Wednesday, 7 November 2012

Cemerlang anakku di Hari Anugerah Cemerlang

Salam.. moga2 kalian sihat dan bertambah sihat serta ceria..

Hari ni nak bercerita sikit tentang anak aku.. Pagi tadi sekolah aku buat Hari Anugerah Cemerlang.. Alhamdulillah.. Anak aku yang sorang ni berjaya mendapat kedudukan ke-2 dalam kelasnya dengan jumlah markah 384/400.. Sebagai parent, bangga jugak la aku dengan kejayaan anak aku serta usaha cikgu-cikgu (kwn-kwn aku la tu) serta kesungguhan isteriku menambahkan ubat tambahan dalam pendidikan anak aku ni.. Selain daripada mendapat tempat ke-2, Dina jugak dapat matapelajaran tertinggi Sains = 100%.. Hebat sungguh budak bucuk ni.. (puji anak sendiri, sapa lagi nak puji kan... Hahaha).. 

Hadiah utk tempat ke-2 tu pihak sekolah bagi plak.. Memang suka la Dina.. Tapi agak kecewa dia bila bukak balutan hadiah matapelajaran terbaik.. Huhuhu.. Buku tulis cop sekolah yang berharga RM0.70 x 5 buah.. Alangkah kecewanya.. Bagi aku, sepatutnya bagi buku yang takdak juai disekolah.. Buku cerita ka, buku mewarna ka atau apa2 saja la selain buku sekolah.. Dia memang frust sangat.. Iya la.. Budak2.. Tapi aku pun memulakan memotivasi sikit kat dia.. aku kata, " Adik, yang penting bukannya hadiah tu, yang penting pencapaian adik dalam pelajaran... Nanti hadiah tambahan abah bagi termasuk set dinner @ Pizza Hut..".... Huhu.. So, dia pun agak ok la... yang bermaksud kena melabur la aku.. Hehehe.. Takpa la.. Anak sorang, apa da hal.. 

Anyway, tahniah utk anak bucuk aku ni.. Moga next year terus cemerlang!!!




6 comments:

Anum said...

tahniah

are_lin@yu said...

wahh beznya tahniah utk along ya ;-)

MulutPayau said...

tahniah utk Dina....
ehhhh samalah pulak..sekolah saya pun bagi buku tulis cap sekolah jugak utk hadiah kecemerlangan..

Chegu Anuar said...

Makasih Num

Chegu Anuar said...

Dina tanya, takdak hadiah ke Kak Ayu...? Hehehe

Chegu Anuar said...

Itu la MP, frust jugak la si kecik ni... Takpa la.. yang penting pencapaian dia.. kan..