Langkawi,.. tungguuuuuu.. esok aku pi sana.. Kepada kwn2 bloggers, ada nak order coklat ka, minyak gamat ka, bagitau mai.. ok

Hahahaha.. Bye

Monday 24 September 2012

Sedikit gambar Klinik Bolasepak Fireball Academy @ SMK Seremban 2

Salam..

Program: Klinik Bolasepak anjuran Fireball Academy

Tarikh : 09.09.2012 ( AHAD )

Masa : 8.00am

Lokasi; SMK Seremban 2

Coach@ Center Seremban 2

Sepak jgn tak sepak..

Bersama Tuan CEO..

Makin Hari Makin Sibuk..

Assalam..Apa habaq semua sahabat blogger.. 

Apo nak dikato.. Semakin hari la ni semakin buzzyy.. adoi!



Antara yg aku ghasa busy:

1. Nak kena siapkan 3 soalan exam ( PJK, K.Hidup dan Maths Year 4 Paper 2)
2. Buku bertimbun2 tak semak2 dan semak jadinya..
3. Assigment OUM dah sampai ( Maths Form 5, Maths Form 6 dan English in Science apa ntah..)
4. Nak prepared pi Langkawi Jumaat ni.. (sapa nak ikut? angkat tangan.. hahaha)
5. Nak siapkan dokumen bola Center Nilai - Semarak - Seremban 2 sebab di Nilai sahabat aku akan ganti minggu ni..
6. Dan lagi.. dan lagi.. dan sewaktu dengannya...

Adoiii.. Tension!
 
Akibat daripada kesibukan ini, maka tak dapat lah aku berblog walking ke blog blogger2.. Walaubagaimanapun, aku nak ucap ribuan tq la kat pengomen2 dalam entry aku.. Teruja oooo.. hahaha.. Bukan apa, aku dok tengok blog kwn2 amat hebat belaka.. Kalau komen, tu dia.. sampai 20-30 komen.. Tahniah x 28!! 

Iya la kan.. orang masuk entry syok2.. aku punya entry, mcm org tua2 punya entry.. Kahkahkah...

Okla.. dok meghapu saja.. Dah.. Bye
 

Saturday 22 September 2012

Selamat Menunaikan Haji buat Ibu Mertuaku










Salam to uoll.. Alhamdulillah dah selamat mak mentua aku berangkat ke Tanah Suci pada 20.09.2012 yang lalu.. Semoga selamat pergi dan selamat kembali.. InsyaAllah...

Thursday 20 September 2012

Countdown To Bandung pulakkkk...



Alhamdulillah.. Rezeki Allah.. Fly to Bandung lagi 9 bulan.. InsyaAllah.. Thanks to Air Asia.. RM774 untuk kami 3 beghanak... Jenuh jugak la dok dalam Waiting Room...

Wednesday 19 September 2012

Imbas Kembali Sejarah Berumahtangga Part 2

Sambung balik ceghita.. _)

2006.. Aku berjaya beli rumah. Pada asalnya, target aku 2007 baru nak beli ghumah. Tapi Bulan April 2006 aku dah beli sebuah rumah di Pajam, Mantin. Harga masa tu RM131,100 dengan keluasan rumah 1560 kaki persegi.. Bagi aku, alhamdulillah ada tempat berteduh.. Sapa nak mai rumah aku, halloooo saja.. Kat Perdana College Heights, Pajam, Mantin.. Hanya 4 km ke Bandar Nilai.. Sebut Pajam, agak terpejam jugak mata orang.. Hahaha.. Tapi sebut Nilai, semua tau.. So, nak menyedapkan lokasi rumah orang tanya.." Hang dok mana?".. Aku pun menjawab dengan selamba.. "dok Nilai bang..".. Ngeh..Ngeh..Ngeh.. Ini la rumah aku masa aku baru2 duduk dulu bersama kereta Waja aku.. Waja..Oh Waja.. Mana hang ada la nii?

Memori rumah aku dulu..

