Thursday 25 October 2012

Salam Eiduladha



Saya sekeluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA EIDULADHA buat semua rakan bloggers yang menyambutnya.. 

Ada rezeki, sama2 kita menyambutnya di Tanah Suci Mekah pada masa akan datang.. Semoga ibu mentua aku dapat menjalankan ibadah haji ditanah suci dengan sempurna.. InsyaAllah...

Kalau balik kampung tu, berhati-hati dijalan raya naaaa..

Bye

Thursday 18 October 2012

Standby Nak Pi Rombongan Cik Kiah ke Melaka

Assalam...



Lagi 11 hari akan berlangsunglah rombongan Cik Kiah ke Melaka.. Hahaha.. Rombongan budak2 sekolah aku ke Melaka. Trip kali ni pada 31.10.2012 ( Rabu ).. Jumlah murid yang join 211 orang murid.. Memang ramai.. Jenuh jugak la aku dok atuq strategi nak nak berdisiplin sikit budak2 ni.. Dengan jumlah sebegitu, aku kena set kan 20 kumpulan... Aku dah siap beli gelang getah utk budak2 ni supaya senang nak kenalpasti.. Gelang getah tu pun aku beli 5 warna sebab 5 buah bas yang terlibat.. Destinasi kali ni dua tempat saja, Zoo Melaka & Melaka Wonderland Water Park...



Kalau aku buat lawatan, kebiasaannya, aku akan turun ke site dulu utk kenalpasti lokasi mana yang patut didulukan dan mana yang patut dikemudiankan.. So, aku dah ke Melaka bulan lepas utk tengok jarak, masa dan tempat makan. Tempat makan dah booked kat Che 'A' Asam Pedas Melaka... Aku suruh dia buat makanan kat semua budak2 aku termasuk 13 orang chegu yang follow.. Dari segi harga, nampak gayanya ok jugak la...

Yang menjadi masalah, aku masih tunggu green light daripada PPD sebab nak kena buat payment Isnin depan.. Harap2 PPD dapat bagi kelulusan segera.. Amin..

Kepada blogger, ada masa, jumpa disanaaaaa... -)

Tuesday 16 October 2012

Dah Siap Pagar Rumah Eden..

Salam semua rakan2 blogger...

Lega hati dan sanubari.. Pagar rumah aku yang dah dimodified selama 8 hari akhirnya berjaya dipasang semula kat rumah aku... Nak cantik, memang la ok sebab dah abis duit.. Hahaha... Kalau tak cantik pun, nak buat lagu mana cik kak n cik abang oiii.. dah tergantung dah pun.... 

Kos keseluruhan RM800 sebab aku minta tambah bearing ( 4 biji ) untuk menstabilkan pergerakan pagar tu.. Kalau tak, lama2 rosak balik.. Cara pemasangan yang dibuat pun aku berpuas hati.. 2 jam jugak cina tu nak pasang pagar niii.. 

Ni la dia ghupa pagar baru rumah aku.. 







Monday 15 October 2012

Aduhai Pagar Aku...

Salam to all friend.. (tengah paneh ni...)

Hari ni hati agak paneh dengan cina yang buat modified pagar rumah aku.. Mcm ni kesah nya..

Isnin lepas aku panggil cina grill ni yang kedainya kat area Mantin.. Kedai dia memang nampak besaq yang bermaksud mungkin service dia baguih laaa.. So, aku pun nego punya nego, dapat la harga modified tu RM700... Errrmm.. lepas bincang ringkas dengan mywife, kira jadi la... Dia janji 12/10/2012 siap.. Aku pun pegang la cakap dia... Maknanya dia mai ambik pagaq aku 8/10/2012 kira 5 hari siap la... balik la ghumah dengan hati yang gumbira.. Hahahaha...

Bila hari jumaat, aku kol dia tak angkat.. hati dah panas.. Takpa la.. aku bagi chance kat dia sampai Sabtu.. Sampai hari sabtu pagi, aku sms dia suruh dia mai pasang.. senyap teruih... Hampeh betoi.. Aku kol tak jawab.. Phuii... aku nak pi kedai dia pun tak boleh sebab aku ada OUM kelas sampai petang.. Bagi chance lagi...

