Monday, 1 October 2012

Bercuti di Pulau Langkawi Part 1

Assalamualaikum.. Dah lama jugak tak menjenguk blog den ni..

Tadi dalam jam 1.30pm sampai rumah selepas balik dr Pulau Langkawi. So, dah balik bercuti ni mcm biasa la.. Nak berkongsi dengan hangpa kalau ada info yang boleh diterima pakai.. Hahaha.. Ermm.. Okey..

28hb September 2012, kali ke-2 aku sampai ke Pulau Langkawi dengan family aku selepas yang pertama 2006 lalu..  Flight aku jam 7.30am bermaksud lebih kurang 2 jam sebelum aku kena bertolak dari rumah.. Jam 5.30am aku dah keluaq rumah.. sempat lagi pekena roti canai.. Sampai airport jam 6.10am.. Kali ni aku parking kereta.. Sehari RM16.00 tapi jauh sikit. Kat Zon D LCCT parking.. So, boleh la.. agak berbaloi jugak daripada aku panggil teksi mai ambik aku.. Tapi memang lewat la aku.. Berjalan saja pun mau 20minit.. aku sampai terus pi drop baggage sebab aku dah check-in online.. nasib baik.. Kiranya tak lama aku tunggu.. pukui 7.00am dah mula berjalan pi kat flight.. Huh.. Pagi2 peluh dah menitik sebab berjalan dari parking ke balai berlepas tu boleh tahan jugak...



 Tadaaa.. Dah sampai Langkawi...

Kat Dataran Helang @ Trademark Langkawi

Hari Jumaat tu, aku sampai Langkawi jam 8.30am.. So, memang awai jugak la.. Sampai ja Airport aku terus kol Zaini.. Dia ni la org yang aku deal untuk sewa kereta.. Dia janji dengan aku nak bg Nissan Sentra, tapi last2 dapat Vios, ok la. Aku belasah saja.. Mula-mula dia kata RM80.00 sehari, lepas aku kawtim dengan Zaini ni, dapat la RM70.00 sehari yang bermakna aku sewa dua hari = RM140.00... Kalau ada yang planning nak ke Langkawi, boleh kol dia Zaini-012.5275019.. Selesai bab kereta.. Destinasi pertama aku.. Jeng..jeng..jeng.. Station Petrol sebab minyak dah menyala lampunya.. Hahahaha.. AKu isi RM30.00 saja dulu....

Dah isi petrol, aku terus pi hotel aku.. Biasanya check-in pukui 2.00pm.. Tapi sebelum tu aku ada kol hotel.. Dia kata kalau bilik ada, dia bagi ja aku check-in awal.. Terus ke hotel. Aku dah booked awal hotel ni melalui BPH ( Bahagian Pengurusan Hartanah, JPM ).. Tapi mcm confuse sikit pada mulanya.. Booking Federal Villa tapi check-in di Holiday Villa.. Rupa2nya, Federal Villa ni dah diambil alih oleh pengurusan Holiday Villa.. Sama saja la.. Segala kemudahan di Holiday Villa boleh aku gunakan.. hotel nya cuma bersebelahan.. Bagi aku, hotel ni memang okey sangat.. dekat laut.. Cuba tengok dulu gambaq hotel yang aku booking niii... Ok tak?







Haaa.. mcm mana? Agak2.. dengan bayaran hotel RM77.00 semalam, berbaloi tak? Tapi harga tu untuk Kakitangan Kerajaan.. So, 2 malam aku bayar RM154.00 tapi no breakfast la.. Kalau sapa2 kakitangan kerajaan, bolehla booked dengan BPH.. Anyway, thanks to Kerajaan Malaysia...




Selesai ceghita bab hotel.. Sambung lagi satu bab makan tengah hari... Haa.. ada satu kedai makan kat Langkawi ni memang sedap betoi.. Mywife yang serve internet cari kedai makan yang okey.. Kalau aku nak cari? Pakai takdak dah.. Hahaha.. Nama kedai makannya Jom Ikan Bakar... Lokasi kat Padang Matsirat.. Tak jauh dari airport.. Hangpa cari la kalau pi sana nooo.. Yang aku terujanya, lauk memang berderet.. tapi aku memang la suka ikan bakaq.. Aku ambik ikan bakaq cencaru, kembung 2 ekor.. memang paneh lagi sebab dia bakaq kat depan kedai.. Yang syoknya.. Ayaq (air) memang free.. Depa sediakan 4 balang ayaq, ayaq sarsi, oren, asam, sirap.. hangpa ambik la 17x pun, tak kira punya.. termasuk bungkus.. Fuh.. memang sempoi.. tengah hari tu, harga makanan kami sefamili = RM18.00.. Apa lauknya? Ha.. jeng..jeng...




Ha.. jangan lupa pi pekena lunch kat kedai Jom Ikan Bakar.. Okey..

Tunggu sambungan 'Bercuti di Pulau Langkawi Part 2'..

Ok..

12 comments:

are_lin@yu said...

wahhh beznya g cuti..lama dh ni ayu tk g lgkawi..hehe

Anum said...

seronoknya cuti2

Chegu Anuar said...

Huhuhu.. best cik Num.. Sekali-sekala kena la jugak bagi terapi kat diri & famili.. Hehe

Chegu Anuar said...

Yuu.. memang best g bercuti.. Rileks, Rawat dan Round2.. Last sekali 'rabak'.. Huhuhuhu..

Ema Blog said...

asyik penuh jer utk booking... saya nak pergi bercuti di sana bulan jan 2013... entah dah buka ke belum untuk booking nyer

Chegu Anuar said...

booking hotel ke booking flight MamaEma?

Chegu Anuar said...

Ema.. utk Langkawi ni booked online memang tak ado.. kena download borang kat website BPH dan faks dulu.. k

E'in said...

e'in xpenah sampai langkawi lg.. huhu

chegu anuar said...

Alahai.. kesiannya.. pi la ajak boypren pi makan angin sana.. syok ooooo e'in..

zakiah zakaria said...

best nyer..nice photo
jom ikuti pengalaman saya di
http://ibuveronza.blogspot.com/

kham said...

assalamu'alaikum...

nk tanya...saudara bt tempahan hotel melalui bahagian pengurusan hartanah tu macam mana yer?untuk semua kakitangan kerajaan ker?kne call bahagian tersebut atau terus ke holiday villa?

kham said...

assalamu'alaikum..

nk tanya..saudara booking hotel melalui bahagian pengurusan hartanah tu macam mana yer?tu untuk semua kakitangan kerajaan ker??kalo saya nk book kne call bahagian tu dulu ke or blh terus call hotel holiday villa tuh??

baru tau ada bahagian yg menguruskan rumah penginapan utk kakitangan awam...huhuu...