Masa dok Nilai mula-mula dulu, masa tahun 2007 ( September ), berulang-alik aku dari rumah ke Puchong.. Tu diaaa.. Tokey balak pun boleh jatuh bankrap.. Minyak, tol sehari mau cecah RM30-40.. Sebulan dah berapa dah.. Masa tu wife aku masih keja di Proton Edar kat Sri Petaling.. Nak buat lagu mana.. Hhuuhuhu.. Berulang la hari-hari.. Koyak..koyak..koyak... Setahun jugak la dok berulang kat Puchong tu.. Masuk 2008 ( Julai ) aku suruh wife aku berenti keja.. Sebab dah kaya.. Hahahaha.. Takdak la, aku suruh berenti keja sebab aku letih berulang-alik.. Cuba hangpa kwn2 bayangkan.. Pagi pi keja , tunggu wife aku sampai jam 5.00pm.. pastu balik Nilai.. Mandi2.. Siap2.. Pukui 6.45pm keluaq pulak pi tuisyen kat Bandar Kinrara.. Letih sangat.. tapi buat2 mcm tak letih saja.. apa nak buat dah rezeki kat situ.. Tu yang aku suruh wife aku berenti keja sebab aku tak payah balik rumah.. Abis sekolah, aku stay kat sekolah.. malam aku sambung tuisyen.. Susah beno rasanya masa tu.. Tapi tak apalah.. sebab aku dari kecik lagi tak boleh duduk diam.. Dari Tingkatan 1 dah start keja kedai makan..(kalau nak cerita bab ni, mau 3 tahun tak abis ceghita..)


Imbas Kembali Sejarah Awal Berumahtangga Part 1

Salam to all bloggers dan followers aku yang ramai tu.. Hehe..

MENJELANG SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-10 PERKAHWINAN

Hari ni saja nak berceghita tentang awal kehidupan lepas dah beristeri dulu-dulu.. 

Menagis ka tidoq niiii?

Tanggal 29.09.2002, aku telah selamat diijabkabulkan dengan isteri aku ( hai darling.. hahaha ).. di Felda Soeharto, Kuala Kubu Bharu.. Kiranya 29.09.2012 ni ULANGTAHUN KE-10 usia pernikahan aku.. Wah.. Dah 10-Tahun.. Alhamdulillah dengan izin-Nya.. Memang cantik la holiday aku minggu depan @ Pulau Langkawi.. Bole la celebrate kat sana nanti.. Jgn maghah noooo.. -)...

Aku nak bercerita perubahan kehidupan aku.. Masa mula-mula kahwin dulu, aku tinggal di Sungai Besi.. Tinggal di rumah flat ja.. Sewanya RM450 / month (2002).. Masa tu gaji aku jadi chegu cuma RM862.40.. Huhuhu.. Sedey niii..  Masa tu jugak dah ada kereta.. Proton Saga Iswara warna Hitam ( buatan 1993).. Tapi kira okla ada empat kaki.. Kalau dua kaki.. lagi susah noooo... Kalau hangpa masuk rumah aku ketika tu, cornfirm malu.. Sofa? Takdak.. Meja makan?  Takdak.. Katil? Takdak.. Pakai la tilam saja.. Belasah saja la.. Ni kira 2 bulan pertama jugak la dok mcm nii.. Yang paling tak tahan, langsir pun amat sedih kalau diimbas kembali.. Huahuahuahua.... Susah betoi hidup masa tu. Jenis aku ni pulak yang jenis tak akan menyusahkan mak bapak aku.. Sejak aku masuk Lembah Klang 2001, tak pernah sekalipun aku 'loan' dengan mak bapak aku.. Ntah la.. Aku memang bukan jenis tu walaupun ada kwn2 yang selalu berceghita minta kat mak bapak depa.. Aku sanggup lagi berhutang dengan kawan2 lagi daripada berhutang dengan family sendiri. Pernah sekali, punyala sesak.. sampai handphone Nokia 3310 pun aku pernah juai kat mamak tokey kedai runcit. RM80.00... Wawawawa..