Mai hari ni , Isnin.. aku kol tak jawab.. mesej tak balas.. tiba2 jam 3.00pm dia kol aku, hah!! Lega aku.. punya la haprak apek ni.. Dia janji nak mai pasang petang2 sikit.. Aku kata ok sebab aku tengah meeting kat sekolah... Aku balik sampai rumah jam 6.00pm, haram muka pun tak nampak.. memang hampeh.. Aku kol dia kata lori rosak.. memang dia kencing aku tuuuu.. So, aku pun tak mau gaduh2 dengan dia.. Rasa tak puas.. Aku start keta aku pi kedai dia.. memang dah siap pagar aku tp cat belum kering.. Patut la mcm2 alasan dia bagi.. Takpa laa.. dia janji nak hantaq esok pukui 2pm.. kalau dia tak mai jugak, taktau apa aku mau bikin sama itu apek... Walaubagaimanapun, sempat jugak aku snap gambaq pagar rumah aku.. Jeng..Jeng..Jeng...

Ok tak?

Hari Yang Sibuk..

Salam kakak2, makcik2, abang2, pakcik2, adik2.... Apa kabo?

Hari ni hari bzzzzzzzzzzzzzzz.... Huhuhuhu....




Ha.. ini dia kertas soalan yang aku dah buat.. Tadaaaa.... Examnya esok..



Masa untuk masuk class... chow chin chow.... -)

Thursday 11 October 2012

Suatu Ketika Dulu Aku di Perdana College Heights

Salam to sahabat2 , makcik2, pakcik2, abang2, kakak2, adik2 dan sapa2 saja laa..

Ada 15 minit masa lagi untuk aku mengupdate blog sebelum anak aku balik sekolah agama petang.. Hehehe..

Just nak berkongsi kesah hidup aku sejak 2008 - 2012 sebagai manusia aktif dalam komuniti.. Aku mungkin telah ditetapkan untuk menjadi sebagai salah seorang ahli masyarakat yang aktif untuk berkhidmat tanpa bayaran gaji di taman aku iaitu Perdana College Heights, Mantin, N9... Sejak mula duduk sini, aku dah terjebak dalam pelbagai aktiviti masyarakat... Memang aktif tahap Otromen Taro laa... Berikut adalah jawatan2 yang pernah aku pegang di dalam pertubuhan komuniti , tapi sekarang 'zero'... AKu dah tarikh diri ...:

1. Setiausaha Persatuan Penduduk Perdana College Heights ( 2008 - 2009  )
2. Pengerusi Persatuan Penduduk Perdana College Heights ( Mac 2010 - Mac 2011 )
3. Setiausaha Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Falah, Perdana College Heights.
4. Pengerusi KRT Perdana College Heights ( Januari 2012 - Jun 2012 ) 
4. Ahli Jawatankuasa JKKK Kampung Batang Benar.
5. Ahli Jawatankuasa PERKASA Daerah Seremban
6. Ketua Penaja UMNO Cawangan Perdana College Heights 
7. AJK Tabika KEMAS ( walaupun anak aku tak bertabika disitu)

Haaaa... bukan nak menyeksyen, cuma nak meng shock off saja.. Kahkahkah... 

Banyak kan? Tapi semua jawatan tu aku dah tinggalkan.. dah letak jawatan.. Agaknya aku ni tak boleh menyerap tekanan daripada masyarakat kottt? Aku memang suka berkerja dalam masyarakat dengan syarat takdak org dok mengata dan mengutuk aku.. Mungkin ada yang cemburu sebab aku bukan anak tempatan tapi aktif di sini.. Walaubagaimanapun, cuma satu jawatan saja yang aku masih dilantik iaitu AJK Tabika KEMAS.. Okla. masih berkhidmat sehingga kini... '

Bersama AJK KRT

Bersama Mr. Gan Chee Biow, bakal calon BN DUN Nilai


Bersama YB Dato Dr. Yeow, Ahli Dewan Negara

Bersama MB Negeri Sembilan


Sekian.. Wassalam.. anak aku dah nak balik.. Bye

Thursday 4 October 2012

Meh kite makan Pizza Hut..

