Wednesday 28 November 2012

Tukar Part Proton PERCUMA

Assalam.. Moga2 semuanya sihat & sempurna utk menjalani kehidupan pada hari ini.. InsyaAllah..

 Pagi ni just nak share tentang betapa pentingnya kita mengikuti servis kereta dengan dealer jenama kereta kita tu.. Mcm aku pakai Proton Exora & Proton Saga FLX, memang dah terasa bagusnya servis secara berterusan di Proton Servis Centre...

Semalam.. baru free sikit nak bawak Si Exora aku ke Service Center (SC).. Sebabnya headlamp (lampu utama) depan berwap.. Sebenarnya takdak la masalah besaq sangat, cuma aku dok pikir now milage kereta aku dan 99150km.. nanti bila mencecah 100 000km boleh jugak claim tpi susah sikit sebab kena dpt approval syarikat insurans.. mcm la ni 3 tahun atau 100 000km atau mana2 dulu masih dibawah tanggungan terus dari Proton.. So, aku masih lagi mendapat alat ganti tulen dr Proton secara percuma.. 

Antara barang yang aku dapat tukar secara PERCUMA semalam ialah :




1. Headlamp sepasang ( anggaran harga barang dalam RM700) sepasang
2. Absorber belakang ( anggaran harga barang dalam RM150 sebatang
3. Clutch pump ( aku pun tak pasti berapa harga pasaran )

Jadi, untuk semalam sahaja aku punya kos dah mencecah RM1000.00... Banyak oooo kalau mau tukar sendiri.. Itu aku tak kira yang aku tukar sebelum2 ni lagi.. Dah banyak barang yang aku dah tukar.. Thermostat, headlamp (dulu dah tukar sekali), wiper punya motor dan mcm2 lagi laa.. Kalau nak calculate costing mau jugak mencecah RM3000-4000.... Semuanya FREE...

Kesimpulannya, ada kwn2 kata tak payah pi servis kat dealer.. MAHAL!!! Betoi kata kwn2 aku, memang mahai.. kalau kita tukar minyak hitam, oil filter kat kedai biasa upah baru RM10.. Tapi kat Proton RM35 upah dia saja.. Tapi berbaloi la kemudahan yang kita dapat sambil menunggu tu.. Ada WIFI, air Nescafe/Milo percuma, tandas yang bersih, air-cond dan amat selesa seperti gambar di bawah, meh kita tengok ... :

Dina dengan kwn2 baru yg mak dia pun datang servis.. Berkelah lagi tuuu. Hahaha
Selesa tak?

Memang berbaloi walaupun aku tunggu dar jam 10am - 4.15pm sebab semuanya FREE.. So, kepada kwn2, pikir2 la kebaikan untuk servis kereta di SC..

Okey, itu saja untuk dikongsi bersama.. Bye2

9 comments:

Anum said...

untung2

Chegu Anuar said...

Alhamdulillah Cik Num

Ena's Stories said...

mmg berbaloi-baloi....bkn senang nak dpt peluang camni kan..

Chegu Anuar said...

Tu la Cik Na.. Lega jugak laa.. Tapi warranty Proton dah nak abih.. Lepas ni tak dapek la den nak claim lagi.. Haha

Anonymous said...

kesian juga baca komen kau suka sangat dapat tukar part free dari proton, kereta toyota aku dah 6 tahun, tak pernah lampu masuk wap, absober tak pernah rosak, wiper motor dan tah ape-ape lagi..kau punya lampu sampai 2 kali dah tukar, pada aku itu sangat teruk, bukan suka dapat tukar free, bagi aku kalau selalu nak kena tukar walaupun free itu kira tak ada kualiti dan menyusahkan...

Chegu Anuar said...

Ooo.. iya ka.. baguih laa.. hang banyak duit, boleh la pakai kereta Toyota.. Aku sederhana mampu pakai kereta Malaysia.. Hebat sungguh kereta hang sampai 6 tahun pakai tak pernah tukar absorber.. (mungkin 6 tahun pakai dok pusing kat rumah ja kot).. Aku rasa Toyota tak perlu keluarkan spare-part kot sebab mungkin Toyota jenis kereta pakai buang kot.. Tak laku la part Toyota kat kedai spare-part.. Apapun, terima kasih nooo sebab penuhkan ruang komen post ni..

Din said...

semua orang ada kemampuan sendiri 'En. Anonymous'. Kalau dapat 'free' buat apa nak byr...saya pakai toyota camry tapi tukar jugak absober & power window (6 bulan pakai dah tukar)...nasib kita tak sama. Wiper saya wajib tukar setiap 1 tahun. Mungkin u jarang guna kot?

Anonymous said...

Berkaitan dengan masalah wiper tersangkut2. Ia berpunca daripada kerosakan motor wiper. Motor asal Proton Made in India cap Lucas, sama brand dengan Waja memang bermasalah. Saya dapatkan nasihat seorang pemandu teksi yang dah kena kat Exora dia yang baru pakai 2 tahun. Tukar motor second hand. Dia buat di kedai elektrik sebelah warung ayam panas Jalan Dewan Sultan Sulaiman, belakang Jalan Chow Kit dekat dengan Honda da Restoran Kudu. Kos tak sampai RM200 sahaja siap pemasangan. kalau original kat Proton SC, RM370 untuk motor made in India tu. Motor wiper asal rosak disebabkan kedudukannya mengakibatkan air hujan/basuh kereta masuk ke dalam motor tersebut yang tidak dilindungi dengan baik oleh cover.

Unknown said...

Encik ada boleh tolong saya , kreta sy Proton Exora cps break down , rosak di cylinder no.1, boleh share info dimana boleh beli part original proton.
Stock Parts protn di Indonesia tak ada stock.

ini yg saya perlukan :

Proton Exora CPS 1.6L
No. Part No Description
1. PW891185 Piston ring set
2. PW898013 Gasket set
3. PW810763 Spark Plug wires

terima kasih