2004.. Masuk 25.03.2004 anak aku lahir.. rezeki Allah jugak.. alhamdulillah.. aku dapat mengajar tuisyen di Puchong Jaya.. Ada la jugak side income aku.. Lega rasanya walaupun takla seberapa sangat pendapatan tu. Orang tua-tua kata , rezeki anak.. betoi la kannn. Tapi masih jugak tinggal di flat tu sampai bulan Oktober 2004. Lepas tu aku pindah ke Sri Petaling sebab dekat sikit nak pi keja. Kat Sri Petaling ni sewanya RM500.00.. Tapi bila aku calculate duit petrol dok pusing-pusing, sama jugak la.. tu yang pindah ke Sri Petaling.. Ha, rumah mewah sikit la. Ghumah 2 tingkat. Fuyooo.. Tapi rumah kecik jugak la.. 2 bilik.. Tapi agak selesa sebab boleh parking 'porsche' depan rumah. Hehehe...

Masuk 2005, dah ok sikit.. Rezeki pun murah.. Anugerah Allah s.w.t.. April 2005, dari Proton Iswara tadi, dah boleh tukar ke Proton Waja.. Tapi aku beli yang secondhand saja.. Proton Waja aku tu buatan tahun 2002.. Selesa sikit sebab kalau tak jual Proton Saga aku, masak jugak nak merepair.. Dah banyak masalah.. Ialah.. dah 12 tahun usia Proton Saga tu.. Masih kekal bertuisyen. Tapi aku bersyukur sebab aku buat dapat mengajar di Pusat Tuisyen Sukses di Bandar Kinrara. Sebab apa? Sebab income aku kat sini agak tinggi.. Taukey aku tak bayar ikut jam ( biasanya sejam = RM25.00), tapi bayar ikut jumlah murid. Dia bayar kat aku 2/3 daripada jumlah bayaran murid untuk matapelajaran yang aku ajar. Contohnya aku mengajar B.Melayu. Yuran pelajar RM32.00 untuk satu subjek. Dia bayar 2/3 dan aku ada murid dalam lingkungan 80 - 90 murid.. Hangpa darab sendiri la noooo... Tu yang rasa la senang sikit.. Tapi agak tekanan jugak pi tuisyen ni. Hanya Allah saja yang tau betapa letihnya kepala otak.. Hari-hari dari Isnin - Khamis malam kena pi tuisyen.. Memang letih.. Sebab nak memikir pulak pengajaran kat situ.. Huh!! Walaubagaimanapun, syukur la pada Allah dan thanks to Mr. Joshua Tay ( my boss).. Tuisyen = Tensionnnnnnnn!!! -)

Itu saja dulu.. kalau rajin, ai sambung lagi.. Bye..

Tuesday 18 September 2012

Sapa nak follow lawatan nii?

Salam to all bloggers...

Sapa nak ikut pi Melaka..? Jom.. makan free.. tiket free.. bas free.. semua free...

Lawatan ni masih dalam perancangan.. My partner belum usulkan lagi kat boss proposal niii.. InsyaAllah, kalau jadi, alhamdulillah..

Hahahahahahaha...

Sunday 16 September 2012

Aktiviti Hari Ni..

Hari ni ( 15.9.2012 ).. Sarat betul dgn aktiviti.. Fuh.. Letih bebeno..



Bermula jam 10.00am :
Majlis Khatam Al-Quran & Doa Selamat di rumah Ustaz Wan (USIM)..

Jam 12.30pm :
Pergi kedai beli meja lipat untuk center Seremban 2

Jam 1.30-3.00pm :
Terpaksa ke Proton Servis sebab Saga myWife problem.. Ada ka patut, lepas isi petrol full tank , bar kat meter ada 1 bar saja.. Huh.. Terpaksa la bwk pi sercis center.. punya la banyak keta pulak.. lotih menunggu.. last2 wayar belakang meter tu ada prob sikit.. Setel..

Jam 3.30pm :
Jamuan Raya @ Rumah boss aku ( Guru Besaq la).. Kena la pi.. boss la katakan..@ Kota Seriemas, Nilai..