Salam semua.. hari ni tak ada kisah menarik pun.. Sejak akhir2 ni, aku amat buzy.. Cikgu sekolah biasanya jam 2pm dah balik rumah, aku jam 4.30pm baru boleh balik.. Overtime.. ( sebenarnya sebab kena tunggu anak aku balik sekolah agama.. Huhuhu ).. Iya la kan.. pada aku balik ghumah tidoq, baik aku dok opis aku buleh jugak siapkan mana2 keja yang tak siap.. 2 jam dah cukup utk cover kerja aku setiap hari... Hehehe..

Hari ni agak syok jugak sebab banyak keja aku dah berjaya setelkan.. Tentang lawatan punya proposal utk disubmit ke PPD, thanks a lot to my darling sebab tolong taipkan 200 nama dalam listing utk PPD.. Sbgai upah, abang dah belikan mangkuk kat Langkawi.. kan..




Hari ni Dina balik sekolah agama lewat. Pukui 6.00pm baru habis sebab dia ada exam.. So, sebab dah lewat.. aku dengan pantas mengofferkan diri utk makan Pizza Hut.. Kesian kat Dina dah asyik dok mintak jaa.. Sebenonya, aku ni makanan2 jenis2 orang puteh ni kurang minat sgt.. Tapi kalau ada depan mata, rembat semcm jugak laaa... -) ..


Wednesday 3 October 2012

Bercuti ke Pulau Langkawi Part 3

Sambung lagi.. hahaha... last entry @ Langkawi.. Kali ni nak ceghita shopping... Huhuhuhu

Berikut antara barang2 yang dah dibeli..

RM12.50 sebungkus x 3 bungkus

RM15.00 sebungkus x 4 bungkus

RM10.90 sebalang x 4 balang

RM220.00

RM13.90 sebalang x 10 balang

RM41.50 / set

RM57.90 / set

RM90.00 / set

Bercuti ke Pulau Langkawi Part 2

Sambung sikit lagi ceghita naaaa... Now @ Gunung Mat Chincang Cabel Car..





Destinasi seterusnya, Kereta Kabel Gunung Mat Chinchang.. Harga tiket RM15 (dewasa ) dan RM10 (Kanak-kanak).. Boleh la.. Gunung ni.. Mak aihhhh.. Amat tinggi.. Sehero2 aku pun, kecut jugak urat perut aku.. Mywife dah pejam mata sepanjang perjalanan.. Hahahha.. Kesiannyaa.. 

Next destination.. Island Hoping..




Seterusnya, pagi-pagi Sabtu aku dah standby kat lobi hotel untuk diangkut ke Island Hoping.. 3 pulau semuanya.. Pertama Pulau Dayang Bunting, Kedua Pulau apa ntah namanya yang bagi Burung Helang makan tu.. dan pulau terakhir Pulau Beras Basah kot namanya.. Hahaha.. Apa daaa.. itu pun lupa.. Tiket Island Hoping ni RM25.00 ( dewasa ) dan RM15.00 (kanak-kanak)... Overall, bolehla.. tapi tak boleh lawan Pulau Manukan & Pulau Sapi kat Sabah.. Huhuhuhu

Monday 1 October 2012

Bercuti di Pulau Langkawi Part 1

Assalamualaikum.. Dah lama jugak tak menjenguk blog den ni..

Tadi dalam jam 1.30pm sampai rumah selepas balik dr Pulau Langkawi. So, dah balik bercuti ni mcm biasa la.. Nak berkongsi dengan hangpa kalau ada info yang boleh diterima pakai.. Hahaha.. Ermm.. Okey..