Jam 4.30pm :
Terpaksa ke Giant Nilai nak beli kerusi lipat 2 unit untuk center Seremban 2.. ( RM30.00)

Jam 5.00pm :
Jamuan Raya @ rumah pak Rashid.. haa.. yang ni nasib baik selang 2 buah rumah aku jaa.. pekena laksa penang.. eeerrrkkk.. lega...

Jam 5.40pm :
Bertolak ke Subang.. ada urusan dengan mak mentua...

Jam 9.45pm :
Pi Seremban 2 hantar meja dan kerusi untuk assistant aku jaga di center Seremban 2 esoknyaa..

Jam 12.00am:
FUhhhhh.. Lega.. atas katil... zzzzzzzzzzzz

Friday 14 September 2012

Memori Dulu-dulu Pi Sabah...

Salam to all bloggers...

Hari ni takdak nak ceghita apa rasanya.. Jadi, dok godek2 laptop, tertengok pulak fail picture masa pi Kota Kinabalu 2 tahun lepas.. Uihhh.. Memori daun nangka tu.. Hehehe.. So, masukkan la jugak pic yang ada dlm diari Cerita Saya ni.. 

Aku n family dgn family kakak2 aku pi Sabah 2010 Februari.. Memang syok la pi sana.. dr laut turun ke darat, dari darat naik gunung.. balik Nilai terus termenung... Hahahaha.. Ok la.. Bagi aku banyak tempat menarik kat KK yang boleh hangpa semua buat lawatan sambil belajar... Yang paling syok pengalaman naik bot ke Pulau Manukan.. Tempat lain mcm Taman Kinabalu, Sabah Tea punya Ladang, mandi dengan ikan kelah  kat Kg. Luanti, Ayaq Panas Poring (betoi ka nama tu aku pun dh lupa)...... Layan la noooo serba sikit gambaq shock off aku ni..

@ Jambatan Tamparuli..

@ Kundasang

Kampung Luanti (kat daerah mana aku pun taktau)


Ishh.. Cukup lagi ka duit niiii? Hahaha

Wednesday 12 September 2012

Makan @ Labu

Salam.. Malam ni badan tak sedap sgt.. Rasa mcm nak demam pun ada.. Tapi sebab semangat berblogger tu masih ada, hantam saja la.. Nak jugak masukkan entry.. Hahaha..

Errmmm.. apo den nak makan niiii?

Petang tadi Mywife pun badan tak berapa nak sedap. So, aku kata makan luar aja la.. Kedai makan untuk isi perut malam ni Restoran Aneka Selera @ Wuyaaaiii kat Labu, Batu 8. Nak kata hebat tu tak laa.. Biasa2 ajoo.. Cuma selesa sikit kat sini walaupun jaraknya dari rumah aku, mak aihhhh.. jauh la jugak. Tapi nak buat lagu mana cik abang & cik oiii.. Kat Nilai tu boleh dikatakan tak ada kedai makan pun yang kena dgn tekak aku n myFamily.. Errmmmm..

Kat sini ada lauk-pauk jugak.. tomyam tu biasa laa.. Roti canai, Sup Tulang, Laksa, Mee Kari dan yang sedikit teruja ada Wifi.. Hahaha.. Bagus2.. Anak suka suka la sebab boleh dok main game.. So, sedikit pic untuk tatapan anda..

Haaa... ni aku punya,, ABC '0"



Haa.. Sup tulang ni baguih utk bg berpeluh badan..



Dan budak kecik ni tak termasuk dalam menu.. hehehe.. Sedapnyaaa..


Good Nite..

Cerita sekolah hari ni

Salam to all bloggers.. apo kabo? Hope sihat semuanya kot.. 
Bwk keta kena ada lesen.. Nak masuk kelas, 'ini' lesennya..


Hari ni takdak cerita menarik.. Hahaha.. No gossip.. Hari ni hari ke-2 UPSR.. So, budak2 Tahun 6 bertungkus-lumus la dok perah otak.. Mcm aku yang tak mengajaq Tahun 6, mcm biasa la.. Masuk kelas.. Huhuhu.. Hari ni yang bersekolah murid Tahun 1, 2 , 3 dan 4. Tahun 5 direhatkan yang bermaksud cuti daaa.. Tapi aku mengajaq Tahun 4, mcm biasa la masuk kelas cuma voice tu kena kecik sikit laaa.. Mcm kata anak aku.. " Abah punya suara boleh dengar walaupun abah ngajar blok sebelah..".. kata anak aku Dina.. Huhuhu.. memang kuat betoi suara aku kot.. Hahahaha...


Dok senyum sebab apa? Sapa taw?
Dok boring2 tadi, sempat snap jugak gambaq budak2 4 Perdana kelas terakhir aku ajar hari ni... 

Itu ja.. byeee..

Tuesday 11 September 2012

Selesaikan Siasatan Kes Yang Tak Sepatutnya Berlaku

Salam to all blogger yang dikasihi.. 

Hari ni saja nak berkongsi dengan u'oll pasai satu kes yang aku terpaksa siasat.. Kes ni adalah kes murid-murid Tahun 6 sekolah aku yang meraba pelajar perempuan Tingkatan 1. Huhuhu.. apa daaa budak2 ni.. Hampeh..


Pada satu hari dalam minggu lepas, pagi2 lagi dalam jam 7.35am, aku didatangi seorang ibu yang ditemani anak perempuannya (beruniform sekolah menengah) nak berjumpa aku.. Dalam hati aku, awat pulak dia nak jumpa sebab anak dia sekolah menengah.. So, untuk mengetahui lebih lanjut, aku pun menjemput si ibu dan anaknya ke bilik disiplin.. Tanpa teh tarik dan nasi lemak, si ibu ni berkata.. " Minta maaf pagi2 dah kacau cikgu.. akak ni taktau nak cerita kat sapa.. Tu yang akak jumpa cikgu.." .. Aku pun tertanya2 dalam hati, apa kes pulak ni.. Lalu aku pun suruh akak tu cerita.. Dia pun terus bercerita bahawa anak perempuannya tu (bekas murid sekolah aku 2011) dah kena raba satu badan oleh 3 orang murid Tahun 6 sekolah aku.. Agak pelik jugak aku.. Mcm mana boleh kena raba? Dia pun menceritakanlah apa yang berlaku secara panjang lebar laa.. Betoi.. Kesimpulannya, anak pompuan dia kena raba di rumah masa kakak ni bekerja.. Aku pun pikiaq jugak, mcm mana budak2 tu boleh masuk rumah dia.. Huhh!! Disebabkan aku pun ada kelas, aku pendekkan cerita dengan si ibu tu.. dan ambik nama budak2 yang buat keja tak senonoh tu... Siappppp hangpa....

Lepas rehat aku panggil suspek pertama. Nama dia Abu (bukan nama sebenar).. Hahaha.. Pusing punya pusing, last2, mengaku jugak la si suspek pertama.. Dia kata abis semua dia raba walaupun budak perempuan tu cuba menepis.. Adusss.. Gatai betoi hangpa niiii... Selesai suspek pertama, aku suruh panggil suspek kedua. Nama dia Ahmad (juga bukan nama sebenar).. Ni soalan aku :