28hb September 2012, kali ke-2 aku sampai ke Pulau Langkawi dengan family aku selepas yang pertama 2006 lalu..  Flight aku jam 7.30am bermaksud lebih kurang 2 jam sebelum aku kena bertolak dari rumah.. Jam 5.30am aku dah keluaq rumah.. sempat lagi pekena roti canai.. Sampai airport jam 6.10am.. Kali ni aku parking kereta.. Sehari RM16.00 tapi jauh sikit. Kat Zon D LCCT parking.. So, boleh la.. agak berbaloi jugak daripada aku panggil teksi mai ambik aku.. Tapi memang lewat la aku.. Berjalan saja pun mau 20minit.. aku sampai terus pi drop baggage sebab aku dah check-in online.. nasib baik.. Kiranya tak lama aku tunggu.. pukui 7.00am dah mula berjalan pi kat flight.. Huh.. Pagi2 peluh dah menitik sebab berjalan dari parking ke balai berlepas tu boleh tahan jugak...



 Tadaaa.. Dah sampai Langkawi...

Kat Dataran Helang @ Trademark Langkawi

Hari Jumaat tu, aku sampai Langkawi jam 8.30am.. So, memang awai jugak la.. Sampai ja Airport aku terus kol Zaini.. Dia ni la org yang aku deal untuk sewa kereta.. Dia janji dengan aku nak bg Nissan Sentra, tapi last2 dapat Vios, ok la. Aku belasah saja.. Mula-mula dia kata RM80.00 sehari, lepas aku kawtim dengan Zaini ni, dapat la RM70.00 sehari yang bermakna aku sewa dua hari = RM140.00... Kalau ada yang planning nak ke Langkawi, boleh kol dia Zaini-012.5275019.. Selesai bab kereta.. Destinasi pertama aku.. Jeng..jeng..jeng.. Station Petrol sebab minyak dah menyala lampunya.. Hahahaha.. AKu isi RM30.00 saja dulu....

Dah isi petrol, aku terus pi hotel aku.. Biasanya check-in pukui 2.00pm.. Tapi sebelum tu aku ada kol hotel.. Dia kata kalau bilik ada, dia bagi ja aku check-in awal.. Terus ke hotel. Aku dah booked awal hotel ni melalui BPH ( Bahagian Pengurusan Hartanah, JPM ).. Tapi mcm confuse sikit pada mulanya.. Booking Federal Villa tapi check-in di Holiday Villa.. Rupa2nya, Federal Villa ni dah diambil alih oleh pengurusan Holiday Villa.. Sama saja la.. Segala kemudahan di Holiday Villa boleh aku gunakan.. hotel nya cuma bersebelahan.. Bagi aku, hotel ni memang okey sangat.. dekat laut.. Cuba tengok dulu gambaq hotel yang aku booking niii... Ok tak?







Haaa.. mcm mana? Agak2.. dengan bayaran hotel RM77.00 semalam, berbaloi tak? Tapi harga tu untuk Kakitangan Kerajaan.. So, 2 malam aku bayar RM154.00 tapi no breakfast la.. Kalau sapa2 kakitangan kerajaan, bolehla booked dengan BPH.. Anyway, thanks to Kerajaan Malaysia...




Selesai ceghita bab hotel.. Sambung lagi satu bab makan tengah hari... Haa.. ada satu kedai makan kat Langkawi ni memang sedap betoi.. Mywife yang serve internet cari kedai makan yang okey.. Kalau aku nak cari? Pakai takdak dah.. Hahaha.. Nama kedai makannya Jom Ikan Bakar... Lokasi kat Padang Matsirat.. Tak jauh dari airport.. Hangpa cari la kalau pi sana nooo.. Yang aku terujanya, lauk memang berderet.. tapi aku memang la suka ikan bakaq.. Aku ambik ikan bakaq cencaru, kembung 2 ekor.. memang paneh lagi sebab dia bakaq kat depan kedai.. Yang syoknya.. Ayaq (air) memang free.. Depa sediakan 4 balang ayaq, ayaq sarsi, oren, asam, sirap.. hangpa ambik la 17x pun, tak kira punya.. termasuk bungkus.. Fuh.. memang sempoi.. tengah hari tu, harga makanan kami sefamili = RM18.00.. Apa lauknya? Ha.. jeng..jeng...




Ha.. jangan lupa pi pekena lunch kat kedai Jom Ikan Bakar.. Okey..

Tunggu sambungan 'Bercuti di Pulau Langkawi Part 2'..

Ok..