Aku : Hang tau ka awat aku panggil hang?
Ahmad: Tak tau.. 
Aku: Hang ada ponteng kelas tambahan petang kan pada 4/9/2012.. Betoi tak?
Ahmad; EErrrmmm.. Ada .. betoi..
Aku: Hang pi mana? Hang pikir betoi2 sebelum jawab sebab kalau hang tipu aku, siap hang..
Ahmad: Saya ke Cyber Cafe...
Aku: Laa.. Kan aku dah pesan, cakap yang betul.. 
Ahmad: uuuu.. aaaa.. uuu..aaa (senyap jaa.. sambil mata ada berair)
Aku: Hang ponteng pi mana?
Ahmad: errrmmm.. sy pi rumah Abun (bukan nama sebenar).. 
Aku: oooooo... buat apa hang pi rumah dia..? Ada sapa kat rumah dia?
Ahmad: Takde sape.. kami 4 orang ja.. mak dia keja..
Aku: Isshhh.. aku pesan sekali lagi, ckp yang betul...
Ahmad: Errmm.. kakak dia ada jugak la lepas balik dr sekolah...
Aku: oooo.. Hang ada kacau kakak dia?
Ahmad: Mana adaa... kami tgk TV jaa..
Aku: Hang ada kacau kakak dia tak? Ckp betoi2..
Ahmad: ermm.. ada jugak laa.. sikit-sikit.. tapi main2 jaa..
Aku: Hang ada raba dia?
Ahmad: ............ ( akhirnya Ahmad menceritakan apa yang telah dia buat kat kakak kawan dia tu.. )

Kesimpulannya: Memang 3 murid ni ada melakukan perbuatan meraba seluruh badan pelajar perempuan tu.. Aku rasa memang tak patut murid seusia 12 tahun berani melakukan perbuatan mcm tu.. Abis setakat tu saja..

Aku diarahkan oleh guru besaq utk panggil mak bapak ke-3-3 budak tadi dtg sekolah.. Datang la bapak dan mak depa.. So far, okla perbincangan lancar.. Cuma ada sorang parent ni mcm tak mau anak dia disalahkan... Dalam perbincangan tu, aku mempersoalkan perbuatan anak2 depa yang berani.. Tapi bapak dia salahkan aku dgn mengatakan.. " u tak boleh sama budak2 dengan orang dewasa.. mungkin diaorang tak tau apa yang diaorang buat tu salah.. mungkin bagi diaorang cuma main2 saja...' Aku memang panas hati.. Bangang ka apa mamat ni.. Anak dia darjah 6.. Lelaki.. dah pandai semua dah.. Kalau murid tahun 2-3 aku boleh terima sebagai main2... So, dgn perasaan panas tu, aku terus diam saja.. kalau dak, mau lebam bijik mata dia aku kerjakan ATAU mata aku yang lebam dia kerjakan.. Kahkahkah...


So, hukuman daripada phak sekolah.. Jeng..jeng..jeng.. TIADA.. Hahaha.. Aku cuma nasihatkan budak2 tu.. depa menangis-nangis kat aku lepas kena tazkirah oleh aku ustaz tak bertauliah... Moga depa insaf sebenar2 insaffffff...

Saturday 8 September 2012

Bola.. Bola.. Bola.. Jom sertai kami

Ini lah salah satu lagi tugas aku dalam Fireball Football Academy.. Boss aku namakan jawatan aku Operation Manager, Fireball Equipment Department ( dengaq mcm best ja.. Huhuhu ) .. Kerja aku order barang - ambik barang - hantar barang ke center yang nak dilancarkan.. So, kerja aku minggu segala equipment dihantar ke center aku sendiri di Seremban 2... Tak jadi masalah.. Kami biasa gunakan bola yang mahal sikit sebab ada kualiti.. Bola cap apa? Kami pakai bola Nike Blaze.. Cantik.. Teghang-bendeghang.. Oren mai.. Hahahaha...



Sebelum di pump...
Tengah Mengepump.. Huhh.. Nasib baik ada pump letrik..

Dah siap pump...
Standby nak bwk pi Seremban..

Fuh.. Dinner dengan YAB Dato' Seri Dr. Chua Soi Lek

Salam to bloggers.. 



Tak ku sangka sungguh, aku dapat jugak dijemput untuk Social Media Gathering Dinner bersama Dr. Chua Soi Lek, Presiden MCA.. Mcm mana aku dapat? Hahahaha.. Untuk dapatkan jemputan ni, kena la isi satu form dalam FB.. Dan ada satu ruang untuk SOALAN.. Tapi itu optional.. Aku belasah semacam saja.. Hahahaha... Kalau hangpa tanya balik apa yang aku taram, aku pun tak ingat.. Walaubagaimanapun, aku berkomen mengenai kawasan aku la iaitu N.10 DUN Nilai.. 


So, mungkin dia tertarik kot dgn cadangan dan pandangan utk untuk calon yang patut diletakkan di DUN Nilai.. tu yang dia pilih aku.. Hehehe.. Belasah saja laaaaa.. So, 13/9/2012.. Jumpa di Tropicana Golf and Country Resort, Petaling Jaya...

Friday 7 September 2012

Jemputan Istimewa Kelab Silambam


Sebagai salah satu company yang menyumbang kepada majlis depa, pihak Fireball Football Academy dah dapat 2 tiket makan malam free bersama MB Negeri Sembilan anjuran Kelab Silambam nii... Sapa nak pi? angkat tangan.. den ado 2 koping tiket... Hahaha..

Thursday 6 September 2012

Pelancaran Fireball Football Academy Center ke-8





Orang Seremban 2, boleh join..

Salam Sabtu to all bloggers... Just nak berkongsi kalau berminat dan ada anak lelaki or perempuan yang berumur antara 6-17 tahun.. Aku n my boss akan bukak lagi satu center di Seremban 2. Center Seremban 2 ni yang ke-8 selepas Center Nilai, Center Semarak (kat Nilai jugak), Center Putrajaya, Center Bandar Baru Salak Tinggi, Center Bandar Baru Bangi, Center Putra Perdana (Puchong) dan Center Taman Permata (Gombak).. Setakat la ni jumlah peserta dah melebihi 500 orang.. 

Harap2 di Seremban mendapat sambutan. Setakat hari ini, aku dah manage 2 center iaitu Nilai & Semarak.. Kepada bloggers yang nak anak2 mengisi masa lapang, membentuk disiplin, memberikan kesihatan tubuh badan anak-anak, mengcungkil bakat depa (mcm Safee Sali ka..) dan sebagainya, boleh la hubungi den...

InsyaAllah, banyak lagi center akan dibuka sehingga penghujung 2013 di seluruh Malaysia.. Amin..
Posted by Picasa

Wednesday 5 September 2012

Mai la singgah pejabat saya..

Salam Raya lagii.. Hahaha

Kali ni saja nak shock off sikit pejabat aku yang tak seberapa nya.. Kalau nak tau, aku baru ja dapat beroperasi di pejabat ni atas dasar sebagai Guru Disiplin sekolah.. Kalau tak, duduk la jugak beghamai-ghamai kat dalam Bilik Guru.. Anyway, thanks to my my boss sebab izinkan disiplin beroperasi di bilik ni.. My boss dah buat sikit renovation untuk nampak kemas sikit.. Cuma aku ja yang tak pandai nak melawakannya..


Pejabat ni jugak berkongsi dengan PIBG.. Nevermind sebab S/Usaha & Bendahari PIBG pun AJK Unit Disiplin jugak.. So, no problem la... Ni untuk tatapan anda semua.. Post istimewa.. Hahahaha...



Tahun 2013, kalau dah tak jadi Guru Disiplin.. Bye-bye bilik.... -)

Tuesday 4 September 2012

23 hari lagi ke Pulau Langkawi

Salam to all..


Aku la ni tengah menghitung hari nihhh.. dok hitung nak pi relaks @ Pulau Langkawi.. Hahaha.. Flight aku dah booking 13 bulan yang lalu.. Tuu diaaa.. Sat ja rasanya. Aku tiga beranak cuma byq RM156.00 pi balik.. Murah tak rasa hangpa? Murah laa.. kalau pi naik kereta, petrol saja mau RM200.. Belum feri lagi, tol lagi... Terima kasih jugak la kat Air Asia.. Betoi la dia punya tagline.. "Now, everyone can fly..".. Bagi aku yang insan marhaein ni agak bersyukur la.. boleh naik kapai terbang. Dulu aku dok pikiaq, mungkin masa naik haji (tunggu duit pencen) saja kot dapat naik flight.. Langkawi ni kali ke-3 aku boleh merasa naik flight lepas KK dan Kuching.. 



Tentang hotel pulak, aku dah booking RUmah Peranginan Persekutuan .. Klik Sini kalau2 hangpa belum pernah cuba untuk booking.. Tapi, minta maaf la bagi blogger yang bukan kakitangan kerajaan.. Ok.. Di Langkawi, rumah kerajaan ni depa ambik beberapa unit daripada Federal Villa / Holiday Villa kat Langkawi tu.. Harga semalam RM77.00.. So untuk 3H2M, aku dah pun buat payment RM154.00... Kiranya bayaran flight dan hotel dah selesai setahun yang lalu...

Kereta sewa? Pun dah buat booking dengan En. Zaini yang aku searching kut internet jugak.. Harga sehari dia bagi RM80.00 untuk Nissan Sentra.. Aku dok kecek dia kot sms, akhirnya dia setuju RM70.00 sehari yang bermakna aku bayaq RM140 untuk 2 hari... Saja ja nak try naik nissan pulak.. selalu dah dok naik kegheta Proton.. Hahahahha...

Tugas yang belum dibuat lagi, mohon cuti laa.. Harap2 bos aku luluihkan cuti aku.. sama jugak la dgn mywife.. So, lepas balik dr Langkawi, aku cornfirm akan update lagi.. ok.. bye

Marhaban & Jamuan Raya

Salam Aidilfitri.. Rasanya masih belum terlambat untuk ucapan raya tu... 

Tanggal 3 September 2012 ( 16 Syawal ), alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah s.w.t sebab aku & family dengan rezeki kurniaanNya, dapat kami membuat Jamuan Raya dan marhaban serta doa selamat untuk mak mentua aku yang akan menunaikan haji pada 20.9.2012... Memang dah menjadi tradisi lorong aku ( PCH 8) untuk buat jamuan raya setiap tahun. So, tak sedap jugak bila tak buat.. Kebetulan pulak mak mentua aku dah dapat tarikh ke Tanah Suci, maka jadilah aku buat majlis sikit...



Bermula lepas Maghrib, jemaah surau dan jiran2 dekat rumah dipimpin oleh jiran aku, Ustaz Ikmal Zaidi ( Mursyid Imam Muda 2), berlangsunglah marhaban serta doa selamat sebagai permulaan majlis. Alhamdulillah.. selesai semuanya.. Pada mulanya, Ustaz Safuan cadangkan lepas Isyak, aku pulak kurang bersetuju sebab dah sms tetamu mai lepas maghrib.. Kang lama sangat tunggu orang surau.. So, buatlah la jugak lepas Maghrib.. aku bgtau Ustaz Safuan, mana yang ada laa.. Hahaha..



Tentang tetamu, aku jemput jiran2 serta kwn2 kat taman ni, kemudian kawan2 sekolah aku ( yang versi lelaki saja la, hahaha ) kwn2 luar taman.. Alhamdulillah.. Ramai jugaklah yang datang.. Aku n family nak ucapkan ribuan terima kasih buat semua tetamu yang hadir.. Al-maklumlah.. aku ni orang perantau, tak ada sedara-mara yang dok dekat2 sini.. jadi, jiran lah saudara-mara aku.. 





Tantang menu, order saja dengan Abang Asmadi.. Abang Asmadi ni memang aktif berkatering.. senang betoi aku order dengan dia.. harga memang berpatutan.. Sapa yang dok area Nilai dan nak order dengan dia, memang boleh sangat.. Lagipun dia duduk setaman dengan aku dan aku pun banyak jugak rekeman kan dia kalau function2 taman aku ( satu ketika dulu laa ).. Yang penting, abang Asmadi hantar dan set barang, makanan.. pastu jam 11malam, dia datang dan collect semua barang.. Pinggan pun dia nak basuh walaupun berkali-kali aku kata biaq aku yang basuh.. terima kasih broo..

Akhir sekali, pukui 11.30pm, selesai tetamu balik.. apa lagi, mengemop la cik isteri aku sebab aku sebenonya demam hari majlis tu.. terima kasih jugak la kat mywife...